Adakalanya, dalam hidup ini, akan datang satu awan hitam yang akan menyelubungi kesemua rasa manis dan bahagia yang kita ada.
Pada ketika itu, kita akan terpuruk.
Ada yang kata, perasaan melankolia itu perlu untuk hadir.
Bagi mengimbangi keseluruhan proses hidup seorang manusia.
Sedangkan syurga pun lawannya neraka.
Takkan hidup ini gelak ketawa semata-mata?
Dan bagi seorang aku, di kala awan hitam itu datang, aku mengharapkan satu sosok ini datang untuk memujuk.
Untuk menenangkan aku.
Menggembirakan aku kembali.
Sepertimana hadirnya dia tiap kali aku jatuh ke lembah kecewa dan bersedih hati sewaktu aku kecil dulu.
Ya Tuhan, rasa tenang yang kau anugerahkan saat didakap oleh sosok ini, hanya Kau yang tahu betapa cantiknya zat rasa itu.
Namun, 13 tahun berlalu tanpa dia.
Aku hanya mampu terus mengenang rasa itu, selagi ia masih bersisa.
Kerana aku juga berada di atas jalan yang sama menuju ke tempat dia berada.
Cuma masanya aku masih tidak tahu sebarang petanda.
Rindunya.
Kadang-kadang macam tak percaya, lama sudah dia tiada dalam hayatku.
Rindunya pada dia.
Walaupun rindu pada yang telah tiada itu teramat sakit.
Namun sakit itu adalah sakit yang ingin aku nikmati.
Biarlah aku sakit dan berendam air mata merinduinya.
Tapi sakit itu membantu aku memudarkan awan hitam itu.
Nanti kita jumpa ya 💓
J'ni.
Cucu sulungmu.
Al-Fatihah Atok.
18 Comments
Kesakitan yang dalam namun sukar diluah..rindu pada yang telah tiada.
ReplyDeleteAl Fatihah..[dibaca]
atuk sebelah ayah meninggal masa abe kie umo 4 thn manakala atuk sebelah ma pergi masa abe kie umo 31 thn. terkenang kpd mrka berdua. Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiin....
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah atok Syaz. Rindu pada orang yang dah takde memang susah nak ubat.
ReplyDeleteRindu yang telah tiada memang menyakitkan.Mujor ada gambar dapat juga melepaskan rindu.Akak selalu bayangkan perasaan kakak akak yg kehilangan 2 anak yang sulong dan yg bongsu masa mereka remaja..tentu sakit kan menanggung rindu.
ReplyDeleteSakit rindu ni tiada pengubat kan... hmmmm
ReplyDeleteAl fatihah untuk atuk awak Syaz. Awan hitam tu bila dah lama tak datang, rasa risau jugak. Takut diuji dengan nikmat dan rasa senang sampai lupa nak ingat Tuhan
ReplyDeleteInsyaAllah, nanti jumpa.... amin
ReplyDeleteRindu yang tak berpenghujung.
ReplyDeleteAl Fatihah untuk Atok syaz
feel u kaksyaz. i miss my late dad too :(
ReplyDeletestay strong dan selalu doakan untuk arwah ya
So true... rindu yg x berpenghujung. Hanya doa yg dpt dititipkan buat mereka... al fatihah ❤❤❤
ReplyDeleteAl fatihah..
ReplyDeleteRindu yang menyakitkan. Kenangan juga yang datang memujuk. Semoga terus kuat kak.
semoga atok puan ditempatkan dalam kalangan orang beriman
ReplyDeleteYes..akak pun rasa apa yang Syaz ada..sakit kehilangan orang yang tersayang adalah sakit yang sukar untuk diubati...
ReplyDeleteal-fatihah... semoga atuk ditempatkan bersama orang yang beriman, amin
ReplyDeletesakit kerinduaan mmg tiada penyembuhnya... kita hanya mampu mengirim doa utk kesejahteraannya di sana...
ReplyDeleteAlfatihah (dibaca)
Al fatihah buat atok syaz.. nmpk segak orgnya.. sesekali diulit kenangan terbuai jugak rasanya kan?
ReplyDeleteRasa rindu yang tidak berpenghujung...
ReplyDeleteAL-fatihah buat atok Syaz!
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)