Rindu Pada Yang Telah Tiada: Sakit Yang Ingin Dinikmati

 

 
Adakalanya, dalam hidup ini, akan datang satu awan hitam yang akan menyelubungi kesemua rasa manis dan bahagia yang kita ada.
 
Pada ketika itu, kita akan terpuruk.
 
Ada yang kata, perasaan melankolia itu perlu untuk hadir.
Bagi mengimbangi keseluruhan proses hidup seorang manusia.
 
Sedangkan syurga pun lawannya neraka.
Takkan hidup ini gelak ketawa semata-mata?
 
Dan bagi seorang aku, di kala awan hitam itu datang, aku mengharapkan satu sosok ini datang untuk memujuk.
Untuk menenangkan aku.
Menggembirakan aku kembali.
Sepertimana hadirnya dia tiap kali aku jatuh ke lembah kecewa dan bersedih hati sewaktu aku kecil dulu.
 
Ya Tuhan, rasa tenang yang kau anugerahkan saat didakap oleh sosok ini, hanya Kau yang tahu betapa cantiknya zat rasa itu.
 
Namun, 13 tahun berlalu tanpa dia.
Aku hanya mampu terus mengenang rasa itu, selagi ia masih bersisa.
Kerana aku juga berada di atas jalan yang sama menuju ke tempat dia berada.
Cuma masanya aku masih tidak tahu sebarang petanda.
 
Rindunya.
Kadang-kadang macam tak percaya, lama sudah dia tiada dalam hayatku.
 
Rindunya pada dia.
Walaupun rindu pada yang telah tiada itu teramat sakit.
Namun sakit itu adalah sakit yang ingin aku nikmati.
Biarlah aku sakit dan berendam air mata merinduinya.
Tapi sakit itu membantu aku memudarkan awan hitam itu.
 
Nanti kita jumpa ya 💓
 
J'ni.
Cucu sulungmu.
Al-Fatihah Atok.

Post a Comment

18 Comments

  1. Kesakitan yang dalam namun sukar diluah..rindu pada yang telah tiada.
    Al Fatihah..[dibaca]

    ReplyDelete
  2. atuk sebelah ayah meninggal masa abe kie umo 4 thn manakala atuk sebelah ma pergi masa abe kie umo 31 thn. terkenang kpd mrka berdua. Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aamiin....

    ReplyDelete
  3. Alfatihah untuk arwah atok Syaz. Rindu pada orang yang dah takde memang susah nak ubat.

    ReplyDelete
  4. Rindu yang telah tiada memang menyakitkan.Mujor ada gambar dapat juga melepaskan rindu.Akak selalu bayangkan perasaan kakak akak yg kehilangan 2 anak yang sulong dan yg bongsu masa mereka remaja..tentu sakit kan menanggung rindu.

    ReplyDelete
  5. Sakit rindu ni tiada pengubat kan... hmmmm

    ReplyDelete
  6. Al fatihah untuk atuk awak Syaz. Awan hitam tu bila dah lama tak datang, rasa risau jugak. Takut diuji dengan nikmat dan rasa senang sampai lupa nak ingat Tuhan

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, nanti jumpa.... amin

    ReplyDelete
  8. Rindu yang tak berpenghujung.
    Al Fatihah untuk Atok syaz

    ReplyDelete
  9. feel u kaksyaz. i miss my late dad too :(
    stay strong dan selalu doakan untuk arwah ya

    ReplyDelete
  10. So true... rindu yg x berpenghujung. Hanya doa yg dpt dititipkan buat mereka... al fatihah ❤❤❤

    ReplyDelete
  11. Al fatihah..
    Rindu yang menyakitkan. Kenangan juga yang datang memujuk. Semoga terus kuat kak.

    ReplyDelete
  12. semoga atok puan ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  13. Yes..akak pun rasa apa yang Syaz ada..sakit kehilangan orang yang tersayang adalah sakit yang sukar untuk diubati...

    ReplyDelete
  14. al-fatihah... semoga atuk ditempatkan bersama orang yang beriman, amin

    ReplyDelete
  15. sakit kerinduaan mmg tiada penyembuhnya... kita hanya mampu mengirim doa utk kesejahteraannya di sana...

    Alfatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  16. Al fatihah buat atok syaz.. nmpk segak orgnya.. sesekali diulit kenangan terbuai jugak rasanya kan?

    ReplyDelete
  17. Rasa rindu yang tidak berpenghujung...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.