Thursday, September 23, 2021

Pengalaman Ke Cameron Lavender, Cameron Highlands | Throwback Thursday

Sejak kebanyakan negeri dah dibenarkan untuk merentas daerah ni, antara aktiviti yang lekas-lekas disambar peluangnya oleh masyarakat kita adalah melancong dan beriadah bersama keluarga. Penuh timeline di media sosial kita semua dengan gambar pantai dan swimming pool, betul tak? Lebih-lebih lagi dari kawan-kawan dan kenalan kita yang tinggal berdekatan dengan tempat-tempat menarik tu macam Port Dickson semua tu kan.

Tapi, ada seorang kawan aku ni, memang untung betul!

Sebab apa? Sebab dia memang menetap dekat Cameron Highlands weh. Jadi bila kerajaan kata dah boleh merentas daerah, gambar-gambar yang dia muatnaik dengan anak-anak dia adalah dekat Cameron Highlands je lah! Kau mampu? Haha!

Jadi dalam kesenduan, aku pun scroll lah Facebook sendiri sambil buka satu persatu gambar dalam folder sewaktu kami bercuti-cuti Malaysia ke Cameron Highland masa 2019 dulu. Alang-alang tu marilah aku up lagi story aku bercuti (was!) ke Cameron Highland (CH), dan ini adalah entry throwback!

Let’s!

Jika sesiapa dapat peluang berkunjung ke CH, antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga semestinya adalah bergambar untuk merakam kenangan bersama kan. Nanti-nanti lepas beberapa tahun berlalu, bolehlah tengok balik sambil reminiscing the good old days kan? Sebijik macam apa yang aku tengah buat ni (-_-)”. Jadi, antara tempat yang banyak gilaaa spot untuk bergambar yang cantik dan menarik adalah dekat Cameron Lavender, yang terletak di Brinchang.

Masa kami sampai ni, dalam pukul berapa dah tak ingat haha! Tapi yang aku ingat, masa kami sampai ni, ramai sangat orang beratur nak beli tiket masuk. Ya, nak masuk ke Cameron Lavender ni ada harganya, seperti kebanyakan tempat dekat CH ni jugak. Jadi sementara nak tunggu line ticket kurang sikit, duduklah dulu dekat air pancut dekat luar tu. Dekat situ tak kena bayar kih kih. Halah tengok gambar tu rasa syahdu pulak, kecik lagi ayu masa ni.

Selesai beli tiket masuk, kami pun geraklah masuk ke dalam Cameron Lavender tu. Warning! Entry ini banyak gambar!


Masuk-masuk je kan, terus nampak deretan bunga lavender yang wangi dekat sebelah kanan. Cantik sangat, warna ungu lembut yang menenangkan mata, sepertimana bau dia yang memang best tu. Tapi bunga lavender tu semua tak boleh dipegang ya! Sebab memang pokok lavender tu dia tanam dalam pagar kayu putih tu. Jadi boleh dihayati dari tepi sajalah. Dan yang paling menyeramkan tentang Cameron Lavender ni adalah, kau masuk-masuk je, kau dah boleh nampak yang kawasan dia curam, means kau kena mendaki! Seramlah bagi aku yang sakit lutut ni weh. Itu je, bukan ada hantu ke apa haha! Ok jadi sebelum meneruskan pendakian, berhentilah dulu untuk ambil gambar.



Dan, Cameron Lavender ni juga, dia buat jalan tu macam one way tau. Kau masuk pintu lain, dan kau akan dibawa keluar ikut pintu lagi satu. Kalau korang tengok dekat gambar di atas, hujung belakang tu ada beberapa orang tengah berjalan seperti menurun kan, haa diorang tu tengah on the way nak keluar dari Cameron Lavender tu. Sedangkan kami ketika ni baru di permulaan jalan untuk meneroka tempat ni. Atas sikit dari deretan pokok lavender tu, memang dah mula ada dah ports untuk berhenti dan tangkap gambar. Tapi disebabkan masa kami pergi ni orang agak ramai, memang payah nak dapat gambar yang tak terselit pelancong lain. Mesti termasuk jugak sikit-sikit. Dan aku sangat yakinlah yang gambar kami pun mesti terselit dalam kamera orang jugak hoho!



Cameron Lavender ni seakan bertingkat tau, untuk lebih banyak ports, kena mendaki ke atas. Jadi kalau berjalan ke depan sikit, nanti ada jalan untuk belok ke kiri, untuk naik ke atas. Di permulaan jalan untuk mendaki naik ke tingkat atas tu, ada dia letak pokok-pokok periuk kera dan lain-lain dalam kasut boot yang dia gantung di kayu-kayu menegak ni. Cantik port dia, kalau pandai main angle kamera, dan tak kejar masa (dan juga tak kejar anak!), bolehlah luangkan masa lama sikit untuk dapatkan gambar yang super nice! Untuk aku yang ada anak kecik ni, memang malas juga nak berlama-lama.



Ayu masa ni memang tak faham arahan lagi, jadi memang kena selalu tumpukan perhatian dekat mana dia berjalan. Lebih-lebih lagi bila dah ke tingkat dua tu. Seram juga memandang ke bawah tau! Dekat tingkat atas, ada banyak lagi deretan pokok bunga yang aku sendiri tak tau nama dia apa. Mungkin aku tak nampak agaknya dia letak papan tanda nama bunga-bunga tu apa Kikiki. Tapi cantiklah!



Ada cerita geram sikit! Masa kami sampai dekat sini kan, adalah dua tiga orang muda tengah set up tripod. Kami baru je sampai situ, dengan selambanya salah sorang dari diorang tu bagi arahan supaya kami jalan cepat. Maksudnya, kami tak boleh nak tengok-tengok ke, berhenti ambil gambar ke dekat situ. Sebab diorang nak bergambar ke berlakon ke entah dekat area tu.  Gaya dia tu, macam kami ni masuk percuma pulak! Kalau betul awak dah sewa tempat tu, pasanglah papan tanda tengah shooting ke apa! Masalahnya, tak nampak pulak sebarang signage. Entahlah! Grr!

Malas nak panjang cerita, kami pun pergi je lah dekat Lorong lain untuk bergambar padahal bunga yang dekat diorang set tripod tu memang cantik sangat warna kuning. Sabar je lah.




Ha kalau tengok betul-betul dekat belakang nun di hujung sana tu, itulah orang-orang yang sedikit merosakkan mood percutian aku masa tu. Hahaha! Yes perempuan memang susah lupa ok! Dah dua tahun lebih berlalu, aku masih ingat! Di tingkat atas tu juga, kami turut berjalan sampai ke hujung. Sempatlah bergambar juga. Memang tinggi ya amat! Memang aku dukung ayu kuat-kuat, seram nak lepaskan dia berjalan sendiri. Yang paling penting, dapat ambil gambar anak-anak dekat port signage I Love Cameron Lavender tu. Yeay!


Di tingkat atas ni juga ada kiosk yang jual makanan dan minuman serta kolam ikai koi. Kami lepak-lepak dekat sini menghilangkan letih mendaki tadi. Bagi anak-anak explore sendiri, kami perhatikan je lah. Nak lepaskan terus tak berani pulak! 






Agak-agak dah larat kembali, kami pun meneruskan lagi perjalanan menuju ke istana yang menjadi tarikan utama di Cameron Lavender ni. Sebenarnya dari pintu masuk dah nampak istana tu. Sebab tu gigih juga anak-anak mendaki, sebab untuk ke istana tu, memang kena naik atas dulu. Sementara nak masuk ke istana tu, adalah banyak lagi port untuk bergambar sebenarnya. Tapi nak dijadikan cerita, masa ni lah pulak amir nak terkencing! *tepuk dahi* Maka tinggallah aku, adam dan ayu dekat situ. Tak dapat nak bergambar manalah, sebab ayu akan sentiasa bergerak! Tak berani aku weh, tak berani!





Tangkap mana yang termampu je lah! Zaimi pulak memang dah malas nak patah balik ke sini, dia terus tunggu kat dalam istana je. Sebab tandas letaknya dekat dalam istana tu.



Dalam istana tu ada lagi beberapa ports untuk bergambar. Memang didominasi oleh pasangan honeymoon je lah kat dalam tu. Berjam nak tunggu diorang settle bergambar kat satu, satu port. Jadi, kami sebagai pasangan pengantin lama yang ada tiga ketul manusia tambahan ni banyak beralah je lah. Maklumlah kami kan masuk tak bayar tiket macam korang. *rolling eyes* Jadi ini adalah antara yang kami sempat rakamkan dalam istana tu. Luckily anak-anak tak kisah sangat pun nak bergambar, diorang lagi seronok berjalan je dalam tu. Cuma kena perhati sebab ada tangga untuk turun tu agak curam.




Tengoklah ayu tu, sibuk nak berjalan lagi. Tak reti penat betul budak kecik sorang tu! Memandangkan semua dah penat meneroka Cameron Lavender ni, kami pun slow slow beransur untuk keluar. Sepanjang jalan keluar tu memang ada banyak sangat kedai jual cenderamata dan macam-macam lagi. Sempat jugalah budak-budak ni pow kitorang mainan sorang satu!





Lepas tu apa lagi, baliklah! Haha!

Haih, bestnya bila mengenang balik percutian ke Cameron Highlands ni kan. Tempatnya dahlah sejuk, cantik pulak tu. Pada yang nak baca tentang kami ke MARDI Cameron Highland dan ke BOH Tea Centre Sungei Palas, boleh check it out juga dekat tag kat bawah entry ni.

Untuk orang-orang Pahang, bolehlah merentas ke Cameron Highland aokme oi! Boleh semak senarai hotel yang masih available kat CH dekat Cameron Highlands Hotels ni. Kami yang jauh ni tumpang tengok dan tumpang gembira untuk aokme semua tau hihi. Kenang kami dalam setiap gigitan strawberrymu!

Untuk korang yang masih tak dapat merentas keluar dari KL pulak, rasanya tak perlu risau jugak. Haritu kan, aku tengok ada 5,6 orang jugak kawan aku muatnaik gambar diorang pergi staycation dalam KL je. Siap stay dekat hotel yang memang ada view KLCC dan KL Tower macam Grand Hyatt, Traders Hotel, Banyan Tree dan ada beberapa lagi. Bila diorang ambik gambar tepi tingkap tu masa malam kan, memang sangat cantik. Shine and shimmer gittew! So KL pipol, bolehlah ubah angin dengan staycation berdekatan rumah je, boleh check it out dekat KL Staycation, mana tau ada kosong esok lusa, terus tarik beg pergi staycation! Jangan lupa bawak baju pulak, kang bawak beg kosong je naya! Tapi apa ada hal, mall punyalah banyak kan, shopping la sekali!

Eh dah jauh aku merapu ni. Oklah gais, till soon!

18 comments:

  1. Asalam..alamak mana lah mampu terbang, tak ada saap lah macam burung .
    Bertuah kan..tapi mari hargai apa yang menarik kat dekat kitaorang..terangkat juga tu orang lain nampak best ..hehehe..Muhasabah diri Etuza ja ni. Senyum...

    ReplyDelete
  2. Ralit membaca dan tengok gambar, segar rasa, lama tak ke CH, cantik taman Lavender, purple penuh, memang subur nampak, tentu wangi semerbak.

    ReplyDelete
  3. semua pic cantik nanti boleh ke sana lagi staycation

    ReplyDelete
  4. seronoknya... ayu pun pernah gi CH sekali dulu..masa ian & iris kecik lagi. memang semua tempat rasa nak bernti amik gambar kan...

    ReplyDelete
  5. wah dah ada istana. Akak pergi dulu macam belum siap je. Tapi bergambar kat bunga kekwa tu punyalah banyak posing. Kena repeat lagi ni sebab yang kat istana tu lagi banyak tarikkannya.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat bercuti ke CH. Dapat throwback pun jadilah kan. Kenangan. Ada yang tempat tempat saya tak pernah singgah lagi. Tak bestnya kalau ada manusia yang suka conquer tempat untuk bergambar ke rakam video ke apa. Suka suka hati suruh kita berlalu pergi, kan. sabar je lah.

    ReplyDelete
  7. CH ni x sampai lg... next time nk jugak ke sini.. 1 lg nk pegi ialah bukit tinggi.. suka view yg cantik kt situ

    ReplyDelete
  8. suka msk sini. tgk bunga2 tg cantik2
    ch tempat yg x jemu kunjung bg akak. walau jem. ha haa
    sb byk tmpt kat Ch ni menarik2
    utk posink😁

    ReplyDelete
  9. Tak mengapa. Buat masa ni, kita throwback je dulu. Lepas ni bila keadaan semakin okey, kita jalan dan jalan dan jalan sepuasnya :)

    ReplyDelete
  10. Aish! Si kecik tu berdokong je! untung dia!

    ReplyDelete
  11. Rindu nak ke CH .. View ladsng lavender memang cukup2 cantik . Tambah2 lagi ada bunga2 lain . Colourful sangat

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah sampai lagi taman lavender ni...

    ReplyDelete
  13. ammi last gi CH masa Ozil tak sampai setahun..dah 7 tahun dah umur dia sekarang. Bilalah lagi nak sampai sana

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Naniey belum pernah sampai lagi ke Cameron Highlands..

    ReplyDelete
  15. menariknya...feveret..dah lama pergi CH, masa tu takde lg ladang bunga lavender ni..

    ReplyDelete
  16. Alahai seronoknyaa..bila lah dapat jejak lg kaki ke CH ni....rinduuu
    tempat syaz pergi tu wajib shida dan suami singgah..cantik tgk bungaaan

    ReplyDelete
  17. Ehhhh...Menarik nih!!! Bestnyaaaa! Tak pernah sampai CH sepanjang hidup ni..Lol

    ReplyDelete
  18. Eh!! Suka hati dia je nak marah kita.. Kita pun bayar kut masuk situ..
    Kalau dia dah sewa, bak kata syaz, pasanglah papan tanda.. Ish.. geram pula Sha dengar.. Ye pompuan memang akan ingat perkara2 macam nie.. kikiki..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot