Wireless Mouse Prolink

Sedikit teruja sebab pertama kali pakai mouse komputer yang tak ada wayar.
Ini pun nasib baik zaimi belanja.
Hahah..


Terima kasih la sebab sudi belikan.
Senang sikit, tak berselirat.

Sekarang selain guna di desktop, kalau nak guna laptop kat tempat kerja ke, bawak laptop balik kampung ke, guna mouse ni jugak. Senang bawak seketul je. Tak serabut wayar berpintal lagi.


Tapi asyik lah ibu jari kanan aku ni nak terpicit butang yang tepi tu.
Ada function back kat mouse ni.
Jadi bila terpicit tu, terus dia patah balik ke page sebelumnya.

Kena train jari ni lah nampaknya ahahaha.

Overall, mouse ni best dan memudahkan.
Cuma jangka hayat bateri tu je tak pasti berapa lama, setakat ni dah dua minggu pakai, masih utuh.

Plus mouse ni akan 'sleep' kalau kita tak usik dia untuk beberapa ketika.
Jadi itu method dia save energy mungkin.

Semoga panjang umur lah awak encik mouse !
😁

 

Post a Comment

24 Comments

  1. Ema google kat Shopee.. Hahaha. RM23. berbaloi.
    *masuk shopping cart*

    ReplyDelete
  2. klu wareless mmg senang! hahahaha cuma kena pasti kan sentiasa ada battery saja haha

    ReplyDelete
  3. best pakai mouse wireless ni takde serabut sgt dengan wayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat, kenapalah saya baru menyedarinya hehe

      Delete
  4. Lebih selesa buat kerja pakai wireless mouse ni. betul, dia akan sleep bila kita tak guna. jimat bateri. Baru 2x tukar bateri sejak pakai 2018. Selain wireless, saya guna jenis silent mouse. bila kita click tak berbunyi.

    https://www.azhafizah.com/2018/10/silent-mouse-buat-kerja-tanpa-bunyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh lama hayat tahan bateri dia rupanya! semakin sayang akak dengan mouse ni hehehe

      Delete
  5. Pakai brand Logitech pun ok. Dah nak dekat setahun dah pakai. Bateri still tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logitech pun antara brand barang komputer yang bagus kan 😊

      Delete
  6. kita sama, syaz..guna mouse wireless ni, peghak jap. haha.

    ReplyDelete
  7. Kalau pakai wireless ini, bateri akan tahan lama kalau kita off bila tak guna.. Tapi kalau jenis yang tak ada button on off tu memang tak berapa tahan lama..

    ReplyDelete
  8. Senang guna bila takde wayar hehehe

    ReplyDelete
  9. mouse xde wayar mudah skit nk handle shida rasa..shida pn guna..walau pkai laptop hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai dengan laptop lagi better sebenarnya hihi

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.