Berkhemah Di Halaman Rumah

Cerita PKPB.
Memang sejak Oktober, anak-anak banyak terkurung saja kat rumah.
Sebabnya, memang tak berani juga nak bawa diorang pergi merata.

Jadi ada satu hari tu, dek terlalu bosan.
Adam dapat idea untuk main khemah-khemah.
Maka ayahnya pun gigih la pasangkan.

|Autopublish post|
Maka, berkhemahlah anak-anak aku di halaman rumah yang sekangkang kera tu haa



Punyalah dah muak dan jelak duduk dalam rumah agaknya, maka anak-anak aku ni tak kisah langsung duduk dalam khemah yang berbahang tu.
Haha!

Over tau, siap angkut kerusi sofa budak diorang tu letak dalam khemah tu.
Bawak meja, biskut bagai..



Siap tidur baring.
Kejap abang kipaskan adik.
Kejap adik kipaskan abang.


Nampak benor menipunya dik, tidur sambil pegang biskut.
Ahahah

Berhari-hari jugaklah khemah tu terpacak depan rumah macam tu.
Malam-malam, diorang zip elok-elok supaya kucing atau makhluk-makhluk tak diperlukan masuk dalam tu.

Esok paginya, sambung masuk dalam tu balik.

Adalah 4, 5 hari jugak khemah tu ada je kat luar.

Ikut suka anak-anaklah, asalkan gembira dan tak buat benda bukan-bukan hehe..

Post a Comment

19 Comments

  1. hehehe! so cuteee!!! holiday depan rumah.. best tu

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tulah nak tanya, tak panas ke???

    ReplyDelete
  3. Seronok anak-anak bila mak ayah rajin melayan macam ni. Better dari main gadget kan.

    ReplyDelete
  4. Best juga aktiviti khemah depan rumah.
    Good idea :)

    ReplyDelete
  5. budak zaman skrg main gajet je. x mcm zaman kita kecik dulu main luar umah..setiap penjuru kg diterokai. bagus la jika mrka nak camping!

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya!!! Aktiviti khemah sesekali luar rumah ni best juga!

    ReplyDelete
  7. Seronok ni. Kalau hujan lagi seronok. Duduk dalam khemah makan-makan dan menikmati hujan.

    ReplyDelete
  8. Seronok nye..
    Kalau tidur malam pun mesti best.
    Dapat tengok bintang dan bulan dari dalam khemah :)

    ReplyDelete
  9. Kita pun jemu dok dalam rumah. Apatah lagi budak-budak. Okaylah tu ada aktiviti dorang. Janji happy :)

    ReplyDelete
  10. lama sangat tak berjalan tu =)

    ReplyDelete
  11. Sebetulnya memang kesian dgn anak-anak kan sejak PKP... Anak-anak PH dapat main depan rumah pun depa punyalah happy, macam dapat pegi vacay hihi...

    ReplyDelete
  12. Kesian anak-anak terkurung berbulan lamanya. Elok juga idea begini. Kurang kebosanan anak-anak.

    ReplyDelete
  13. cute nya berkemah dekat halaman rumah hehe..iena dok condo..laman depan rumah sharing dengan 4 pintu lagi...haha agak2 kalau pasang kemah kene marah tak :D

    ReplyDelete
  14. pernah terfikir gak nak berkhemah kat level paling atas bangunan tempat meletak kenderaan kat perumahan saya ni... tapi terfikir jerlah, buat belom lg

    ReplyDelete
  15. Seronok jugak mcm ni syaz.. kalau masak² lg kt luar tu lg depa seronok.. panggang² ayam ke hotdog ke

    ReplyDelete
  16. Ada ruag luas ok la buat campingbest ape..syaz join la skali tidur malam..hahaha..pastu ayu ngamuk nk msk dlm pulak kahkah ^_^

    ReplyDelete
  17. wahhhhh takpelah berkhemah depan rumah yang penting ceria hehehe

    ReplyDelete
  18. Mencari ketenangan, buat aktiviti membaca sambil makan2 pun mantap

    ReplyDelete
  19. kena bawa masuk kipas angin satu
    Baru nyaman dan selesa.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.