Thursday, July 23, 2020

BOB Ku Sayang | Throwback Thursday | 14 Disember 2019

Tahun lepas, kepoh kecoh seantero negara yang peraturan  penggunaan kerusi kanak-kanak (carseat) akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Sebagai ibubapa yang ada anak kecil, perkara ni serba sedikit akan memberi kesan pada kami.
Timbang punya timbang, kira-kira bajet, congak-congak kehidupan harian, why not ambil 1 MPV atau SUV.

Tapi, nak yang harga tak mahal sangat.
Tapi, bila dah limitkan range harga, pilihan memang limited la.


Kalau ikut hati, rasa nak ambil Alphard terus hahaha
Tapi, ukurlah baju di badan sendiri,  pesan hatiku pada diriku.. gittew..

Setelah pergi survey Aruz, Rush, Yaris (ni nasib baik tak beli, entah kenapa tergoda sangat, sah sah bukan MPV!), X70.. Last last mata terpandang kertas harga pada kereta yang sebelah X70 masa dekat showroom tu.

Mungkin terkena panahan arjuna (poyo ngat eh), aku terus je tanya macam-macam dengan salesman tu. Siap bukak bonet, pintu semua.. Anak-anak pun masuk duduk, nampak sangat selesa!

Plus, kerusi yang belakang boleh turunkan jadi rata, jadi boleh bawa barang besar macam perabot.

And just like that, aku terus decide untuk beli.
Zaimi pun kata terpulang pada aku, itu kereta aku. Viva pun dah nak habis bayar sangat.
Yang best, dia sangat menepati ciri-ciri yang dah kami list untuk ambil kereta baru.

Dia MPV.
Dia 7 seater.
Dia luas (compared dengan aruz sedikit sempit bila duduk belakang)
Dia ada aircond kat belakang, dekat setiap penumpang belakang weh!
Dia dalam bajet untuk ansuran bulanan.
Dialah Exora ku..hihik


Ada yang kata, masih beli kereta tempatan?

Aku jujurnya tak kisah pun.
Asal ada kereta, dan asal mampu bayar bulan-bulan.
😊

Elok je 14 Disember tu dapat ambil kereta, terus kami jalan-jalan ke jamuan house warming kawan zaimi di Beranang. Tergigil-gigil semua sejuk sebab kat luar hujan, lepas tu proton kalau baru, tau la aircond dia macam mana, dah macam dalam igloo orang eskimo hahaha

Tapi tak puas lagi ke sana ke sini dengan dia (sebab masih gilir2 kereta dengan zaimi kalau nak pergi kerja), eh tiba2 PKP.

Jadi tukun la exora ku..
Sekarang ni dah PKPP baru la dapat jalan balik dia 😘


Kenapa Bob?
Sebab nombor plate BQB. Kah kah!
Semua kereta aku wajib plat Selangor, because I'm one proud Selangorian walaupun beli kereta di Proton Edar Senawang 😜

Hehe..jangan marah haa..

16 comments:

  1. Masa PKPP ni kalau beli kereta laaagi huntung
    sebab dah cut cukai.

    ReplyDelete
  2. akk pun tak kisah beli kereta keluaran tempatan..yg penting kereta selesa & within budget..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mungkin sebab tu tergoda sangat dengan exora masa tu, sebab within budget hehe

      Delete
  3. Betul beli ikut mampu sebab yang nak membayarnya kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pc, saya sedaya mungkin tak mau tertunggak bayaran bulanan tu..huhu

      Delete
  4. dapat sebiji kereta..tahniah syaz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul2 'dapat', alangkah indahnya hahaha

      Delete
  5. Exora pun best n luas...anak ramai mmg puas ati, tpi x prnh try bawak exora, partnernye Alza ade la bawak, lebih kurang same kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kira adik beradik la 2 kereta tu hehe

      Delete
  6. alhamdulillah syaz, kann tak kisah lah kereta apapun semua ikut kemampuan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, risau juga yang mahal2 tu, komitmen insurans dan tayar pun mahal huhu

      Delete
  7. ALHAMDULILLAH MAMPU BELI KETA BARU MUSIM PKP REZEKI TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sebelum pkp kak, masa pkp kereta jadi tukun je kat rumah haha

      Delete
  8. Sha lebih sukakan Proton sebab aircond dan lebih berbaloi dibayar bulanan..
    Exora tu idaman.. Ada rezeki memang nak sambar cuma lebih pada kehendak bukan keperluan tu yang mampu memuja dari jauh je.. hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot