Kucing oh Kucing

Kalau ada yang masih ingat, awal September hari tu ada seekor ibu kucing terberanak depan rumah aku yang tak reti dan ada alergik dengan kucing ni 😅

Dua tiga hari lepas tu, ibu kucing tu akhirnya menggonggong anak dia pergi.

Balik rumah tuan dia la kot.

Tinggallah kotak dan kain tuala yang kami buat lapik dalam kotak tu je.

Pergi tanpa meninggalkan sisa kotoran pun, bagus ibu kucing tu, pembersih!

Harap-harap tuan dia tak ambik anak kucing tu buang la, harap-harap tuan dia jaga anak-anak kucing dia tu sekali.

Si ibu tu kadang-kadang ada juga datang melepak bawah kereta aku sekali-sekala, nampak happy je, tak miserable pun. Jadi aku beranggapan bahawa anak-anak dia pun tengah bahagia dengan kasih sayang.

Harap ibu kucing tu mengamalkan kaedah family planning lah. Anak-anak kecik lagi kan, kesian pulak kalau kerja asyik nak beranak je. Kalau taknak merancang pun, besarlah harapan aku ibu kucing tu tak beranak dalam enjin kereta aku lagi 😂

Sekian sambungan kisah kucing 😂




Post a Comment

18 Comments

  1. Kucing saya baru beranak 5 ekor anaknya

    ReplyDelete
  2. Harapnya anak anak kucing selamat lah dan berada di tempat yang betul.

    ReplyDelete
  3. alaaa kuittt miut
    heee he kelakar. fiza ckp harap2 ibu kucing merancang tu
    rumah akak 4.ekor, dan x lama x si stokin nk jd mummy 🤣 entah masa bila dia termengandung ni xtaulah
    mudaaa lg baru 7 bulan tak sempat nk bergumbiraaa ha haa
    dan harap ciktam tak lah mengandung lg. ank2 dia besar sikit dah msk 4 bulan. ni

    ReplyDelete
  4. Gambar last tu dedua comel ;-)
    Fitrah kucing kepada manusia. Tapi tulah ada sesetengah manusia sengaja buat tak faham.

    ReplyDelete
  5. haha..comel je cerita pasal keluarga ibu kucing ni..harap-harap ada family planning lah ye :P

    ReplyDelete
  6. comelnya...semoga tuan dia berhati mulia nak jaga anak2 bulus ni..

    ReplyDelete
  7. ha ha ha..comei jer. siap pesanan lagi....funny!

    ReplyDelete
  8. Haha sampai hati dia pergi tanpa pesan..tanpa ucap bye2

    ReplyDelete
  9. tak pernah bela kucing. suka kucing tapi tak suke bela kucing

    ReplyDelete
  10. Andai si kucing tu boleh control feeling mcm kite kan hahahaa

    shida juga salah seorg yg takut kucing..shida takut kucing besar syaz!
    suka tgk xsuka pegang ke angkat ke..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah . Mujur si ibu tak tinggal anak-anaknya di merata tempat . Diharapkan kucing kembali semula ke rumah tuannya

    ReplyDelete
  12. kami kalau kucing bersalin kat rumah, memang riuh la kami.. sebab geli.. kan anak kucing yg baru bersalin, lembek2 basah2..

    ReplyDelete
  13. Pandai ia balik rumah. Datang untuk melawat dan bermain.

    ReplyDelete
  14. Hhahaaa... nampaknya kita kena bantu kucing merancang keluarga.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.