Dulu pernah ada thermometer yang check suhu telinga.
Yang tembak dahi pun ada.
Tapi semua dah rosak.
Jadi musim pandemik tu, belilah satu yang baru.
Lagipun tak susah dah nak pergi beli kan, order je lah dekat shopee.
Tak lama pun, tak sampai seminggu dah sampai.
Kali ni beli yang brand Medisana.
Jenis tembak dahi jugak.
Dia sampai dalam kotak, dalam kotak tu adalah dia punya kertas arahan penggunaan, warranty dan sebagainya kan.
Dulu kami punya thermometer telinga tu, sarung dia jenis kain.
Yang tembak dahi pulak, lansung tak ada sarung.
Tapi yang medisana ni, dia ada kotak macam kotak cermin mata tau 😍
Jadi senang lah nak angkut bawak masuk beg kalau nak travel mana-mana nanti.
Tak risau kena air ataupun pecah kalau terjatuh ke kan.
Kalau nak bukak kotak tu, teka dekat button hijau sebelah tepi kotak tu.
Selagi tak tekan kotak, tak boleh bukak.
Itu kelainan kotak ni dengan kotak cermin mata.
Dia ada dua pilihan.
Nak scan suhu orang boleh, persekitaran pun boleh.
Besar jugak saiz beliau.
Tapi dia jenis memanjang je.
Kalau thermometer tembak dahi yang biasa tu, bentuk dia ala-ala pistol kan?
Yang ni dia macam laser pointer.
Dia guna 2 biji bateri AAA untuk berfungsi.
Masa beli ni, memang siap ada bateri.
Battery included lah kiranya.
Bila scan suhu, dia akan keluarkan cahaya biru.
Macam cashier scan barcode barang dekat supermarket kan?
Hahahah
Lepas beberapa saat, dapatlah bacaan.
Kalau nak tutup (atau ON), tekan butang bawah tu, nak mula scan suhu, tekan START.
Overall, aku berpuas hati dengan pembelian ini 😌😙
16 Comments
Bende wajib ada kt rumah skrg ni kan!! K ret pun ada tp bkn la brand ni.. Yg ni nmpk curlass sket heheeh.. Kita beli janji leh sukat suhu sudah 😅😅
ReplyDeletePerlu ada simpan satu alat ni kat rumah
ReplyDeleteRumah saya dulu dah ada 2 pembaca suhu ni, tapi dua-dua sudah rosak.
ReplyDeleteKeperluan wajib ada waktu pandemik sekarang ni kan kak syaz huhuhu
ReplyDeleteBest jugak ni syaz.. x terfikir pulak bwk termometer sendiri kalau nk keluar.. sbb kebanyakan kedai mmg pakai yg termometer berstand tu.. tq reviewnya
ReplyDeleteBagus ni. Boleh cek suhu sendiri.
ReplyDeleteMenarik! mahal x syaz?
ReplyDeletewah alatan cek kesihatan penting ada kan
ReplyDeletemcm ada kalau kat shopee
ReplyDeleteanak2 sedang membesar memang kena ada gajet ni...
ReplyDeleteKt rumah akak ada satu tp lupa brand apa
ReplyDeleteDoctor bg percuma sbb dok kerap sangat p jumpa dia haha
Memang wajib ada alat gini senang nk cek suhu anak kalau demam, musim covid ni lagi la diperlukan
ReplyDeleteComel, berapa rm?? Kat rumah ni dah wajib kena ada. SO kalau ada dua tiga pun xpe.
ReplyDeleteMemang perlu alat ni kat rumah..senang nak monitor suhu...
ReplyDeletemmg perlu termometer ni skrg ada kat umah
ReplyDeleteNak kena beli satu lah.. Best sebab ada bekas.. senang nak bawa ke mana-mana..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.