Ayu sekarang pun suka melukis sekarang, terikut-ikut amir.
Makanya dah makin ramai insan kecil yang memperhabiskan kertas-kertas A4 kat rumah ni 😂
Jadi, tengok ramai kawan-kawan ada belikan anak diorang LCD Writing Tablet ni. Jadi aku pun belikanlah 1 untuk ayu.
Why not kan?
Excited la dia sebab dapat hadiah.
Dapat parcel yang bila aku bukak, aku bagi kat dia.
Selalu kalau aku bukak parcel, dia tengok je barang-barang aku tu 😂
Ini rupa dia belah belakang, yang menempatkan suis dia kat atas sekali tu.
Pen dia terletak kemas kat bawah.
LCD Writing Tablet ni guna bateri.
Konsep dia sama dengan mainan budak-budak yang guna pen mata besi dan serbuk magnet tu.
Cuma yang ni, bila nak padam, tekan je butang gambar tong sampah tu.
Kat belah atas tu ada lubang.
Aku agak fungsi dia untuk letak tali, untuk ikat pen dia tu.
Sebab aku buat macam tu hahaha!
Sebab kalau tak ikat, kejap-kejap tanya kat aku, "mak nampak tak pen tablet ayu?"
Ah dah aku kena jaga pen tu pulak!
Jadi baiklah aku ikat terus je pen tu.
LCD Writing Tablet ni aku beli kat shopee je.
RM11 masa aku beli tu.
Dia ada banyak saiz.
Aku beli yang paling besar yang ada kat kedai tu hihi
Amir pun join sekaki jugak melukis atas tablet tu.
Bukan setakat amir, aku pun join jugak!
Hahaha
Itulah kisah LCD Writing Tablet untuk anak 😁
33 Comments
Rm11 ajer? Memang mampu milik. Mainan yang bagus ni.
ReplyDeleteGambar Ayu tu, maknya la yang lukis ya? Hehe.
Menjadik tu, berbakat melukis.
haha! mak nya pun menconteng2
DeleteBoleh save ke?
ReplyDeletetak boleh..hehe
DeleteSelamat melukis anak-anak.
ReplyDeleteyeahh :)
DeleteEhhhh, nampak menarik nih! Nice, lebih kreatif dia nanti..Hihi~
ReplyDeleteKak,saya ada tag dalam Giveaway nih tau..
Jemput join sekaki..Huhu~
https://www.nonasani.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
hihi insyaallah Non ;)
DeleteWaa.. menarik. Boleh beli untuk anak² nanti
ReplyDeleteboleh la buat anak2 hilang bosan
Deletemurahnya. berbaloi daripada guna kertas yg slalu akan kena buang lps guna
ReplyDeleteaah, cuma tak kekal lama lukisan tu..delete terus gone forever
DeleteMenarik gadget mcm ni utk anak2 syaz..dr duk layan channel youtube entah ape2 tu..
ReplyDeletehahaha betul jugak tu
Deletebagus app ni
ReplyDeletebukan app pun rabia, hanya mainan kanak2 je hehe
DeleteCanggih2 mainan bebudak zaman sekarang.
ReplyDeletezaman dah berubah...gitchew
Deletenow everything is digital kan.. tak perlu dah nak kumpul2 paper byk2 dlm laci :)
ReplyDeletebetul tu, tapi tak ada kenangan lukisan tu sebab bila delete hilang terus haha
Deleteehhh..murahnya..nanti boleh la skodeng untuk anak-anak..depa ni pun suka betul la menghabiskan kertas a4 mak depa..
ReplyDeleteaah, harga dia memang tak mahal sangat awak :)
Deletewah menarik jugak benda ni, takde lah budak2 ni maen hp jer...
ReplyDeletebetul tu
Deleteseronoknya dpt beli dgn harga yg murah... postage nya brp pulak syaz? boleh connect ke hp x ni? hihihi... byk sgt soalannya
ReplyDeletepostage free rasanya masa ni sebab guna shopee pay hehe, takleh connect pun kakmim, mainan je ni hehe
DeleteRM11? eh murahnya?
ReplyDeletesebab mainan je kot uncle hehe
DeleteEhh omak pun tumpang sekaki. Seronok ayu dapat parcel kali ni. Selalu perati je.
ReplyDeleteomak teringin jugak hahahaha
DeleteMurah sungguh! Abang Farid belikan online harga seratus lebih pulak.
ReplyDeleteitu yang boleh connect di phone rasanya tu
Delete"Selalu kalau aku bukak parcel, dia tengok je barang-barang aku tu" 😂
ReplyDeletexleh blah ayat ni syaz...kesian ayuuuuu hahahaaa..tergelak pulak 😂😂😂
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.