Sarapan Kebaratan

Alkisah pagi tadi.
Dah lama sebenarnya aku teringin nak makan unsur 'English Breakfast' ni, sebab dah lama tak buat.

Benda tak susah pun, tapi selalunya kalau sarapan mesti nak makan yang berunsur melayu lah kan; nasi lemak, bihun goreng, roti canai etc..

Jadi harini, pagi-pagi lagi zaimi dah ke kedai beli apa yang patut.

Dia balik je terus aku goreng, grill mana yang patut.

Jadi makanlah English Breakfast yang tak berapa english sebab ada selitkan jugak keropok lekor original datang dari Losong Terengganu.

Sedap oi!


Lepas rindu kat Terengganu.
Siapa pernah makan keropok lekor dekat Terengganu, mesti tau yang keropok dia terpaling sedap!

Zaman dah modern ni, pos pun dah boleh 😄

Anyway, anak-anak aku rupanya tekak diorang super melayu.

Jenuh paksa perabis breakfast ni ha..

Sampai ke petang ulang-ulang makan sebab tak habis masa sarapan tu 😑

Sabor je la.

Tekak diorang lebih dambakan makanan melayu rupanya 😂

Post a Comment

13 Comments

  1. Wak pun tak gheti kalau sarapan menu macam tu

    ReplyDelete
  2. english breakfast saya selalunya fastfood jer, mcd ke burger king ker...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat jugak sarapan ala-ala english bfast . .kadang2 kena tukar selera jugak

    ReplyDelete
  4. kalau ank2 cik nur no 1 dan. 2 memang suka menu barat tp yg bungsu melayu tulen. he hez

    ReplyDelete
  5. pernah jugak lah buat kat rumah kadang teringin tapi tak laku tau... si Aiyan dengan papa nya tekak melayu, kadang kita buat kita la kene ngabiskan huhuhu

    ReplyDelete
  6. singgah2 baca entry.. salam kenal, done follow #678

    ReplyDelete
  7. Semua tekak melayu, senang cerita. Tapi western ni senang sikit masaknya pun. Sesekali bolehlah layan tekak english style.

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala english breakfast. Tapi kalau tekak melayu tu, memang jenuh nak habiskannn kannn. Last last kita yang kena habiskan hahaha

    ReplyDelete
  9. sama lah kadang nak juga tukar menu sarapan pagi english style tapi tak berani nak buat sebab sat gi tak abis. jenuh nak perabiskan. udah lah makan ber2 je. ada juga yang buang dlm tong sampah kalau tak habis.

    ReplyDelete
  10. Lama x mkn kepok lekor... sy selalu order je dr org ganu yg buat kt sini... br berbaloi rasa bila org ganu sendiri yg buat

    ReplyDelete
  11. Sesekali sarapan macam nie pun best juga kan Syaz..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.