Thursday, February 4, 2021

Mencari Rak Kasut di IKEA | Throwback Thursday | 25012016


IKEA, tempat yang sangat jarang aku dan famili dapat pergi.
Satu sebab dia jauh dari rumah, kedua sebab tak berapa nak mampu shopping kat sana kerap-kerap ahaha
Jadi harini nak throwback cerita 2016 dulu.
Masa ni adam pun baru nak masuk 3 tahun.
Alang-alang masa ni, kami balik rumah mak kat semenyih.
Oh ya, dulu parents aku duduk semenyih je.
Dekat sangat nak balik tengok mak abah.
Sekarang jauhh..sobs.

Ok berbalik pada cerita, disebabkan balik semenyih, jadi nak pergi IKEA ni, mak suruh tinggalkan je amir. Sebab amir masa tu baru beberapa bulan, 3 bulan lebih ke 4 bulan macam tu.

Jadi bawak abang adam je lah.




Suka sangat dengan 'bilik-bilik' yang didekorasi tu kan.
Bila masuk IKEA je, macam masuk alam fantasi.

Kalau pergi tak ramai orang, feel sikit nak berfantasi.
Kalau pergi masa orang menderu-deru, memang terfantasi yang rumah kau tengah buat jamuan housewarming je lah. Anggap je la semua tu jiran-jiran baru yang datang nak tengok rumah baru kau.
Ahaha



Rata-rata barang dalam IKEA ni harga mampu tengok je bagi aku.
Ya semua cantik, comel, condusive!

Tapi tak daya nak beli banyak.
Maka cuci mata puaskan nafsu je lah.


Dua ketul ni memang semua sofa diorang nak duduk.
Excited terlebih!


Lawa ni, tapi tak tau nak letak kat mana kalau beli dalam rumah sekangkang kucing ku itu huhu.





Adam memang happy.
Karpet tu pun aku berkenan. 
Nantilah beli untuk ayu pulak bila dia besar sikit dan dah set up bilik dia nanti.



Dah habis jalan dekat showroom, kami pun beransurlah ke rak-rak tinggi tu.
Wajiblah ambik gambar kan!
Ahaha





Kadang tu ada juga rasa seram, kot roboh rak-rak ni..
Huishhh nauzubillah!


Masa ni menuju ke rak yang menempatkan rak kasut yang kami nak beli tu.


Selain rak kasut, ada lah jugak ambik benda-benda lain.
Tapi aku dah tak ingat apa yang aku beli tu.
Aku ingat jam dinding tu je ha.
Yang panjang terjulur tu apa entah huhu..




Walaupun tajuk entry adalah mencari rak kasut.
Aku scroll tak jumpa pulak gambar rak kasut yang kami beli tu.
Agaknya masing-masing dah kalut nak angkat kotak yang berat, nak kepung adam lagi ahaha

Terus lupa dah pasal gambar.

Tengok balik gambar-gambar ni, rasa rindu pulak nak ke IKEA.
Moga ada rezeki nak ke sana lagi.

22 comments:

  1. Sejak ada Ikea kat JB akak pernah lah juga beberapa kali pergi sejak anak dara akak dah bekerja ni.Tapi tu lah harga kebanyakan nya mampu tengok je.Tapi tak kan keluar Ikea tak beli apa2 kan,cari lah juga barang yang murah2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, paling2 haritu saya beli lilin dan kuali 😂

      Delete
  2. Ikea tempat berhantu..kalau dah masuk susah nak jumpa jalan keluar..)

    ReplyDelete
  3. oohh tahun 2016..baru nak ty mcmmana boleh lepas roadblock..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sekarang nak keluar gi deretan kedai depan tu pun takut 😂

      Delete
  4. Lama jugak tak singgah IKEA.. walaupun x PKP.. memang x singgah. ahahahhaa.. x rasa nak beli pape plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak singgah, duit selamat, singgah.. duit terbang 😂

      Delete
  5. Ikea mana ni? Kalau cheras dekat dengan rumah uncle...

    ReplyDelete
  6. kan kan gi IKEA pun kdg2 sbb nak beli karipap dia je hahaha...
    tapi kdg2 suka tgk barang2 kecil2 yg kat belah2 belakang....

    ReplyDelete
  7. Kadang dah ada list pun boleh terbabas juga. Aduh.

    ReplyDelete
  8. Kalau balik Malaya, rajin juga lepad di IKEA DAMANSARA. Dekat dengan rumak mak.

    ReplyDelete
  9. Owh 2016
    Masa tu si kobit tak datang lagi.

    ReplyDelete
  10. sejak covid tak jejak dah ikea. Order online je sekarang, mana2 barang kecik la. barang besar mahal postage hehe

    ReplyDelete
  11. Sekali je pergi IKEA tu. 2 tahun lepas. :)

    ReplyDelete
  12. tak suke ke ikea time bersesak2. selalunya kalau ade brg yg berkenan, ppergi awal2 pagi, amik je brg yg berkenan tu dan terus balik... tak sesak dan pakir pon senang

    ReplyDelete
  13. ikea ni tempat berantuuuu.. klu pergi nak makan ja pon, sure beli juga satu dua barang.. .lilin ka, cawan ka haha

    ReplyDelete
  14. ammi yg dekat ni pun mmg tak gi IKEA sbb malas. Masuk kang mulalah syaitonnnn buat kerja tambahan jadi baik biar je setan tu dok buat kerja azali dia. hahah

    ReplyDelete
  15. Ala.. nak tengok rak kasutnya.. hehehe..
    Saya kalau ke Ikea nie nak beli meatball je.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Rindu IKEA, kalau tidak sebulan sekali rajin pergi. Beli sikit sikit. Berkenan betul dengan barang IKEA. tapi itulah kena tengok bajet. Kadang cuci mata pun kepuasan juga.
    Cakap pasal rak kasut, saya beli rak kasut TRONES tu :)

    ReplyDelete
  17. sangat lama tak pergi ikea..kalo pkp da nak dekat setahun, agaknya da setahun lebih gak lerr tak pergi ha...rindu nak pergi dan beli barang rumah, ri tu beli kat shopee je rak baju ikea..guna personal shopper..huhu

    ReplyDelete
  18. cuci mata pun dah syok kalo pi ikea.. apatah lg kalau dpt shopping tp yg x bestnya nk kena cari brg² tu haaa

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot