Monday, April 19, 2021

Kepit Dengan Sepit | Sebarkan Manfaat Sempena Ramadhan #7

 Benda ni selalu jadi masa bawak earphone, headphone, wayar charger semua tu dalam beg.

Lebih lagi kalau letak setempat.

Masa nak guna, jenuh la nak asingkan.

Dah macam cerita Musang Berjanggut!


Tak apa, kita pun boleh jadi sebijak Puspa Wangi.
Kepitkan aje semua wayar tu dengan penyepit.
Aku selalu guna sepit baju yang kecik tu, dan ada juga guna kepit kertas tu je.


Wayar pun tak selirat.
Nak guna cable tie, aku tak gemar sangat.
Sebab nanti kena potong.
Lepas tu single use pulak kan.

Bila wayar dah tak selirat, tenang sikit.
Kepala otak pun dah cukup berselirat dengan macam-macam benda, jadi marilah kurangkan keseliratan wayar ni demi kebahagiaan fikiran hahaha!

11 comments:

  1. Hahahahaha kannn, kepala dah cukup berselirat dengan benda lain!
    Saya punn buat macam ni, senang! Kadang ikat dengan getah rambut yang kecik tuuu hehehe

    ReplyDelete
  2. Comelnya kepit. Selalunya guna kt rambut

    ReplyDelete
  3. Percaya tak?

    Earphone uncle tiada...

    Tapi hair clip uncle ada...

    hehehehe...

    ReplyDelete
  4. org pompuan buat tak apa. kalau org lelaki buat mesti ramai menjeling bila nmpk penyepit hahah

    ReplyDelete
  5. Kalau wayar2 kat dalam kepala hotak yang berselirat tu boleh dikepit kan bagus

    ReplyDelete
  6. sib baek lah saya x selalu bawak wayar2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. kadang2 TERRbuat macam tu jugak bila rimas dengan wayar panjang berselirat...tapi lebih banyak guna ikat rambut..ahahhahaha

    ReplyDelete
  8. Idea yang bagus ni. rimas betul kalau wayar berselirat.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot