Cara Buat Temujanji Untuk Ke Maybank

Musim Covid-19 ni, kalau boleh semua urusan kita nak selesaikan dekat rumah je kan.
Malas nak keluar, nak jumpa orang semua.

Urusan bank pun sekarang ni memang dah mudah.
Guna saja online banking.
Atau paling tidak, sekarang ramai juga yang mula gunakan perkidmatan Phone Banking, terutamanya bagi yang tak mahir nak berurusan dengan Online Banking.

Tapi malangnya, ada juga urusan bank ni, yang mahu ataupun tak, kena juga pergi ke bank.
Terpaksa.

Contohnya macam aku punya isu.
Alamat rumah aku dalam sistem Maybank adalah alamat rumah lama emak aku.
Yang dah lama kami tak duduk, tak singgah.

Aku tak sedar pun alamat aku masih rumah lama tu.
Sampailah satu hari tu, aku check di Maybank2u, ada 1 kad kredit yang dia pos kan ke alamat tu, dan hanya tunggu aku activate.

Huh berdebar jugak beb!

Apa lagi, teruslah aku masuk Maybank2u untuk update alamat kan.
Malangnya, walau dah berpuluh kali aku cuba, katanya sistem error, dan aku kena pergi ke cawangan Maybank untuk urusan penukaran alamat. Risau juga nak berlengah, sebab kad kredit yang ada ni pun, dah nak sampai ke bulan expirednya. Kalau boleh taknak Maybank pos kad baru ke sana lagi.

Jadi, nak walk in takut lambat dan lama berdiri.
Jadi aku pun book temujanji untuk ke bank melalui EzyQ.


Caranya, mula-mula buka saja laman Maybank2u samada guna komputer atau telefon.
Lepas tu di bawah, cari EzyQ.
Yang seperti aku bulatkan di gambar atas.

Kemudian akan terpapar satu note seperti gambar bawah ni.
Kita selaku rakyat yang bertanggungjawab, haruslah faham dan patuh dengan permintaan pihak Maybank macam apa yang dia tulis dalam note tu.

Selesai baca, klik je Proceed.


Nanti kalian akan nampak interface tunjuk 'Make an appointment' ni.
Jadi, pilih dahulu urusan apa yang kita nak buat dekat bank nanti.


Kalau macam tak begitu pasti urusan kita tu jatuh bawah kategori mana, jangan risau.
Lalukan saja cursor mouse / klik je tanda soal di hujung setiap kategori tu.
Nanti kita boleh buat pilihan dengan tepat.

Pemilihan jenis urusan kita ni penting, sebab nanti bank akan assign terus pegawai yang betul untuk uruskan urusan kita tu. Tujuan temujanji ni dibuat memang untuk memendekkan masa kita berada di bank. Lagi cepat siap, lagi terbaik!

Ok lepas klik jenis urusan, kalau macam aku untuk urusan tukar alamat tu, aku klik yang atas sekali.
Urusan update personal detail.


Kemudian masuklah ke ruangan yang sedikit mencabar.
Kenapa?
Sebab nanti, kebanyakan cawangan Maybank akan paparkan yang cawangan mereka dah fully booked.
Kenalah cari cawangan di daerah lain pula.

Ya lah, nak tak nak, kena ke bank jugak kan.
Maka aku pun gigihlah select satu persatu branch.

Kalau cawangan tu masih ada kekosongan untuk temujanji, dia akan keluar macam kat bawah ni.


Boleh terus pilih tarikh.
Tarikh pula kebanyakan branch akan makan masa berminggu jugalah.
Pilihlah tarikh yang paling hampir, atau yang mana korang nak.

Lepas tu, pilih preferred time.
Masukkanlah nama betul, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan emel.



Selesai isi, double check, in case ada typo.
Bila dah betul semua, boleh sahkan kita bukan robot dan klik submit.

Beberapa minit lepas tu, Maybank akan hantar emel yang mengesahkan temujanji kita dia terima.


Ini contoh emel yang aku terima. Dia akan sertakan sekali lagi tarikh dan masa temujanji yang kita dah pilih, cawangan mana, dan nombor rujukan.

Nombor rujukan tu penting tau. Kena tunjuk pada staf masa hari kejadian ke bank tu.

Maka setelah dua minggu aku menunggu, aku pun pergilah ke Maybank cawangan Seremban 2 yang aku pilih melalui EzyQ tu.


Yang ada temujanji, beratur sebelah, yang datang secara walk in, di sebelah lagi.
Macam dalam gambar aku di atas, aku masa ni dalam turutan yang kedua dalam barisan mereka yang ada temujanji.

Yang bertentang dengan barisan kami, itu adalah orang-orang yang datang secara walk in.
Memang panjang ya amat barisan diorang.

Aku tunggu tak lama dalam barisan, dalam seminit, terus dapat masuk.
Terus dia tujukan pada pegawai yang betul, terus isi-isi borang semua.
Buat urusan scan cap jari bagai tu.

Urusan aku selesai dalam masa kurang dari 10 minit.

Hadeh.. kalaulah boleh settle atas talian kan senang!

Ini nak kena drive ke cawangan semua.
Nasib baik yang ada temujanji ni boleh selesai cepat urusannya.



Habis je urusan, Maybank akan bagi kita lagi satu emel untuk nilaikan mutu perkhidmatan dia.
Kita isilah ikut apa yang kita dah lalui kan.

Overall, aku berpuas hati sebab masa aku sepanjang aku menunggu depan pintu tu sampai selesai urusan tu tak lama.

Cuma, pada yang nak ke bank atas urusan segera dan mustahak, mungkin lebih sesuai untuk cuba walk in. Sebab kalau melalui EzyQ ni, makan masa sikit menunggu tarikh yang kita booked tu.

+++

Oh ya, andai kata korang dah disahkan tarikh temujanji oleh Maybank, tapi tiba-tiba korang ada hal dan kena ubah tarikh, boleh pergi semula ke laman EzyQ tu, dan klik Manage.


Kat situ, kena masukkan nombor rujukan yang Maybank dah emelkan pada emel pengesahan temujanji yang korang dapat mula-mula tadi.
Pilih bukan robot tu, dan teruskan dengan Manage Your Appointment.

Itu sajalah pengalaman buat temujanji ke Maybank guna EzyQ dari aku.
😁


 

Post a Comment

9 Comments

  1. ok.. Terima kasih untuk perkongsian info menarik ni..

    ReplyDelete
  2. Macam husband Syu hari tu, dia call terus Customer Care Hotline MAYBANK. Sebabnya, masa dah buat online appointment tu semua tarikh dah penuh. Nak klik mana2 tarikh pun tak dapat. Lepas bagitahu tarikh yang kita nak book, alhamdulillah dalam dua hari macam tu diorang dapat setkan jugak tarikh appointment untuk husband Syu 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tarikh penuh. Yang orang maybank tu geram, kebanyakan yang buat appointment tu tak datang huhu.

      Delete
  3. Mudah juga kalau boleh buat temujanji cuma masa terhadlah kan.. Dari walk in dan kena beratur panjang.. sha lebih suka buat temujanji.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Mudah, dah mudah dah. Kalau semua buat secara online semua je kan senang. kena jugak pergi menghadap bank. Mujurlah masuk bank kejap je siapnya.

    ReplyDelete
  5. cara macam ni pun memudahkan pelanggan sebenarnya..tq sharing syaz!

    ReplyDelete
  6. nasib baik kak syaz dapat tempat dekat. haritu nak change signatories company kena pergi jauh, bila sampai sana rupanya maybank sebelah office ni dah buka untuk urusan pertukaran. sabar je lah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.