Bahulu Percuma

Awal ramadhan haritu, jiran bagi.

Sedap sangat, lembut je tekstur bahulunya.
Yang menambah sedap tu mungkin sebab ianya percuma.

Hahaha

Dulu seingat aku, kalau nak makan bahulu ni, masa hari raya baru jumpa.

Nampaklah tok (mak kepada abah) buat dengan kawan-kawan dia.
Guna pengacau adunan bahulu yang rupa dia macam spring tu.

Toing toing toing!

Tapi bila dah kacau dalam adunan tu bunyi dia jadi kecuk kecuk kecuk kecuk kecuk!

Selain hari raya, nak jumpa bahulu ni, masa kenduri kahwin.
Ada bahulu bentuk ikan, bentuk bunga.

Nostalgia sangat.

Dulu bahulu ni ekslusif, susah nak dapat.

Tapi zaman dah berubah, bila-bila masa pun boleh makan bahulu. Kalau di Pilah tu, singgah je mana-mana kedai atau gerai tepi jalan, adalah jual bahulu.

Dekat bahagian roti di supermarket pun, dah ada jual bahulu.

Tapi, walau semudah mana pun jumpa bahulu, takkan sama rasa sedapnya bila makan yang diberi dengan ikhlas.
Gittew ❤️

 

Post a Comment

12 Comments

  1. Teringat bahulu mak bakar guna cengkerang getah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak panggil cangkang getah.
      memang nostalgia.

      Delete
  2. dulu2 puas mengepuk telur nk buat baulu

    ReplyDelete
  3. Kuih favourite awan ni.. hihihi

    ReplyDelete
  4. huhuhu..biasa orang bagi memang sedap...InsyaAllah.. pahala sedekah untuk jiran yang memberi

    ReplyDelete
  5. betullah dulu bahulu ada waktu nak raya je... masa kecik biasa tolong arwah nenek buat baulu tu... akak keje pukul telur dengan pemukul yang macam spring tu... arwah nenek buat banyak, kalau tolong dari pagi bawak ke petang balik rumah badan bau telur hehehe ... tapi best nya makan bahulu panas-panas tu yang tak boleh lupa

    ReplyDelete
  6. masa kecik2 dulu mak selalu jg buat bahulu..ganti2 kami adik beradik kacau gula & telur dalam pasu seramik..bakar pula guna dapur kayu..nostalgia..

    ReplyDelete
  7. Betul, lagi sedap bila ianya makanan percuma hahahaha.

    ReplyDelete
  8. bahulu ikan yg besar2 tu mcm dah tak jumpe skrg

    ReplyDelete
  9. teringat dulu2 pun pernah ada pengalaman bakar bahulu ni dengan cara tradisi kat kampung..

    ReplyDelete
  10. saya pun fikir macam tu. Time raya je baru jumpa dan susah nak dapat. Sekali kahwin dengan orang pilah, tu diaa boleh makan bahulu anytime. melambak orang jual tepi jalan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki kak syaz. slalu time raya je mkn bahulu ni.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.