Telekung Frozen Budak

Telekung lama ayu dah agak lusuh dan nipis.
Jadi belikan dia telekung baru.
Semua online sekarang, beli telekung online lah jugak ye dok.

Seperti biasalah, ayu memang kalau ditanya nak warna apa, dia mesti jawab pink.

Jadi setelah beberapa pilihan telekung aku telek dekat shopee tu, baca review pembeli semua, maka aku pun decide untuk beli telekung warna pink ni.


Telekung Budak Warna Frozen namanya kalau ikut dekat kedai tu.
Aku ambil saiz S, sebab takut karang over sangat pulak labuhnya.
Takut belum sempat saiz tu ngam dengan kelabuhan dia, telekung tu dah lusuh dulu kan.
No point ambil saiz besar pun.

Maka belilah yang saiz S.
Nasib baik warna pink ada lagi weh.


Harga pun tak mahal, kain dia serius sejuk untuk budak pakai.
Tak tebal sangat, tak nipis sangat.

Yang dekat muka pun jahitan dia kemas dan selesa je aku tengok ayu pakai.

Mind you ini bukan paid review tau.
Ini honest review hehe

Kalau dekat kedai ni, ada empat pilihan warna untuk telekung budak warna frozen tu.
Ada ungu, biru muda, pink terang dan merah hati.

Bila beli, akan dapat sekali beg telekung.

Tapi ayu memang guna beg tu konon-konon jadi handbag dialah sekarang ni memandangkan telekung tu memang guna dekat rumah je buat masa ni kan.

Ikut ayu lah.. haha



Kain cotton dia memang selesa dan lembut, dan dia tak adalah kejung sangat.
Kira oklah dengan harga dia tau.


Dan telekung ni dia ada corak bunga dekat hujung telekung, kaki telekung dan dekat dahi.
Tali dekat kepala pulak memang getah, jadi senang laras.


Bila anak pakai, memang jadi bulat je kepala dia.
Rambut pun tak terkeluar sangat.
Tambahan pulak ayu mana ada pakai anak tudung ke apa kan.


Adalah dua tiga urat rambut dia terkeluar lepas habis solat.
Taklah horror macam telekung lama dia.

Telekung lama dia jenis kain licin, haritu aku tergelak masa solat sebab tiba-tiba je telekung dia dah melorot ke tengkuk, bukan takat rambut je terkeluar, kepala pun terjongol dah!

Tak pasal-pasal kena repeat solat haha!

Barang baik kita kongsi la kan, sesiapa nak usha jugak boleh tengok kedai shopee tu dekat SINI.

Tapi kalau korang tak berkenan, aku tak ambil tanggungjawab ye.
Aku review ikut selera sendiri ni hihi 👩

Eh tapi kenapa nama dia Telekung Budak Warna Frozen eh?

Post a Comment

19 Comments

  1. Warna merah jambu.. Warna lembut. Sesuai sangat dengan bebudak..

    ReplyDelete
  2. Lawak lah syaz time telekung lama ayu melorot..siot lah booleh terbayang kot kahkahkah :D

    AYu tetap comey digaya kan dgn telekung ape pun..ayu comey sgt2 ^_^

    ReplyDelete
  3. dah dapat telekung baru kene la rajin semayang ye dek...

    ReplyDelete
  4. comelnya.. blh beli utk ank jgk ni!

    ReplyDelete
  5. Cantik warnanya . Memng sesuai untuk kanak2 . Design pun cantik

    ReplyDelete
  6. Baca tajuk telekung frozen, pelik juga

    ReplyDelete
  7. Boleh terbayang kejadian yang berlaku masa solat tu hahaha.
    Comel! Ada bunga bunga tu lagi comel untuk budak budak. Warna pun semua comel comel, tapi pink yang menarik hati ayu.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya.. Nak cari juga untuk Naura.. Selalu lupa nak checkout.

    ReplyDelete
  9. comeynya ayu dgn telekung baru

    ReplyDelete
  10. Semoga ayu bertambah rajin utk solat ya dgn telekung baru...pink lagi..

    ReplyDelete
  11. Paling penting Ayu selesa. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Ayu suka pink eh. Leh geng kita! Comel Ayu dan telekung pinknya bunga bunga. Elok tang muka tu fit well muka ayu. Tertanya jugak kenapa telekung frozen. Bayang bayang frozen pun tak nampak. ke nak cakap frozen tu merujuk kepada kain cotton sejuk. hihi

    ReplyDelete
  13. Baca tajuk, ingatkan telekong masuk peti sejuk bahagian beku hihihiiii....! Rupanya begini kisahnya. Cantik warnanya.

    ReplyDelete
  14. Haha saya yang sudah besar pun tertarik dengan corak. Apatah lagi budak-budak. Tidak nampak gambar Elsa atau Anna.

    ReplyDelete
  15. comel telekung tu. hrga pon berbaloi..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.