Harini anak-anak pun tak ada kerja pdpr.
Aku pun tak nak hadap kerja.
Kasi anak-anak layan table masing-masing je pagi tadi.
Jadi bila masing-masing dah leka dengan tablet, rumah jadi sunyi lah sikit dari biasa.
Apa lagi, kita ambil peluang ni untuk berehat.
Lepas mandi, kita golek-golek sambil pakai mask yogurt ni.
Bau epal yogurt yang sangat best.
Sejuk dan nyaman sangat rasa muka.
Kena tiup pulak dengan angin kipas..
Aaahhh...
Lazatnya rasa berehat lepas penat seminggu weh.
Entah bila aku tertidur, aku pun tak sedar.
Tiba-tiba terbangun tadi zaimi dah siap angkatkan kain, sidai kain, anak-anak pun tengah makan koko crunch.
Haha!
Tapi tengok jam, rasa omak terlelap dalam sejam je.
Sejam yang berharga betul tadi.
Bukan selalu kan.
Tau la mak mak ni, time nak terlelap pun ada je benda nak fikir haha!
Selamat berehat semua 😊
13 Comments
Alhamdulillah dapat juga berehat seketika sambil bermasker. tahu tahu terlelap. memang penat sangat tu. Nikmat bila dapat tidur even sekejap. Recharge energy.
ReplyDeleteBungkusan macam makanan... :D
ReplyDeleteNikmat itu tidur sambil pakai 'mask'.
ReplyDeleteyogurt mask cam best je syaz
ReplyDeletetak penah lg beli
Hehe nyaman betul la tu sampai boleh tertido.
ReplyDeletemacam best je yogurt mask ni..hehe
ReplyDeletedapat lelap kejap pun kemain nikmat rasanya kan
ReplyDeleteMasa pakai di muka tu rasa le sikit kalau lapar.. Haha
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt berehat dgn nyaman sambil tepek mask
ReplyDeleteSaya selalu tertidur ketika merehatkan diri dengan memakai masker hihihii.
ReplyDeleteWah bestnya.. nyaman betul sampai boleh tertidur!
ReplyDeleteTgk mcm sedap je yogurt tu…
ReplyDeletemesti best kan pakai mask ni.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.