Sony Ericsson Pink Flip Phone | Throwback Thursday

Telefon aku masa tahun 2008.


Dulu masa zaman sebelum era telefon pintar yang guna skrin sentuh, telefon jenis lipat ni memang telefon paling fav.

Tapi tu lah, tak sangka pulak dah tak ada dah telefon flip yang best macam ni.

Ada gambar ni pun sebab zaimi yang snap guna fon dia.

Paling syok perasaan masa flipkan fon tu lepas dah siap cakap fon.

Perasaan dia memang jaguh sangat lah!

Hahaha!

Aku terpengaruh dengan telefon flip ni pun sebab tengok movie lah jugak.
Memang nampak elegan sangat bila pelakon Hollywood sekalian flip fon.

Fuh!

Lagi 1 yang best dengan telefon berkeypad ni, boleh texting sambil drive.
Mata takyah tengok skrin pun.
Typo pun tak!

Sebab ibu jari memang dah hafal lokasi setiap huruf dengan baik.
Bukan tu je, siap ligat otak ingat nak kena tekan berapa kali untuk ke huruf yang kita nak.
Kalau nak taip 'baik' contohnya, kena tekan:

2 2, 2, 4 4 4, 5 5

Alah rindunya zaman tu.

Tapi semua tinggal kenangan je lah.

Sekarang ni pakailah telefon touch screen.
Jangan kata nak taip masa tak tengok, taip masa pandang skrin pun boleh typo sebab jari gemuk.
Kah!

Post a Comment

24 Comments

  1. lecturer kat depan...kita boleh sms kat bawah tanpa melihat skrin. semak time nak tekan send je. semua ejaan betul. sekarang...buka mata luas luas pun masih lagi typo

    ReplyDelete
  2. Telefon flip ni rebutan ramai kot zaman dulu. Feeling dia tuu rasa hebat ah bila flip telefon lepas siap bercakap hahahaha

    ReplyDelete
  3. betul laa dl2 mmg suka phone flip flip ni kan...
    bila buka je wah gitu mcm satu aura dia len maciam hahaha...
    tapi skrg ni ada lagi eh flip2 ni?

    ReplyDelete
  4. Sis pun ada satu macam ni...lepas tu jual ke bagi adik agaknya...lupa plak...cantik dan comel je...

    ReplyDelete
  5. first phone saya dulu jenama samsung, tak ingat model apa. itupon kakak saya punya. tahun pon tak igt bila...

    ReplyDelete
  6. saya dulu ada phone jenis slide tu..perghh bangga ada tu sampai la dia rosak..jenis flip and slide gini kan cepat rosak..huhu

    ReplyDelete
  7. Haha...Rasa hehat sangat kan pakai phone flip ni hihi... Bff PH pakai model ni gak dulu. Kemain dia flip phone tu :D

    ReplyDelete
  8. best kan guna flip phone? syu ada 1 jgk dlu, brand samsung. gara2 tgk citer korea.
    rasa jaguh msa angkat phone tu mmg ada laa. haha

    ReplyDelete
  9. Jenazahnya dah boleh simpan kat muzium ni

    ReplyDelete
  10. fuhh!! zaman kegemilangan guna pon ni. saya tak sempat ada pon camni sebab saya peminat nokia, dia takda jenis flip (betul ke takda or aku tak ingat).
    tapi mungkin skrg jenis camni akan kembali, tengok cerita penthouse ada dorang guna yang flip tapi jenis yang moden lah.. mana tau someday guna lagi??

    ReplyDelete
  11. kecanggihan teknologi hp berubah tiap detik

    ReplyDelete
  12. sy dulu kan jeles sapa yg pakai hp ni sbb bagi sy ia sgt2 bergaya hahahaa

    ReplyDelete
  13. dah keluar balik flip phone brand Samsung..tapi harga..huhu..

    ada bbrp drama korea, depa guna flip phone samsung ni..

    ReplyDelete
  14. Masa zaman kegemilangan flip phone Ai pernah beli brand Samsung. Bangga dah ada flip phone. Last-last makan kt kfc tertinggal atas meja.

    ReplyDelete
  15. trendy tul la sapo ada flip hp 15 thn lps. nostalgia tul...

    ReplyDelete
  16. Mrs. A pun lama juga guna flip phone jenama Nokia sampai dah rosak baharu tukar punyalah sayang hahahhaa... sekarang phone flip Samsung tu memang menarik tapi harga kayangan sangat

    ReplyDelete
  17. ada satu dulu warna hitam, sampai berikat getah hahah

    ReplyDelete
  18. memang suka phone jenis flip ni. dulu ada juga satu sampai barai guna..haha

    ReplyDelete
  19. Kan. rasa jaguh gitu...
    Betul part typo.. saya pandang skrin pun tetap typo.. adehh. ahahahahah

    ReplyDelete
  20. bergaya sungguh kalau ada handphone flip zaman tu. terpaling bergaya lah masa tu. kalau ada sekarang tak tahu lah orang nak beli ke tidak. Sekarang zaman screen besar. huhu

    ReplyDelete
  21. Sekarang ada balik dah yang flip2 gini. Samsung lau tak silap yang Nelydya Senrose model dia tu hehhe

    ReplyDelete
  22. dulu dulu shida pun suka pkai yg flip..dulu shida guna sony ericson tau hahaa..masa tu plg power la time tu..heheee

    ReplyDelete
  23. uish.. mengimbau betul.. Sha pernah pakai flip dan juga slide.. hehehe..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.