Tuesday, August 3, 2021

Pulasan Tanda Ingatan

Sabtu lepas, tiba-tiba ada abang posto (abang ke? adik kot?) datang hantar kotak besar punya!
Blur sekejap beberapa minit, siap check apps shopee semua, aku ada beli barang besar ke?

Lepas belek-belek kotak tu, baru perasan nama pengirimnya.

Apa lagi, terus berlari lah ke dapur sebab nak bukak kotak!

Haaa kau!
Berapa kilo ni agaknya?

Syukur!
Memang happy sangat-sangat dapat sekotak buah pulasan yang banyak dan gemuk-gemuk macam ni.

Terus ambik sebijik, dan pulas!



Manis ya amat isinya, sangat-sangat sedap!
Dah lama tak makan buah pulasan ni tau, bila dapat hadiah sekotak pulasan ni, memang seronok sangat!


Siapa yang bagi?
Siapa lagi..otai kita dalam bercucuk tanam dan bertani lah!


Terima kasih wak, semoga murah rezeki wak sekeluarga hendaknya.
Anak-anak aku memang excited.

Pertama kali diorang jumpa buah pulasan ni tau.
Teruja bila aku ajar cara bukak buah tu.
Semua pakat memulas pulasan tu.
Ehehe!





Masing-masing memang menghayati betul manisnya pulasan tu.
Puas masing-masing makan.


Terima kasih sekali Wak! 

21 comments:

  1. wah...alhamdulillah..murah rezeki. Teringat masa Ayu 1st time jumpa buah pulasan ni, memang excited!

    ReplyDelete
  2. Ala, As teringin nak makan pulasan. Tapi nak kait di pokok... :))

    ReplyDelete
  3. wah..rezeki... sy pn x penah mkn buah pulasan ni syaz.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah rezeki syaz dpt makn pulasan.. Tu la kat sini ssh btul bak jumpa pulasan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki
    sedapp. pulasan. akak pun suka
    kat kg blm. masak. lg masih hijau

    ReplyDelete
  6. Wahh seronoknya. Alhamdulillah..puas makan tu. Semoga murah rezeki wak. Aaminnn..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... rezeki anak2 dpt pulasan manis. moga murah rezeki wak sekeluarga

    ReplyDelete
  8. hebat.,. pulasan fresh dari ladang wak petani mmg mantapp.,. ;p

    ReplyDelete
  9. Wah! Jauh ni....!

    Uncle rasa buah ni la yg uncle nampak dalam blog dia... Sebijik saling tak tumpah!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki tu. Semoga lebih melimpah rezeki wak dan kita semua. Aamiin. Perkhidmatan apa ya yang boleh dan terima penghantaran atau pos buah-buahan. Boleh cuba nasib ni..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah,
    Rezeki tuu..Lama jugak tak makan pulasan...Banyak makan rambutan aje

    ReplyDelete
  12. WP memang rajin berkongsi rezeki. moga rezeki beliau dipermudahkan. nampak besar-besar buahnya, puas makan

    ReplyDelete
  13. Wah..pulasan dari Johor dah sampai Nismilan!
    Alhamdulillah rezeki.
    Bagus anak-anak Syaz nak cuba makan buah yang belum pernah derang jumpa.

    ReplyDelete
  14. Sehari dua ni dapat juga merasa pulasan. Sedap. Bijinya saya nak cuba semai, mana tahu boleh tanam nanti.

    ReplyDelete
  15. cantik sungguh rupa buah pulasan tu.
    Ada juga tengok dalam blog Wak Warisan Petani, lebat menunduk bumi buahnya tapi dapat tengok jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. mcm pernah mkn skali 2 je buah pulasan ni.

    ReplyDelete
  17. Alhmdulillah, merasa pulasan air tangan wak WP. Cantik buah pulasannya

    ReplyDelete
  18. Tak pernah rasa buah pulasan ni , kat kampung hanya ada dusun rambutan je , nak csri di tepi2 jalan jual pulasan memang susah . Tapi dapat bezakan rambutan & pulasan ni

    ReplyDelete
  19. wahhhh bestnya dapat makan pulasan dari kebun Wak! Tengok buah dia pun dah rasa sedap. Kalau makan dekat kebuh mesti syok kan

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot