Beli Saga FL | Throwback Thursday

Kisah 2011.
Kisah kereta pertama yang aku beli (loan) hahaha!

Aku dapat kerja tetap dalam Jun 2011, jadi lepas fikir masak-masak, terus decide nak beli kereta.
Ingat lagi, masa tu nak ambil kereta Suzuki Swift la, Yaris la..

Last sekali, setelah mengambil nasihat mak, dan orang-orang sekeliling, aku pun buat keputusan untuk ambil Saga FL.

Dengan ejen yang urus kereta aku, kalau tak silap nama dia Suren.
Baik sangat budaknya.

Zaimi pun agak slim masa ni hahah!
Aku pulak yang over debab masa ni.


Antara sebab kenapa aku ambil Saga FL ni masa ni, sebab harga ansuran bulanan.
RM430 sebulan untuk Saga FL yang spec penuh.
Interest bulanan 3.85%, loan dengan Maybank.
Masa ni interest Maybank yang paling rendah.

Kenalah dengan pendapatan aku pun.
Gaji masa tu dalam RM3K++ kalau tak silap, campur elaun.


Disebabkan aku ni berselera makan besar, dan ada tanggungan, kereta Saga FL ni memang kena dengan 'ukuran baju di badan sendiri' lah masa tu.

Dan, sampai ke hari ini, aku masih dengan konsep tu.
Aku masih beli kereta Proton / Perodua untuk kesemua kereta atas nama aku ahahaha


Memang riang habislah masa ni.
Sebelum ni pakai kereta Kancil 880 je, itu pun abah punya.
Bila merasa ada kereta sendiri, paling best tang bau kereta baru lah!


Gambar-gambar ni semua zaimi yang tangkap.
Semangat pulak boypren sorang ni tangkapkan gambar.

Masa ni bertunang pun belum hahaha


Lawa kan?
😜

Lepas selesai semua urusan ambil kunci kereta, terus balik rumah mak dekat Semenyih.
Masa ni mak duduk Semenyih lagi.
Masih belum berhijrah ke Kuantan.



Tapi, aku pakai kereta ni setengah tahun je.

Lepas kahwin bulan 1 tahun depannya, aku dengan zaimi hanya guna 1 kereta.
Kereta ni, aku bagi adik aku pakai sementara dia nak beli kereta dia.

Share bayar.

Lepas tu, kereta ni memang aku bagi mak abah yang pakai.
Kebetulan masa tu mak abah pun memerlukan kereta.

Jadi, di pertengahan cerita, aku tiba-tiba perlukan kereta sebab ada jawatan yang aku kena sandang, memerlukan aku ke kampus Seremban sendiri.
Zaimi susah nak hantar aku, sebab dia pun ada kelas kat Pilah plus kena hantar Adam ke rumah pengasuh yang juga kat Pilah.

Maka aku pun beli si kenit Perodua Viva.
Itu cerita lain.
Panjang ceritanya.

Sampailah hujung 2019, kereta ni pun dah tua dan sakit.
Nak bagi abah teruskan pakai pun tak sampai hati.
Tekan minyak pun menderum kuat bunyinya huhu..


Jual Saga FL ni.
Gantikan kereta mak abah dengan Viva yang masih elok dan sihat tu.
Jadi, aku pun beli another Proton.
Konon masa tu kerajaan nak perkasa pemasangan carseat.

Kereta sedan tak dapatlah nak pasang carseat sampai 3.
Belilah MPV, untuk tujuan balik kampung kononnya.

Sekian.

Itulah kenangan aku beli kereta pertama 😊 

Post a Comment

21 Comments

  1. kereta pertama Mama Yan Persona, beli tahun 2009. Sekarang takde dah...jual tahun 2014.. Bestkan bau kereta baru

    ReplyDelete
  2. saya beli kereta pertama setelah 10 tahun keje dan masih guna kete tu smpi skrg. takde hasrat lg nak tukar, gunalah smpi tak boleh digunakan lagi. lagi pon dah habis bayar...

    ReplyDelete
  3. Kenangan kereta pertama. Walaupun dah ada pengganti, masih segar dalam ingatan, kan. Hasil titik peluh sendiri. :)

    ReplyDelete
  4. semoga satu hari nanti sy pun ada rezeki untuk beli kereta.. aminnnnn

    ReplyDelete
  5. hehe viva senang sbb kecil and senang parking :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali! tapi tak muat nak 5 beranak dah :(

      Delete
  6. Aaaa...best kan ada kereta sendiri..Huhu..Doakan saya ye...nak jugak beli kereta baru nanti..tapi musim Covid ni macam tak menentu...rasa nak saving aje..tak nak berhutang dulu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga tunggu dulu, sebab macam saya, kereta yang ambil disember 2019 tu, memang jarang benar berjalannya sejak PKP hahaha

      Delete
  7. Kenangan terindah bila berjaya beli kereta pertama.

    Psst...apa rahsia Syaz sekarang selim melim? Hehe

    ReplyDelete
  8. Kereta pertama Boleh Laju Gila (BGL)

    ReplyDelete
  9. wak beli firat car (hutang bank jugak) tahun 1991.. proton saga old school jugak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. hihi
      1991 saya baru berangan nak masuk tadika 😅

      Delete
  10. Alhamdulillah. Dapat membeli kereta sendiri untuk kemudahan. Tak sabar nak habis bayar kereta bebas hutang..huhu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.