Tidur Berlonggok

Sejak kembali Pdpr dan tak pergi sekolah, anak-anak semua memang request nak tidur di ruang tamu.

Entahlah kenapa, pakat-pakat taknak tidur dekat bilik masing-masing.

Suka nak tidur beramai-ramai depan TV.

Mula-mula aku tak berapa nak bagi.
Tapi kesian pulak bila tengok muka masing-masing.
Polos dan tulus je mintak nak tidur kat bawah.

Lama-lama omak pun cair lah bila tengok anak-anak tersengih-sengih.

Tak apalah, mak enjoy the moment.
Semua ni akan jadi kenangan bila korang dah besar nanti.

Bila masing-masing dah faham erti privacy.
Masa tu mesti asyik nak duduk dalam bilik sendiri, harapnya mak tak payah berulangkali panggil baru nampak muka anak-anak...



Tapi yang bestnya tidur berlonggok ni, bila terasa nak mwahh anak-anak, tak payah pergi dan panjat katil dalam bilik diorang, terussss je boleh cium kepala masam masing-masing tu.

Aku sebenarnya tak boleh nak lelap malam ni.
Overwork.

Jadi bila dah overwork, otak macam susah sikit nak slow down dari berfikir.
Membawaklah sampai ke tengah malam ni, tutup je mata terbayang kerja.

Arghhh tak healthy!

Jadi duduklah merenung anak-anak tidur, mudah-mudahan aku boleh join terlelap.

Zaimi pun duk kerja tak habis lagi tu, semak proposal dan thesis student.

Eh ok lah, see you tomorrow eheh..

Post a Comment

11 Comments

  1. Memang seronok tido berlonggok mcm tu..akak kalau blk rumah arwah mak ayah pun tido mcm tu kt ruang tamu bersama adik beradik yg lain..best

    ReplyDelete
  2. Seronok tido mcm ni… tp klu ade yg kuat berdengkur, masalah gak tu

    ReplyDelete
  3. suci ja wajah anak2 yg tenang tika mrk tidur kan

    ReplyDelete
  4. Teringat masa kecik- kecik suka tido macam ni depan tv...padahal ada je bilik tido..

    ReplyDelete
  5. Betul2.. Tp bdk2 kat rumah ni berlonggok tido sama bilik dgn omak eh...

    ReplyDelete
  6. Kat rumah ni,time main kemain bergaduh, time nak tido pakat nak tidur ramai-ramai pulak :D

    ReplyDelete
  7. Sejak anak2 semua remaja dah takde moment macam ni kat rumah uncle.... rindu...

    ReplyDelete
  8. Ermmm.. anak-anak saya lagi le.. masing-masing ada bilik pun nak tidur dekat bilik saya. Kadang-kadang dah sampai enam-enam orang pada 1 katil.. Tapi bila semua dah tidur, saya angkatlah ke bilik masing-masing.. yang besar tingkatan 1 pun kena dukung sekali.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Kami pun tidur berlonggok di ruang tamu sejak lockdown bermula.. Rasa lebih meriah pula ruang tamu.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Betul syaz..1day shida ada anak mybe akn begini juga..sedgkn anak2 buah dtg pn mcm tu..nk tido ramai2 sedgkn dah berlaki hahahaa

    ReplyDelete
  11. Memang tak healthy bila asyik fikir kerja yang tak siap. Kenangan tidur berlonggok ni kalau time ramai ramai balik kampung.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.