Saturday, May 8, 2021

Di Mana Debris Roket China Diramal Terhempas

 Buat masa sekarang, memang tak pasti dekat mana debris setinggi 30 meter ni akan terhempas.
Beras debris roket ini adalah dua kali ganda berat bas sekolah.
Debris roket ni walaupun tidak terkawal, tapi dia sangat laju!

Bayangkan dia boleh tamat satu pusingan mengorbit bumi dalam masa 90 minit sahaja.

Mengikut Reuters dalam post mereka dua jam lalu:

Remnants of China’s largest rocket launched last week are expected to plunge back through the atmosphere late Saturday or early Sunday, a U.S. federally funded space-focused research and development centre said.

China's foreign ministry said on Friday that most debris from the rocket will be burned up on re-entry and is highly unlikely to cause any harm, after the U.S. military said that what it called an uncontrolled re-entry was being tracked by U.S. Space Command

Tapi still!

Benda ni sedikit sebanyak buat rakyat di pelbagai negara tak senang duduk, termasuklah aku!

Kejap-kejap aku akan tengok dekat Live Tracking dia.

Mata memang tengok dekat altitude dia yang asyik turun naik tu je.

Boleh tengok Live Location Rocket sini.


Dijangka akan terhempas hari Ahad, di mana saja masih kekal misteri.

Impak dia pun tak diceritakan sangat, tu buat tambah seram.

Jadi sama-samalah kita berdoa agar negara kita Malaysia, dan mana-mana negara tidak menjadi lokasi roket China ni terhempas.

Moga dia terbakar habis di atmosfera, ataupun terhempas lah dengan tidak memberi bencana pada manusia sejagat. 

Amin..


Masa mula taip post ni, debris tu baru nak lalu atas California.
Ending taip entry ni yang tak sampai 10 minit ni, debris roket China tu tengah melintas atas Ohio, Amerika Syarikat.


Punya jauh macam tu, dia limpas 10 minit je.
Semoga Allah melindungi kita semua.




14 comments:

  1. Taknak fikir lah.... makin fikir makin sakit...

    ReplyDelete
  2. pk baik2 je husnuzon., harap2 terhempas jadi jongkong emas je., aminn

    ReplyDelete
  3. Macam² hal.. Saya pun macam uncle Gerek, taknak fikir sangat.

    ReplyDelete
  4. Baca tadii dah melepasi Malaysia dahhh.
    Moga moga kita semua selamat dan terlindung daripada segala bencana.

    ReplyDelete
  5. Yang world2 ni tak fikir sangat.
    yang dalam daerah pun tak habis fikir.

    ReplyDelete
  6. Haritu baca berita kemungkinan besar jatuh dekat Afrika Selatan. Tadi baca berita akan ada sedikit serpihan akan jatuh dekat Malaysia

    ReplyDelete
  7. Seramnya...memang rasa resah!

    ReplyDelete
  8. semoga Allah lidungi kita drpd malapetaka langit n bumi

    ReplyDelete
  9. dah landed kat Lautan India dah tadi pagi...huhuhu..alhamdulillah semua selamat..ikan2 mungkin terkejut..

    ReplyDelete
  10. betul laju tu. Berapa kali dah dia pusing kan. Syukurlah jatuh di lautan Hindi.

    ReplyDelete
  11. Takdan nak fikir dah sekarang ni huhuhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot