Perspektif

Sejujurnya semalam memang terasa sayu sepanjang hari.
Bukan sebab terlalu mengidolakan arwah, jauh sekali.

Cuma pemergian arwah ni membawa erti yang negara kita telah dihentam teruk oleh covid19.
Betapa ramainya insan tersayang seseorang telah pergi selamanya.

Isteri, suami, emak, ayah, anak, adik-beradik..
Kejamnya kau covid!

Memang sangat sedih mengenangkan betapa ramainya anak-anak kecil yang menjadi yatim, anak remaja yang terpaksa menggalas tanggungjawab ibubapa yang telah pergi tiba-tiba..

Allah..


Moga kita semua terus dilindungi, dan diberi kesempatan untuk terus bersama mebesarkan anak-anak dengan tangan sendiri sehingga mereka dewasa dan berjaya kelak.

Al-Fatihah buat Siti Sarah dan semua mangsa Covid19 yang lain. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Betul betul terkesan dengan kisah arwah. Kebaikan dan amalan yang ditinggalkan. Disayangi dan didoakan oleh ramai orang. Covid memang kejam. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.

    ReplyDelete
  2. Siapa kita untuk prejudia, mungkin amalan dia lebih banyak dari kita, Wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa...akak pun turut terkesan dgn pemergian arwah...bkn kerana beliau artis tp sebaknya tak sempat menatap wajah anak yg dikandungnya..sementara anak2 dirumah menunggu kepulangannya

    ReplyDelete
  4. betul. tu Syaz
    bkn sb arwah artis tp terkesan hati naluri kita semua dgn cara pemergiaanya sb bertarung dgn covid.
    malahan tgh mengandung Allahuakbar.
    pengorbanan seorg ibu yg besar ganjarannya
    semua telah tertulis jln hidup kita... Allah jua maha mengetahui

    ReplyDelete
  5. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...

    ReplyDelete
  6. Betul , kehilangan arwah sangat memberi kesan. lagi lagi dengan ayat "seorang ibu tidak dapat melihat wajah anak yang dikangdung 9 bulan". Saya nak nangis baca ayatt ini

    ReplyDelete
  7. C19 itu benar
    Semoga kita dijauhi daripada jangkitannya

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwaiinailaihirrojiun... betul Syazni, memang rasa terkesan sangat... bangun pagi terus capai handphone nak tengok perkembangan terbaru arwah setiap hari selapas dikhabarkan akan kemerosotan kesihatannya... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah Siti Sarah Binti Raisuddin... semoga kita semua juga istiqomah dalam melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan laranganNya...

    ReplyDelete
  9. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  10. Sedih dgn pemergian arwah! Al Fatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  11. Pemergian siti sarah sangat2 terkesan di hati

    ReplyDelete
  12. Ye... sampaikan ramai cakap Abah tak dapat kawal Covid.. dah semakin dahsyat... Moga tenang areah Siti Sarah kat sana... Suami dan anak anak perlu terusss tabah... cant imagine... hm

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.