Sunday, May 9, 2021

Bawa Anak Temujanji Check Up Umur 3 Tahun dan 5 Tahun

Musim covid ni, nak bawa anak check up di klinik, sebaiknya hanya seorang penjaga yang bawa masuk.
Selalunya, dari Adam baby, kami mesti akan pergi sekali.
Senang kalau apa-apa.

Tapi dah musim macam ni, tambahan pula ayu pun dah besar, dah boleh jalan sendiri, aku bawa dia sorang-sorang je lah.

Dia pun ok je, cuma awal-awal je dia menangis sikit masa tengok nurse ๐Ÿ˜‚

Masa aku siap-siap pagi tu, dia pun menyibuk sama.
Jadi masa buka almari, dia ternampaklah baju raya dia tahun lepas punya ni.

Memang baju ni elok sangat-sangat lagi.
Baru pakai dua kali je.

Dia pun mengendeng nak pakai.

Jadi, memikirkan tak lama lagi mungkin tak boleh pakai dah, aku pun setuju dengan idea Ayu tu.
Why not kan?

Itu yang berkebaya pergi klinik tu hihi

Nasib baiklah klinik Desa ni tak ramai orang, dari dulu lagi memang tak ramai sangat orang.
Jadi tak adalah menunggu lama.


Duduk sekejap dalam dua tiga minit, terus misi ajak timbang berat dan ukur tinggi.
Ayu mula dah perangai takut orang dia masa tu.

Jenuh juga nak tackle.
Dalam tangisan, letak jugak dia atas penimbang hahaha



Tapi misi memang pandai handle, sekejap je Ayu takut tu.
Lepas tu elok je boleh borak-borak untuk check perkembangan dia.

Kena susun-susun cube tu buat menara.
Kena lukis bulatan.

Tengok dia punya respon masa tanya soalan.
Tengok dia bagi eye contact ke tak.

Alhamdulillah semua ok.
Cuma graf bmi dia je dah hampir nak terlebih dari normal, nasib masih dalam julat normal ๐Ÿ˜‚


Habis check up, misi bagi Ayu ubat cacing.
Excited dia!

Sebab beberapa minggu lepas, amir pun check up untuk 5 tahun setengah kat klinik ni, dapat ubat cacing jugak.


Ini masa bawak abang amir check up.
Ayah tunggu dalam kereta je.



Masa amir checkp up, siap ada test mata.
Tengok mata dia ok tak.

Setakat test buat haritu, alhamdulillah mata amir ok lagi.
Yang kecik-kecik tu dia masih nampak.

Masa amir pun sama, ada sesi temubual tu.
Untuk tengok perkembangan dia sejajar tak dengan umur.

Alhamdulillah ok semua.


Lepas habis temubual tu, amir pun dapatlah ubat cacing sebotol.

 Jadi masa tengok amir makan ubat cacing tu, berialah dia nak jugak.
Dia ingat sedap agaknya hahaha


Gigih posing dengan ubat cacing dia.

Sampai je rumah, memang kena makan dululah kan.
Sebab dari pagi, dia minum susu je sebotol.

Habis bubur McD tu semangkuk dia makan sorang.
Terliur je omak tengok dia makan, paling terliur tengok air coklat dia tu ha hahaha


Siap je makan, terus menuntut nak makan ubat cacing dia tu.
Tak menyabar!


Masa ni aku dengan dia je kat rumah.
Abang-abang sekolah, ayah kat office.
Lepas makan ubat, agaknya bosan + penat, terus pengsan tidur haha

12 comments:

  1. Macam klinik desa Pokok Mangga je..

    ReplyDelete
  2. Eh... kenapa dia menangis pulak tengok nurse?

    Uncle suka je tengok nurse...? Ops! hahaha!

    ReplyDelete
  3. jarang jumpa kanak2 suka makan ubat ni..hahahah!! apapun ayu tetap comel berkebaya, geram tengok!

    ReplyDelete
  4. wah.. wanita melayu terakhir sangat pergi klinik pakai kebaya... hehehe

    ReplyDelete
  5. Comal Ayu berkebaya. Senang urusan di klinik desa tak ramai orang. Alhamdulillah perkembangan anak anak baik semuanya. Ayu makan, aunty pun terliur tengoknya.

    ReplyDelete
  6. hahahaha comel la ayu ni. Alhamdulillah semuanya okay untuk ayu dengan abang amir

    ReplyDelete
  7. Comel aaa Ayue pakai kebaya ..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot