Reading Nook Idaman

Tengok HGTV tadi, ada 1 rumah tu designer buatkan reading nook untuk bilik anak dia.

Halah menitis air liur aku tengok, bestnyaaa!

Teringat pulak masa kami pergi ke Perpustakaan Awam Negeri Sembilan di Seremban 2 hujung tahun lepas.

Dekat sana ada banyak reading nook.


Tapi itulah, memang tak dapat nak buat rasanya kat rumah ni. Tak cukup space 1 hal, tak kreatif dalam mengatur ruang pun ye jugak 🤣

Lepas tengok HGTV tu, saja scroll Pinterest dan lain-lain untuk tengok design reading nook yang ada.

Jadi ini antara yang aku rasa cute dan cantik lah.


Cantik kan?
Tapi dah ada anak kecik dan dah jadi mak-mak ni, macam tak sesuai pulak tiba-tiba nak menyorok duduk atas tu golek-golek baca buku.

Haha



Hoih bestnya!
Aku suka, nampak cozy sangat.
Design pokok kat dinding tu nampak sangat unik.
I like!




Like like like!
Dengan warnanya, dengan tercerukk kat dinding nya!
Ada rak kat tepi dan laci kat bawah seat.
Ohhh sangat idaman!

Aku dapat bayangkan aku golek baca buku kat situ haha!



pergh yang ni, bukan setakat golek baca buku, golek tidur waktu hari hujan kat luar pun best gilaaaa ni.
Letak pulak mug yang ada bancuh air milo suam kat atas rak tu.

siokk!

Dan yang terakhir yang menikam kalbu ini adalah yang ini.



Bestnya sebab dia bulat.
Tu la sebab utama aku suka.

+++++

AKu suka semua desgn reading nook ni.
Tapi kedudukan kewangan ke yang tak suka reading nook ni hahaha! 

Post a Comment

19 Comments

  1. pilihlah mana yg sesuai syaz

    ReplyDelete
  2. bestkan. ada sudut membaca yg cantik
    bersemangatt sikit

    ReplyDelete
  3. kalau muat lg dlm rumah ni nak gak beli satu benda ni...

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Memang selesa sangat nak baca buku bila tempat cantik macam ni.

    ReplyDelete
  5. Haah orang sana pandai bertukang dan buat sendiri.
    Adik saya pun terikut apabila duduk sana. Apabila lockdown, mereka cari barang-barang untuk projek pertukangan atau aktiviti luar.
    Cantik yang ada laci tempat lepak tepi tingkap.

    ReplyDelete
  6. Design last yang bulat tu nampak menarik sangat

    ReplyDelete
  7. Akak dulu2 pun dok berangan nk ada reading corner kt rumah..

    ReplyDelete
  8. Memang cantik... Tapi ini bajet bukan kaleng-kaleng ni....

    ReplyDelete
  9. kalau wak tak jadi membaca macam ni
    Jadi mendengkurlah jawabnya

    ReplyDelete
  10. bak kata altimet...kalau aku kaya.... bestnya ada reading nook. memang kat situ jelah sepanjang hari. tapi dah tua-tua ni tak bolehla yang bersegi or bulat tu. sakit belakang nanti.haha

    ReplyDelete
  11. Bestnya kalau ada ruang reading nook. Boleh cuba letak daybed sofa tepi tingkat. Kiri kanan letak rak buku. Pun dah boleh feel reading nook :)

    ReplyDelete
  12. Yaaa.. i loike all.. Kalau saya, mmg suka posing dekat yg design bulat tu.. huhu..

    ReplyDelete
  13. suka yang second tu. Nak buat jugak dekat rumah tapi fulussssss tu haha

    ReplyDelete
  14. ada tempat best utk baca..blh tarik minat anak2 skali..tp ready pitih la syaz!

    ReplyDelete
  15. Ya Allah best nyaaaaa :D. Saya suka yg bulat di bawah :D. Tapi samalah kita, untuk saat ini tak bisa bangun begini di rumah. Tak cukup space hahahaha. Saya ada 1 ruangan utk private library, tapi memang tak ada utk reading cornernya. Hanya book shelves lah . Kalo nak baca, ambil buku, pergi kamar :D

    ReplyDelete
  16. Cantik- cantik design dia kan...bila la nak buat macam ni....tempat ada jer...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.