Kesilapan Biasa Orang Melayu Guna MasyaAllah dan Subhanallah

 Perbezaan Ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.

Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul. Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.

Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:

“Masya-Allah, habis mati ternakan aku”

“Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”

Sepatutnya begini:

“Subhanallah , habis mati ternakan aku.”

“Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”

Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah” . Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.

Manakala masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”.  Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.

Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi. Dan apabila  kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam.

Sumber: Facebook JAKIM

Post a Comment

8 Comments

  1. ya kena tahu makna n cara gunakannya kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Ilmu bagus pagi ini, mudah2an tak keliru lagi

    ReplyDelete
  3. sebab itu perlu berhati-hati apabila menggunakan zikir begini dengan perkataan tertentu..

    ReplyDelete
  4. syukran..jom betulkan yg biasa..

    ReplyDelete
  5. Aah kan.. Selalu org kata nampak benda cantik sebut subhanallah.. Patutnya sebut masya Allah cantiknya bulan tu

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat bermanfaat supaya kita tak salah guna.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.