Monday, January 25, 2021

Pengalaman Pertama Anak BerPdpr

Harini seawal 7.30 pagi adam dah bersedia depan laptop.


Tahun 2021 ni, baru pertama kali adam belajar secara online. Last year hanya amir je online class dengan cikgu tadika dia.

Jadi memang excited la adam dengan classmates dia semua. 

Masing-masing duk hai sana, hai sini.

Hehe..


Jadi lepas dah selesai set up semua, tinggalkan lah adam kat bilik dia untuk pdpr.

Dengar dengar macam tu je lah.




Alhamdulillah la, dia ok je respon semua.
Tengoklah seminit lepas tu kami kami left.

Nampak entah apa apa kan skodeng anak dalam meet?

Ini anak sekolah rendah, haritu masa student FYP aku viva, pun dia bawak mama dia masuk dalam room Gmeet viva ๐Ÿ˜…

Tak apalah, asalkan tak ganggu cikgu/pensyarah ๐Ÿคญ


Berbalik pada adam,
Selesai 1 kelas, kelas pertama tu Bahasa Melayu.

Next, kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula.
Kali ni, cikgu tak buat live.
Cikgu buat pre-recorded video.


Actually kalau aku sendiri, memang dengan students aku guna method pre-recorded.
Dia tak lagged, dan boleh repeat banyak kali.

Mungkin kekurangan dia, pelajar tak boleh tanya terus masa tu. Sebab adam tak ada whatsapp sendiri kan.

Tapi overall good, penerangan cikgunya sangat jelas!

Dan menambah keberkesanan pre-recorded video, lepas sesi tengok video tu, cikgu adam ada sediakan 2 games. Yang uji kefahaman pelajar tentang topic.

Adam seronok, mak pun puas hati anak dah kembali belajar.

Tak adalah asyik berultraman je dengan amir!

Oh amir pun ke tadika dah.
Ayu je lah kat bawah tadi, nasib baik dia bangun lambat.
Tak adalah mengacau abangnya ahahaha

28 comments:

  1. Bertabah lah anak2 untuk belajar online sekarang ni.Keseronokan bersama kawan2 di sekolah dah tak dapat rasa .Semoga covid ni segera hilang dari mukabumi dan kita dapat jalani kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah senang bila semuanya berjalan dengan lancar. Adam pun semangat dan kawan kawan pun excited belajar online :)

    ReplyDelete
  3. Kah3, ingatkan parents kat tempat kami jer skodeng dalam kelas, kahhhh. Dah satu hal, kelas 24 orang tetiba jadi 30 orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi ada je rupanya, sebab dah mudah nak skodeng ahaha

      Delete
  4. Alhamdulillah... cikgu2 pun kena la kreatif nak ajar secara pdpr ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah semoga dipermudahkan urusan mereka2 yang bergelar cikgu ;)

      Delete
  5. KESIAN TGOK ANAK- ANAK KITA SEMUA BELAJAR ONLINE MACAM NI..NAK KENA BATUL2 BERSEDIA, ALWAYS ALERT, LAMBAT SIKIT TERLEPAS APA YANG CIKGU CAKAP..TERUS JADI TAK FOCUS, LEPAS SORANG- SORANG BERCAKAP SEBAB EXCITED.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu hehe.. tapi tadi cikgu dia minta mute juga, masa perlu bercakap baru unmute hehe

      Delete
  6. mama pun teringin nk merasai kelas on9. hehehe
    semoga belajar rajin2 walaupun kita masih lawan covid

    ReplyDelete
  7. Bertabahlah anak2 2021, kena belajar macam ni. apa nak buat. Moga covid ni cepat berlalu & kita boleh jalani rutin macam dulu.

    ReplyDelete
  8. Budak2 ni kalau dgn laptop ke pc ke mmg seronok.. plg diorg suka kalau latihan google form, x payah nk menulis ๐Ÿคฆ‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. ๐Ÿ˜‚ budak ipt pun suka google form kakmim, inikan pulak sek rendah ๐Ÿ˜‚

      Delete
  9. aduh mencabar la pdpr ni pada mama huhu

    ReplyDelete
  10. Bukannya anak-anak je kalut, mak ayah pun ikut blur nak beradaptasi dengan berpdbr

    ReplyDelete
  11. selamat belajar adam...
    teringat opismet cerita kt grup wa. kat umah dia cuma ada 1 laptop. so mak dia terpaksa mengalah ngan anak sbb mak dia pun WFH��

    ReplyDelete
  12. Adam.... semangat betul dia... good luck tau Adam.. u can do this

    ReplyDelete
  13. memang pengalaman lain macam zaman covid ni kan..semua benda dari rumah..agaknya kalo lama benar dari rumah, nanti covid da reda, anak2 nak turun sekolah tak ek? haha

    ReplyDelete
  14. Haha siap skodeng anak lagi! Mesti cikgu pun pening tengok dalam kelas ada lebihan orang!

    Moga covid ni cepat reda, boleh la semua ke sekolah semula seperti biasa.

    ReplyDelete
  15. mmg cabaran anak2 zaman skg ni..kalau x kena gaya mau bebal ibubapa dgn anak2 ni..bagus adam!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot