Salam Selasa!
Terjumpa gambar ni masa belek belek gallery.
Oh Zaimi semestinya pilihan selamanya!
Yang pilihan kedua tu adalah baju tu.
Songket bunga tabur tu.
Itu memang tak plan.
Asalnya nak pakai songket penuh warna kuning gold, tapi apakan daya, tiba-tiba lupa diri lalu tergemuk. Lagi dua hari nak kahwin, pergi fitting, baju tu langsung tak boleh masuk..
Ha tepokk!
Nasib baik ada baju yang masih muat untuk dua-dua ketul pengantin ni.
Tak pasal-pasal kan..
Terus tak matching dengan pelamin hahaha!
Bila ingat balik, nak gelak pun ada.
Itu pun baju tu ketat dekat lengan, bertabah je la pakai tu.
Tak apalah, syukur zaimi matching dengan aku 😁
38 Comments
aduh, pipi tu mahal.. tapi seriuslah, baju tu memang terletak di badan pengantin.
ReplyDeleteNasib baik ada baju yang muat 😭
DeleteCantik nye Syaz
ReplyDeletePandai mak andam tu make up hehe
DeleteMemori sungguh ni Syaz 😄
ReplyDeleteTapi kan...cantik la warna dan corak songket yang ni.
Hehe tu la, nasib baik masih ada baju cantik 😉
DeleteTp lawa jugak biru tu syaz... teal blue... cuma kalo nk matching dgn pelamin boleh tukar ari tu... hehehehe
ReplyDeletePelamin dah pasang dulu sebelum kami gi fitting 😂😂
DeleteNasib baik ada baju yang still muat kan. And helok plak bajunya. So ok la, still cantik pengantinnya hehe
ReplyDeleteTu la, kalau tak saya cancel je sanding hahaha
Deletepatutlah kawan kawan yg nak kawen selalu jaga makan.
ReplyDeleteMemang kena, jangan ulangi kesilapan saya huhu
DeleteUncle suka biru baju tu...
ReplyDeleteBaru tau, selain hitam, uncle suka biru hehe
DeleteAssalamualaikum , moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteTergemuk..hahaha.. apa pun, moga diberkati dalam melayari kehidupan rumahtangga..
Betul, tiba2 tergemuk hahaha.. aminn terima kasih atas doanya 😁
Deletecantiknya songket tu!!!! skrg mcm dah jarang org kwen pakai songket kan
ReplyDeleteSekarang orang dah pandai, dia tempah. Akak ni pakai baju yang dah sedia kat butik, redha je la hahaha
DeletePengantin baruuu
ReplyDeletePengantin baruu
Duduk bersanding
Haii tersipu malu😆
Tajuk hrini hangat eh.. Kekeke
Ahahaah
DeleteTerima kasih atas nyanyian hahah
Apa pula tak matching dengan pelamin...ok je.. nampak naik la pengantinnya sebab warna kontra dengan pelamin
ReplyDeletemak saya pun cakap macam tu, timbul lah pengantin dia kata hehe
DeleteLawalah warna dia..
ReplyDeleteSha suka tengok pengantin pakai songket masa bersanding.. Cantik..
baju che ta dengan zain sempena anniversary diorang yang ketujuh pun cantik gilaaa! Tetiba teringat hehehe
Deletetajuk tu memang kannn..suka buat twist..hahahah
ReplyDeleteHihihi saja je 😝
DeleteOOH, wak ingtkn zaimi tu pilihan keduaa., hahaha
ReplyDeletedh chantek tuuuh.,
hihi terima kasih waklat! Oh, tajuk saja buat gempar ahaha
DeleteSongket tetap lawa kak Syaz pakai.Ingatkan apa lah dengan pilihan kedua. Rupanya baju. Aduii pilihan kedua tu mengundang sesuatu sangat.
ReplyDeletehihihih.. walaupun masa ni memang frust sangat sebab tak dapat pakai baju first choice tu huhuk
Deletenampak cantik jer pakai baju tu...
ReplyDeletehihi terima kasih pada mak andam yang pandai menggayakan saya masa tu :D
Deleteterhibur pula mama membaca. kadang2 kenangan walaupun terasa tak best masa tu tapi bila diimbas balik terasa lucu. yang penting syaz matc dgn pasangan
ReplyDeletekan mamapp, masa tu sedih, sekarang rasa kelakar sangat hahaha
DeleteHaha tajuk tu bikin hangaaattttt... Rupanya pasal baju ke.. ok je tu warnanya.. cantik baju tuuu
ReplyDeleteHihihi saja usik reader😝
DeleteKak, kita geng hehe. saya masa nak nikah ritu. Baju mcm sempit haha. beli bulan 12, nak nikah bulan 2. dia punya eksited beli awal tu haha aduh. tapi sarung juga la dah beli haha
ReplyDeleteNasib baik masih boleh disarung hehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.