Asalnya, masa adam kecik dulu, aku ada belikan 1 gitar mainan.
Masa tu dia sorang je, dia main seronok lah kan sebab dia sorang.
Tapi sejak dah ada lagi 2 manusia kecil kat rumah ni yang memang jenis pantang tengok abang tu pegang apa-apa mesti nak direbutnya, gitar tu habis terburai talinya hahaa
Yang si adam pulak kat dah besar, dah ada rasa nak 'mainan' budak-budak besar.
Adalah beberapa kali dia kata dia nak gitar sebenar.
Hamboih..
Jadi, aku sajalah belikan dia so called Ukelele.
Tapi versi kanak-kanak jugaklah kot.
Rupa macam Ukelele sebenar, tapi harga below 100, jadi aku rasa dia bukanlah Ukelele untuk professional player.
Kot?
Maafkan aku kalau silap, sebab aku tak arif sangat alat muzik ni hahaha
Jadi, kisahnya, orderlah dekat shopee.
Memang seronok sangatlah tu dapat Ukelele tu.
Greng sana greng sini.
Tapi dah namanya budak-budak kan, disebabkan Ukelele ni tak ada sang adik yang berebut nak main, sebab adik sibuk main gitar 1 tali warna biru yang lama tu je, lama-lama adam pun tak nak main.
Ceh..
Nasiblah Ukelele ni ada sarung warna hitam tu.
Oh ya masa sampai, dia siap bagi pick dia sekali.
Makanya, sekarang Ukelele tu duduklah celah kerusi, menangis menanti sentuhan dari adam.
Hahaha
Ingat nak carikan kelas kalau dia betul-betul berminat.
Tapi risau juga kang dah daftar kelas, rasa susah pulak, quit pulak.
Entahlah.
Korang rasa?
24 Comments
bagi dia belajar ikut youtube dulu, klu betul2 berminat, bole la ikut kelas2 muzik...
ReplyDeleteKalau adam betul betul minat, apa salahnya. Asah bakat dari kecik :)
ReplyDeleteSatu hari nanti, Adam buat konsert khas ukulele untuk mamanya (^∀^)ノシ
ReplyDeletekalau dia minat, boleh masuk kelas..
ReplyDeletewah stail jugak tu.... kita cuba suruh dia belajar dengan you tube dulu main ukelele nih, bila nampak dia ada minat dan nampak dia teruja boleh la carikan kelas hehehe
ReplyDeleteMinat bahagian muzik la ni
ReplyDeleteKita kenal ukelele ni bila tengok Ungku Ismail ke kawan dia dok main dalam drama Teman Lelaki Upahan. Si Iman berapa kali ngendeng malas nak layan sebab sebelum ni pun dah pernah belikan gitar, tak bersungguh2 belajar main gitar tu, setakat greng greng greng, mak dia pun pandai, hahahah
ReplyDeleteMacam sepupu PC nak gitar, sekali ibunya belikan ukelele. Siap tanya, bu kenapa gitar jadi kecik, ibunya pun cakap ni ukelele anak gitar. Hahahaha. Boleh masuk kelas tapi kena tanya betul-betul, dan kena janji belajar ukelele betul-betul.
ReplyDeleteBagus tu.
ReplyDeleteUkelele..akak macam berkenan jugak. Kalau nampak kat satu gerai kat IOI mall tu..asik terjeling-jeling.
ReplyDeleteNak beli, takut kang hangat2 taik ayam gak..haha
Untuk kelas tu, memang confuse gak nak fikir. Sebab kelas gitu biasa kan mahal. Kalau ada kelas utk pengenalan gitu, elok jugak. Tengok sejauh mana minat dia.
wahh bestnya nanti bermain ukelele
ReplyDeleteAssalamualaikum syaz.. wah, bagus ni... dari kecik dah minat muzik. SS sokong hantar dia ke kelas muzik. belajar muzik ni dapat meningkatkan kecerdasan dan bagi senaman utk otak. Good luck Adam. nanti dah betul2 pandai, belanja aunty 1 lagu keroncong ekkk...
ReplyDeleteanak akak masuk pancaraga sekolahnya...kdg2 bila cuti dia bwk blk alat muzik yg dimainkannya....yg besar gedabak tu apa tah namanya..
ReplyDeleteCuba Syaz cari trial class dulu, mana tahu ada. At least boleh tahu Adam boleh cope ke tidak. My 2 cents ✌️
ReplyDeletewah..kalau dia minat,boleh ja teruskan...mana tahu jadi pemain ukelele profesional satu hari nanti
ReplyDeleteWhoaaa. nampak menarik la ukelele... Why not kalau bebetul minat .. tanya dulu.. dan bagitahu apa yang bakal dilalui untuk belajar itu semuaaaa... huhu
ReplyDeletetry belikn piano.. 😅
ReplyDeleteWahh abadam suka main gitar eh. kalau dia ada minat nak belajar boleh je masuk kelas buat tambah skill atau minat. Kalau boleh pergi jauh, bonus tu :)
ReplyDeleteukulele ni senang je nak belajar, boleh je belajar dekat youtube hehe
ReplyDeletebestnye ukelele ni. tp xpndai main.
ReplyDeletekalau dia tul2 minat baru carikan kelas , kalau duduk celah kerusi saja dia tak sentuh, means dia tak minat pun, cuma nak main jer
ReplyDeletecomelnya ukelele tu. bolehlah praktis lepas ni :)
ReplyDeletewahh lepas ni berukelel la dia :)
ReplyDeleteboleh rekod syaz..tgk dia punya pi mcm mana :)
Hahaha.. bila dah tak ada yang nak merebut, sian ukelele tu.. biasanya mcam tu lah Syaz.. Tapi mungkin satu hari nanti tetiba dia kembali minat nak bermain..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)