Bantal Peluk Favourite | Throwback Thursday

Bantal peluk hijau ni, beli sekali dengan set tilam baby di Pengkalan Kubur masa aku tengah pregnant kan adam dulu.

Set tilam baby tu aa sekeping tilam kekabu nipis, ada 1 bantal dan 1 bantal peluk.

Adam Zuhairi masa umur setahun
Tapi kisahnya, bantal peluk dia ni memang berhantu.

Hantu sebab apa?

Berhantu sebab bila adam dah guna, dah melekat bau masam baby adam dekat bantal tu.

Bila amir lahir, dia pulak duk menggentel bantal peluk hijau ni.

Sampailah ayu lahir, ayu pulak sambung legasi bantal peluk favourite diorang tiga beradik ni.

Tapi itulah, kain hijau dia tu, semakin hari, dia semakin menipis.

Bila menipis, dia mula berlubang.

Habis keluar kekabu dia.

Aku dah beberapa kali jahit dan tampal lubang-lubang tu, sampailah dah tak boleh ditampal lagi sebab kain hijau dia tu dah reput.

Bila masukkan dalam sarung bantal yang lain, diorang tak nak.

Diorang nak bantal peluk hijau tu togel-togel macam tu je masalahnya.


Inilah rupanya bantal peluk hijau pebret diorang tu sekarang.
Memang aku tak bagi sesiapa pun guna.

Biar je atas katil dalam bilik ayu.

Kadang kalau kemaruk nak cium baunya, diorang pergilah cium dalam bilik ayu tu.

Hahaha!

PS: Harini abah aku akan menjalani pembedahan batu karang. Mohon doakan kelancaran dan kesembuhan abah ye semua 💓

Catat Ulasan

19 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comeynya pakat gomol bantal peluk turun temurun..moga ayandanda cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya, inshaAllah.

    BalasPadam
  2. Heheee bantal busyuk ye... Tp kemain tiga2 guna bantal yg sama ye hehe...

    Semoga pembedahan bapa syaz berjln lancar

    BalasPadam
  3. sama la ngan Mummy Ayu...sampai nak masuk IPT, ada 1 bantal busuk..color dah coklat gelap. nak masuk UiTM...terpaksa lepas kan jugak bantal tu... he he he...

    BalasPadam
  4. Bersambung legasi bantal peluk ni. Turun temurun sampai giliran ayu. Panjang juga hayat batal ni. Yang macam ni lagi lah disukai. Pernah saya dengki anak buah sorokkan, melalak macam apa.haha...tak ada ni tak boleh tidur.

    Semoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar. Semoga ayah akak kuat dan segera sembuh. Aaminnn...

    BalasPadam
  5. tapi nampak bersih je bantal peluk tu... tak la hitam macam bantal bucuk biasa...

    moga dipermudahkan urusan pembedahan abah syaz

    BalasPadam
  6. Mak aih..sampai tiga beradik guna. Simpan sampai diorang besar, kalau gaduh-gaduh bagi cium bantal ni. hehe

    BalasPadam
  7. Legend sgt bantal peluk tu..hahaha.. moga dipermudahkan operation ayah syaz hari ni

    BalasPadam
  8. kalau hlg ni abis laa menggagau 1 umah������

    BalasPadam
  9. bantal busuk turun temurun ni...lagend..

    BalasPadam
  10. Haha..dah 3 org anak dok gomol bantal tu..maunya tak lusuh..tak kepam..

    BalasPadam
  11. Bantal peluk 3 beradih mengeratkah ukhuwah mereka.
    Semoga urusan pembedahan dan perawatan Pak Rahim dipermudahkan-Nya
    kembali sihat seperti sediakala

    BalasPadam
  12. Macam kakak dania la..ada bantal busuk...ntah pape ntah..x bagi letak sarung...bantal keturunan tu ye Syaz...smoga dipermudahkan buat ayah Syaz

    BalasPadam
  13. Legend ni bantal busuk hahaha

    Semoga bapa kak syaz cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  14. Semoga abh sis sehat seperti biasa ya, timm dulu pernh ada bntal busuk, pastu mk sorok lpastu dah xtaw mk letak mna....hilang gitu jerr..

    BalasPadam
  15. Memang lagend sangat la bantal peluk tu . Sampai 3 legasi da yg guna .

    BalasPadam
  16. hahahahaa bantal peluk saya masa kecik dulu atok campak atas bumbung. Terus hilang kemaruknya

    BalasPadam
  17. mudah mudahan berjalan dgn lancar OP utk ayah syaz!

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad