Tengahari tadi abah dah check in masuk ward untuk pembedahan batu karang dia.
Itulah.
Musim pandemik berleluasa ni, jangankan kata nak ada peneman dalam wad.
Nak naik hantar makanan dan melawat sekejap pun tak boleh.
Kalau nak hantar apa-apa pada pesakit, hanya boleh tinggalkan dekat guard di bawah wad je.
Sebelum masuk wad harini pun, dia kena buat unian calitan dulu. Swab test tu.
Dia buat semalam, pagi ni result keluar, terus kena admit wad seperti yang telah dijadualkan.
Tadi abah kata dia dah kena Xray, kena jolok hidung lagi sekali, kena check prostat jugak.
Nampak betul abah bosan, kesian abah.
Aku pulak rasa janggal sangat sebab walaupun abah nak operate ni, aku macam takde perasaan je kan tak balik pun sana ðŸ˜
Covid oh covid..
Doakan semuanya berjalan lancar buat abah aku ya💖
16 Comments
faham perasaan Syaz😔😔
ReplyDeletebila tahu makayah warded biasanya cepat2 kita ni blk nk tgk kan
huhuu dulu ciknor dah lalui semuanya berkali kali
tp skrg kerana covid dah x dpt tgk hanya kiriman doa
semoga ayah syaz diberi kesembuhan dan dipermudahkan operation nanti
Ya Allah, semoga sembuh segera abah akak.. Amin...
ReplyDeletesemoga pembedahan abah Syaz dipermudahkan. Tak best betul tak dapat jaga, terpaksalah pesakit survive sendiri dan menahan bosan
ReplyDeletesemoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteDugaan sungguh kalau kena berurusan dengan hospital time pandemik ni kan. Sedih. Kena sabar dan kuatkan hati.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan pembedahan abah Syaz dan moga cepat sembuh.
Semoga Ayah kak, cepat sembuh dan kembali ceria. Amin!
ReplyDeleteSaya pun pernah kena batu karang. Tak sangka juga, badan rasa sihat-sihat saja, tiba-tiba datang penyakit. Kalau tak silap tahun 2018 saya kena. Dah lakukan pembedahan. Syukur ada takaful, tengok kosnya lebih RM11K.
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan dgn lancar & dipermudahkan.... in sya Allah
ReplyDeleteUmi rabia dulu pernah operation batu karang juga
ReplyDeleteinsyaALLAH semoga dipermudahkan segala urusan abah kak
Musim covid ni memang tak boleh nak teman dan melawat. Dah letak siap siap peringatan tu kat hospital. Tapi masa saya jaga mak warded beberapa bulan lepas ada sesetengah wad masih boleh jaga. Cuma masa ayah saya tak boleh jaga. Ikut keadaan juga rasanya. Tapi covid tengah naik sekarang semua wad tak dibenarkan dah.
ReplyDeleteSaya pun rasa janggal begitu disebabkan covid ni. cepatlah berakhir. Apapun semoga pembedahan berjalan dengan lancar dan ayah akak kembali sihat semula. Aaminn...
Emosi ketika sakit memang tidak stabil.
ReplyDeleteHarap dipermudahkan segalanya.
Semoga diringankan kesakitan abah dan segera sembuh
ReplyDeletemusim pandemik covid ni menang waris keluarga susah sikit untuk jumpa pesakit , nak hantar makanan pun pass denkat abg guard je , apatah lagi kalau nak jenguk sekejap
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan perawatannya
ReplyDeletedan cepat sembuh seperti sedia kala
semoga dipermudahkan urusan abah kak syaz.
ReplyDeletesemoga urusan dipermudahkan dan ayah segera sembuh syaz!
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)