Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 64!
*Nyanyi lagu Sudirman!
Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang, lambang kemegahan negara kita!
Maksud Warna Jalur Gemilang
Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang untuk makluman umum. Selain itu, anda juga boleh merujuk lirik lagu Jalur Gemilang yang seringkali disiarkan sebagai lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.
Berikut adalah perincian warna yang digunakan pada bendera kebangaan rakyat Malaysia :-
1) Biru Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain
2) Merah Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta
3) Putih Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat
4) Kuning Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan
Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang
Di bawah adalah maksud kepada lambang-lambang yang digunakan pada reka bentuk Bendera:
1) Bulan Dan Bintang
Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara
2) Bintang Pecah 14
Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan
3) 14 Jalur
14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia
Maksud Nama Jalur Gemilang
1) Jalur
Maksud kepada 14 jalur yang berwarna merah putih menunjukkan satu haluan yang lurus , dimana hala tuju yang sama menjadi anutan seluruh rakyat negara dari Perlis sehingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara
2) Gemilang
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang.
Lambang kecemerlangan negara serta rakyat Malaysia dalam mendepani setiap cabaran yang datang dan turut menunjukkan kesungguhan dan kegigihan rakyat untuk menaikkan imej negara
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/bendera-malaysia/
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/bendera-malaysia/
Gambar tu adalah gambar anak dara ku 😘
21 Comments
Semangat tuuu anak dara kak syaz kibar bendera hihihi
ReplyDeleteSetiap jalur yang ada pada bendera, bulan dan bintang pun ada maksud yang tersendiri kan .
ReplyDeletecomelnya yang kibar bendera tu. suka tengok tudung dia tu. kemain tau..hehe
ReplyDeleteWawww,
ReplyDeleteComel betul adik kecil pegang Bendera tu,
Anyway Sallam Kemerdekaan, Semuga Malaysiaku Permai dan bebas dari virus covid19 dan varian lainnya, Àamiin
Semangat betul si kecil.. Merdeka!!!
ReplyDeleteAmboii..manisnya adik Ayu kibar bendera..
ReplyDeleteAmboi semangat betul si comel tu hehee...Selamat menyambut hari kebangsaan...stay safe ya
ReplyDeleteSemangat anak akak.. :)
ReplyDeletesalam kemerdekaan dari Naim..
selamat hari merdeka!
ReplyDeleteAYU YG COMEL MODEL JALUR GEMILANG 21 SALAM MERDEKA
ReplyDeleteGambar ke tiga dari atas tu cantik komposisinya!
ReplyDeleteSelamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
ReplyDeleteSalam merdeka syaz! comey sungguh ayu tu..geram rasa haaaa ^_^
ReplyDeleteBersemangat kibar jalur gemilang
ReplyDeletePuteri bangsa.
ReplyDeleteSalam kemerdekaan.
slmt hari merdeka
ReplyDeletecutee dia dgn. bj dan. jalur gemilang
patutnya la. kan kena ajar ank2 dari kecil tentang maksud jalur gemilang ni
bln apa. yg dorang tahu nmpak bendera je kata merdeka. he hez tak panggil pun bendera jalur gemilang
amboi ayu... kontrol ayu dia ye.. berarak dlm rumah pun bolehhh.. hehehe
ReplyDeleteComelnya Ayu. Why so serious nampak muka Ayu. hihi
ReplyDeleteSemangat Ayu dengan bendera tu. Selamat Hari Merdeka.
Bendera Malaysia lambang kebangaan kita :)
Alaa comelnyee la anak dara awak.
ReplyDeleteHamboi.. comelnya si kecik tu..
ReplyDeleteAyu nampak serious mukanya kibarkan jalur gemilang. haha
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.