Tadi memori 5 tahun lepas lalu-lalang kat FB.
Masa ni tengah suruh students buat aktiviti sikit.
Memang style aku, aku akan selang-selikan dengan aktiviti selain stand up lecture.
Students aku semua memang dah arif sangat dah style aku macam mana.
Diorang kena expect the unexpected dari aku 😂
Ye lah subjek berunsur sains yang perlu banyak pembacaan dan pemahaman ni, kalau terus terusan kita bercakap saja kat depan, jangan kata students, cicak yang kat dinding pun boleh terlelap.
Jadi memang kena pelbagaikan method.
Selalunya selitkan video, aktiviti dengan rakan sekelas, games etc...
Tapi dah 2 semester dah bercakap dengan laptop dan komputer, tak nampak muka students.
Kinda sad juga.
Dan students yang tak pernah kenal aku, akan sekadar dengar sajalah.
Tak adalah ruang berkenal-kenal, berborak etc..
Haih..
Moga nanti ada rezeki mengajar dalam kelas secara f2f semula.
Semester depan pun masih online bagi kampus aku.
Apa-apa pun, semoga pembelajaran terus berlaku..
Perkongsian ilmu tu diharapnya terus ada selamanya 😊
26 Comments
Feel dia tu lain kan Syaz, f2f dgn on9 ni. Moga dipermudahkan...
ReplyDeleteBetul, tak sama hehe..
DeleteSemoga virus ni akan berlalu dan kita semua boleh meneruskan norma hidup yg normal kembali
ReplyDeleteAminn ya rabbal alamin
DeleteSemoga awak ada rezeki untuk ajar students secara face to face lepas ni. Moga moga covid19 ni cepat cepat habis :)
ReplyDeleteAmiinn..
DeleteJangankan lecturer, students pun rindu nak f2f belajar. Kita pun rindu nak feel hidup normal macam dulu :)
ReplyDeleteKan.. rindu hehe
Deletemasa skypemeeting x tunjuk muka video ke kat screen? 😅
ReplyDeleteTunjuk juga, tapi sekadar muka je la, dan tak nampak semua juga
DeleteMujurlah sek men akan dibuka bln dpn. Baru ada feel mengajar bersemuka.
ReplyDeleteBetul abamkie, anak saya seronok pergi sekolah 😊
DeleteSemoga tabah menghadapinya. Aamiin
ReplyDeleteAminnn
Deletewalau apapun kaedah pengajarannya ilmu dicurahkan sebaiknya
ReplyDeleteInsyaallah kak PI 😊
Deletekita pun sesekali rindu.. sesekali jer la, hihi
ReplyDelete😂😂
DeleteWhoaaa.. Rindu Jugak lah!!!
ReplyDeleteRindu saya ke? 😜
Deleteakak rindu nak mengajar, atie plak rindu nak masuk class :(
ReplyDeletedah setahun tinggal japanese class ni, rindunyaa nak masuk class balik
student rindu nk msk kelas. nk bljr. lecturer rindu nk mengajar. lyn kerenah student😊
ReplyDeletebagi staf pelaksana macam saya ni, suke bile student belajar online, aman sikit fakulti, aman sikit opis... hahaha
ReplyDeletememang best la kalau berselang-seli dengan eksperimen sebab zaman sekolah dulu lecture memanjang sampai tidur dekat bawah meja pun cikgu tak perasan haha
ReplyDeleteinsyaAllah, 1 hari nnti. bila rmai org dh kena vaksin.
ReplyDeletebab terlelap tu sungguh..subjek yg byk bercakap like BM BI SJ aduhaiiii lemah den!!
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)