Gambar aje lah.
Itu pun gambar lama.
Gambar bila entah ni.
Makin ditenung makin geram.
Terasa-rasa di lidah.
Tapi kalau beli habis semerbak rumah bau durian.
Which is zaimi tak berapa suka durian, jadi aku rasa kesian pulak dekat dia kena hirup bau-bauan durian ni kalau beli.
Selalu kalau beli pun, aku akan beli sikit-sikit macam ni ajelah.
Yang dah siap kopek.
Baru-baru ni pun aku ada minta zaimi belikan aku durian.
Sebijik pun jadilah.
Jadi suruh orang gerai durian tu kopekkan siap-siap, masukkan dalam bekas.
Kat rumah ni, anak-anak semua pun macam ayah dia, tak suka durian.
Maka berkorbanlah aku tak boleh makan durian selalu-selalu walau musim.
Tempoyak pun tak masak sangat.
Sebab kalau nak menikmati sorang-sorang ni, memang tak nikmatlah.
Ada ke reader blog ni yang sama dengan zaimi?
Tak berapa gemar durian?
Kalau ada, kenapa ye?
Kenapa tak suka durian?
21 Comments
petua org tua2 kan mandikan zaimi n anak dgn air pangsa durian..insyaAllah lps tu pasti jadi hantu durian..cubalah syaz..mmg ada yg xsuka durian.
ReplyDeletelama betul tak makan durian
ReplyDeletesedapnya
lawa isinya tu
ReplyDeletefamily akak ank bungsu sorang tak mkn durian
yg lain semua pantang jumpa
he hee
sedapnya durian. kalau dkt kg ni, mmg dah byk kali mkn. tp kat sini, x mkn pon lg..
ReplyDeleteKat rumah akak ni yg bongsu tak boleh bau durian..pening sampai nak muntah..
ReplyDeleteAkak dulu...sebelum sakit dan koma..memang x suka makan durian..busuk la..macam- macam la...sebaliknya bangun dari koma yang panjang..akak jadi hantu durian sampai sekarang....
ReplyDeletekene bekorban lah ye syaz, kalau kat rumah akak yang tak makan durian si Aiyan je... busuk katanya tapi mak paknya hantu durian.
ReplyDeletemakan je. Kalau buat masak tempoyak pun nikmat je makan sorang2 haha
ReplyDeleteMusim durian dah hujung-hujung ni.. kalau nak merasa, baik beli sekarang.. hehe
ReplyDeleteAlahhh, rugi lah semua team ayah dia.. durian memang favourite! selalu bagitau orang yang tak makan durian diorang kerugian..haha..
ReplyDeleteHusb kakmim pn mcm tu x brp gemar durian nasiblah bini pun jenis kalau ada, mkn.. kalau xde xpe
ReplyDeleteKuning betul isi durian..sedapp tu
ReplyDeleteDurian, sedapnya.
ReplyDeleteCantik isi durian tu, senang beli yang dah kopek. anak-anak tak suka, mungkin belum betul2 cuba..
ReplyDeleteHusband saya pun tak suka makan durian. Mungkin dah jemu rasa dah puas makan durian. Kadang makan sikit secoet merasa pun dah pening dah. Cantik cantik isi duriannya.
ReplyDeleteperghh..sedapnya..mtk skit
ReplyDeleteWak pun tak berapa minat durian
ReplyDeleteCuma suka tanam aje
Anak2 semua tak suka durian juga.
Cuma pn is3 yang hantu durian.
Jaman muda2 dulu, dia suka wak pun sebab wak pancing pakai durian
seriusss la wak pancing makcik dgn durian..hebat!
Deletegeram juga syaz nengok nyaaa hahaaa
ReplyDeleteshida dan suami suka durian tp plg over shida la..
entah la syaz kpe ada yg xsuka durian..tp mmg ada la tu sebabnya..
biasanya..sbb bau dia kot..kalau rasa mgkin dia lembik2..hahaa
Nampak sedap laa raja buah ni
ReplyDeleteHaritu makan dua tiga kali . ni dah tak telan.. stop dah..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.