Sabtu lepas, tiba-tiba ada abang posto (abang ke? adik kot?) datang hantar kotak besar punya!
Blur sekejap beberapa minit, siap check apps shopee semua, aku ada beli barang besar ke?
Lepas belek-belek kotak tu, baru perasan nama pengirimnya.
Apa lagi, terus berlari lah ke dapur sebab nak bukak kotak!
Haaa kau!
Berapa kilo ni agaknya?
Syukur!
Memang happy sangat-sangat dapat sekotak buah pulasan yang banyak dan gemuk-gemuk macam ni.
Terus ambik sebijik, dan pulas!
Manis ya amat isinya, sangat-sangat sedap!
Dah lama tak makan buah pulasan ni tau, bila dapat hadiah sekotak pulasan ni, memang seronok sangat!
Siapa yang bagi?
Siapa lagi..otai kita dalam bercucuk tanam dan bertani lah!
Terima kasih wak, semoga murah rezeki wak sekeluarga hendaknya.
Anak-anak aku memang excited.
Pertama kali diorang jumpa buah pulasan ni tau.
Teruja bila aku ajar cara bukak buah tu.
Semua pakat memulas pulasan tu.
Ehehe!
Masing-masing memang menghayati betul manisnya pulasan tu.
Puas masing-masing makan.
Terima kasih sekali Wak!
21 Comments
wah...alhamdulillah..murah rezeki. Teringat masa Ayu 1st time jumpa buah pulasan ni, memang excited!
ReplyDeleteAla, As teringin nak makan pulasan. Tapi nak kait di pokok... :))
ReplyDeletewah..rezeki... sy pn x penah mkn buah pulasan ni syaz.. hehehe
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki syaz dpt makn pulasan.. Tu la kat sini ssh btul bak jumpa pulasan..
ReplyDeletealhamdulillah rezeki
ReplyDeletesedapp. pulasan. akak pun suka
kat kg blm. masak. lg masih hijau
Wahh seronoknya. Alhamdulillah..puas makan tu. Semoga murah rezeki wak. Aaminnn..
ReplyDeletealhamdulillah... rezeki anak2 dpt pulasan manis. moga murah rezeki wak sekeluarga
ReplyDeletehebat.,. pulasan fresh dari ladang wak petani mmg mantapp.,. ;p
ReplyDeleteWah! Jauh ni....!
ReplyDeleteUncle rasa buah ni la yg uncle nampak dalam blog dia... Sebijik saling tak tumpah!
Alhamdulillah. Syukur. Rezeki tu. Semoga lebih melimpah rezeki wak dan kita semua. Aamiin. Perkhidmatan apa ya yang boleh dan terima penghantaran atau pos buah-buahan. Boleh cuba nasib ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteRezeki tuu..Lama jugak tak makan pulasan...Banyak makan rambutan aje
WP memang rajin berkongsi rezeki. moga rezeki beliau dipermudahkan. nampak besar-besar buahnya, puas makan
ReplyDeleteWah..pulasan dari Johor dah sampai Nismilan!
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki.
Bagus anak-anak Syaz nak cuba makan buah yang belum pernah derang jumpa.
Sehari dua ni dapat juga merasa pulasan. Sedap. Bijinya saya nak cuba semai, mana tahu boleh tanam nanti.
ReplyDeletecantik sungguh rupa buah pulasan tu.
ReplyDeleteAda juga tengok dalam blog Wak Warisan Petani, lebat menunduk bumi buahnya tapi dapat tengok jelah.. hehehe..
mcm pernah mkn skali 2 je buah pulasan ni.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki Wak.
ReplyDeleteAlhmdulillah, merasa pulasan air tangan wak WP. Cantik buah pulasannya
ReplyDeleteTak pernah rasa buah pulasan ni , kat kampung hanya ada dusun rambutan je , nak csri di tepi2 jalan jual pulasan memang susah . Tapi dapat bezakan rambutan & pulasan ni
ReplyDeletewahhhh bestnya dapat makan pulasan dari kebun Wak! Tengok buah dia pun dah rasa sedap. Kalau makan dekat kebuh mesti syok kan
ReplyDeleteterima kasih wak! :)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.