Cerita PKPB.
Memang sejak Oktober, anak-anak banyak terkurung saja kat rumah.
Sebabnya, memang tak berani juga nak bawa diorang pergi merata.
Jadi ada satu hari tu, dek terlalu bosan.
Adam dapat idea untuk main khemah-khemah.
Maka ayahnya pun gigih la pasangkan.
|Autopublish post|
Maka, berkhemahlah anak-anak aku di halaman rumah yang sekangkang kera tu haa
Punyalah dah muak dan jelak duduk dalam rumah agaknya, maka anak-anak aku ni tak kisah langsung duduk dalam khemah yang berbahang tu.
Haha!
Over tau, siap angkut kerusi sofa budak diorang tu letak dalam khemah tu.
Bawak meja, biskut bagai..
Siap tidur baring.
Kejap abang kipaskan adik.
Kejap adik kipaskan abang.
Nampak benor menipunya dik, tidur sambil pegang biskut.
Ahahah
Berhari-hari jugaklah khemah tu terpacak depan rumah macam tu.
Malam-malam, diorang zip elok-elok supaya kucing atau makhluk-makhluk tak diperlukan masuk dalam tu.
Esok paginya, sambung masuk dalam tu balik.
Adalah 4, 5 hari jugak khemah tu ada je kat luar.
Ikut suka anak-anaklah, asalkan gembira dan tak buat benda bukan-bukan hehe..
19 Comments
hehehe! so cuteee!!! holiday depan rumah.. best tu
ReplyDeletehehehe.. tulah nak tanya, tak panas ke???
ReplyDeleteSeronok anak-anak bila mak ayah rajin melayan macam ni. Better dari main gadget kan.
ReplyDeleteBest juga aktiviti khemah depan rumah.
ReplyDeleteGood idea :)
budak zaman skrg main gajet je. x mcm zaman kita kecik dulu main luar umah..setiap penjuru kg diterokai. bagus la jika mrka nak camping!
ReplyDeleteWah bestnya!!! Aktiviti khemah sesekali luar rumah ni best juga!
ReplyDeleteSeronok ni. Kalau hujan lagi seronok. Duduk dalam khemah makan-makan dan menikmati hujan.
ReplyDeleteSeronok nye..
ReplyDeleteKalau tidur malam pun mesti best.
Dapat tengok bintang dan bulan dari dalam khemah :)
Kita pun jemu dok dalam rumah. Apatah lagi budak-budak. Okaylah tu ada aktiviti dorang. Janji happy :)
ReplyDeletelama sangat tak berjalan tu =)
ReplyDeleteSebetulnya memang kesian dgn anak-anak kan sejak PKP... Anak-anak PH dapat main depan rumah pun depa punyalah happy, macam dapat pegi vacay hihi...
ReplyDeleteKesian anak-anak terkurung berbulan lamanya. Elok juga idea begini. Kurang kebosanan anak-anak.
ReplyDeletecute nya berkemah dekat halaman rumah hehe..iena dok condo..laman depan rumah sharing dengan 4 pintu lagi...haha agak2 kalau pasang kemah kene marah tak :D
ReplyDeletepernah terfikir gak nak berkhemah kat level paling atas bangunan tempat meletak kenderaan kat perumahan saya ni... tapi terfikir jerlah, buat belom lg
ReplyDeleteSeronok jugak mcm ni syaz.. kalau masak² lg kt luar tu lg depa seronok.. panggang² ayam ke hotdog ke
ReplyDeleteAda ruag luas ok la buat campingbest ape..syaz join la skali tidur malam..hahaha..pastu ayu ngamuk nk msk dlm pulak kahkah ^_^
ReplyDeletewahhhhh takpelah berkhemah depan rumah yang penting ceria hehehe
ReplyDeleteMencari ketenangan, buat aktiviti membaca sambil makan2 pun mantap
ReplyDeletekena bawa masuk kipas angin satu
ReplyDeleteBaru nyaman dan selesa.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)