Monday, 9 August 2021

Mulakan Minggu Dengan Gambar Durian

Gambar aje lah.
Itu pun gambar lama.

Gambar bila entah ni.

Makin ditenung makin geram.
Terasa-rasa di lidah.

Tapi kalau beli habis semerbak rumah bau durian.
Which is zaimi tak berapa suka durian, jadi aku rasa kesian pulak dekat dia kena hirup bau-bauan durian ni kalau beli.

Selalu kalau beli pun, aku akan beli sikit-sikit macam ni ajelah.
Yang dah siap kopek.

Baru-baru ni pun aku ada minta zaimi belikan aku durian.
Sebijik pun jadilah.

Jadi suruh orang gerai durian tu kopekkan siap-siap, masukkan dalam bekas.

Kat rumah ni, anak-anak semua pun macam ayah dia, tak suka durian.

Maka berkorbanlah aku tak boleh makan durian selalu-selalu walau musim.
Tempoyak pun tak masak sangat.

Sebab kalau nak menikmati sorang-sorang ni, memang tak nikmatlah.

Ada ke reader blog ni yang sama dengan zaimi?
Tak berapa gemar durian?

Kalau ada, kenapa ye?
Kenapa tak suka durian?

21 comments:

  1. petua org tua2 kan mandikan zaimi n anak dgn air pangsa durian..insyaAllah lps tu pasti jadi hantu durian..cubalah syaz..mmg ada yg xsuka durian.

    ReplyDelete
  2. lama betul tak makan durian
    sedapnya

    ReplyDelete
  3. lawa isinya tu
    family akak ank bungsu sorang tak mkn durian
    yg lain semua pantang jumpa
    he hee

    ReplyDelete
  4. sedapnya durian. kalau dkt kg ni, mmg dah byk kali mkn. tp kat sini, x mkn pon lg..

    ReplyDelete
  5. Kat rumah akak ni yg bongsu tak boleh bau durian..pening sampai nak muntah..

    ReplyDelete
  6. Akak dulu...sebelum sakit dan koma..memang x suka makan durian..busuk la..macam- macam la...sebaliknya bangun dari koma yang panjang..akak jadi hantu durian sampai sekarang....

    ReplyDelete
  7. kene bekorban lah ye syaz, kalau kat rumah akak yang tak makan durian si Aiyan je... busuk katanya tapi mak paknya hantu durian.

    ReplyDelete
  8. makan je. Kalau buat masak tempoyak pun nikmat je makan sorang2 haha

    ReplyDelete
  9. Musim durian dah hujung-hujung ni.. kalau nak merasa, baik beli sekarang.. hehe

    ReplyDelete
  10. Alahhh, rugi lah semua team ayah dia.. durian memang favourite! selalu bagitau orang yang tak makan durian diorang kerugian..haha..

    ReplyDelete
  11. Husb kakmim pn mcm tu x brp gemar durian nasiblah bini pun jenis kalau ada, mkn.. kalau xde xpe

    ReplyDelete
  12. Kuning betul isi durian..sedapp tu

    ReplyDelete
  13. Cantik isi durian tu, senang beli yang dah kopek. anak-anak tak suka, mungkin belum betul2 cuba..

    ReplyDelete
  14. Husband saya pun tak suka makan durian. Mungkin dah jemu rasa dah puas makan durian. Kadang makan sikit secoet merasa pun dah pening dah. Cantik cantik isi duriannya.

    ReplyDelete
  15. Wak pun tak berapa minat durian
    Cuma suka tanam aje
    Anak2 semua tak suka durian juga.
    Cuma pn is3 yang hantu durian.
    Jaman muda2 dulu, dia suka wak pun sebab wak pancing pakai durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusss la wak pancing makcik dgn durian..hebat!

      Delete
  16. geram juga syaz nengok nyaaa hahaaa
    shida dan suami suka durian tp plg over shida la..
    entah la syaz kpe ada yg xsuka durian..tp mmg ada la tu sebabnya..
    biasanya..sbb bau dia kot..kalau rasa mgkin dia lembik2..hahaa

    ReplyDelete
  17. Haritu makan dua tiga kali . ni dah tak telan.. stop dah..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE