Al-Fatihah Buat Diri Sendiri

Tangkap layar dari status Whatsapp seorang kawan.
Allah..
Tersentak dibuatnya.
 
Tapi itulah hakikatnya.
Kita semua ini memang bersifat sementara.
Yang kekal hanya Allah.

Sampai masanya nanti, kembalilah kita.
Sampai masanya nanti, bertalulah ucapan takziah akan diterima oleh waris kita.

Ketika itu, untuk beberapa ketika, kenangan bersama kita akan diceritakan di sana sini.

Tapi lambat-laun, hilang juga dipuput bayu.

Tinggallah kita sendirian menghadap Tuhan.
Bersama bekal yang entahkan cukup, entahkan tidak.

Entah siapa sudi ingat pada kita lagi.
Paling-paling sekali sekala nama kita disebut orang.

Jawatan digalas pasti berganti.
Tugas dirumah perlahan-lahan yang tinggal akan pelajari sesuaikan diri.

Teman hidup mungkin mahu melenyapkan sepi, biarlah dia mencari teman sekali lagi.
Anak-anak juga akan ada hidup sendiri.

Persoalannya adalah;
Asbabnya dan bila.

Semoga pengakhiran kita baik-baik sahaja.

Post a Comment

18 Comments

  1. masih belum terlambat untuk mengumpul bekalan utk kehidupan di Sana.

    ReplyDelete
  2. Yang hidup pasti mati.
    Masa covid betul2 climax haritu.. Ammi dah siapkan list hutang, simpanan, insurance ammi. Mana lah tau tiba2 pergi tak kembali

    ReplyDelete
  3. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita. Dan yang ditinggalkan diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  4. Cuma takdelah orang ucap salam takziah buat diri sendiri

    ReplyDelete
  5. Subahanallah...kita mohon keampunan, Allah maha pengampun

    ReplyDelete
  6. Betul tu . Semoga pengakhiran kita semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. sayangi n hargai diri sebaiknya

    ReplyDelete
  8. tersentak jgk la baca.. huhu..
    semoga pengakhiran kita baik2 je.. =')
    insyaAllah aamiin..

    ReplyDelete
  9. Mudah-mudahan pengakhiran hidup kita dalam keadaan husnul khotimah.

    ReplyDelete
  10. Betul tu.. kita mengharapkan pengakhiran yang baik dalam kehidupan ini.

    ReplyDelete
  11. Saya ada terbaca dan jadikan amalam selepas solat supaya sedekahkan fatihah buat diri sendiri dan semua keluarga yang kita sayangi samada masih hidup atau dah meninggal dunia termasuk juga Nabi Muhammad SAW. Tapi fadilatnya saya dah lupa tapi bagus lah amalan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Semoga pengakhiran yang terbaik buat kita semua. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. Ya semoga pengakhiran husnul khotimah. Amin.

    ReplyDelete
  14. Semoga pengakhiran yang terbaik buat kita semua

    ReplyDelete
  15. Semoga pengakhiran yang baik jua buat kita..Amin ya Rabb!
    Takut..tapi itulah hakikatnya..dunia ni bukanlah rumah, akhirat sana selamanya rumah kita

    ReplyDelete
  16. tersentap sikit bila terlihat post sebegitu..tatkala rasa insof dlm diri..

    ReplyDelete
  17. Aamiin.. Aamiin..
    Semoga pengakhiran yang baik buat kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.