Monday, October 11, 2021

Nasi Kandar Arsad Senawang

Todia.. suurrr..
Nasi punyalah banyak, kuah pun punyalah meriah baq hang.
Walaupun berada di Senawang, Negeri Sembilan dan bukan di Penang, alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk menikmati keenakan nasi kandar!
Terima kasih Nasi Kandar Arsad Senawang atas kewujudanmu!

Walaupun order melalui Food Panda untuk makan di rumah, rupa dia pun taklah sebanjir kuah macam kita makan di kedai, tapi dah cukup buat aku happy!
Hahaha!


Nasi kandar dia, kunci kesedapan dia adalah pada kuahnya.
Berapa banyak dia campur dan kuantiti yang dicurah atas nasik.

Ya itu semua subjektif, kalau aku, banjirnya nasi kandar ni, kena sampai tak ada sebutir nasi pun warna putih. Haaa baru suurrrr!

Nasi kandar ni sebenarnya makanan buruh.
Betul ke?

Haaa korang bacalah sendiri kat SINI.

Pulau Pinang pada satu ketika dulu merupakan sebuah pelabuhan yang sangat sibuk. Banyak kapal-kapal yang berlabuh dengan muatan kargo dan pada zaman tu banyak tenaga manusia diperlukan. Buruh-buruh yang bekerja pula terdiri dari pelbagai latar bangsa dan merupakan gololongan bawahan. Pelanggan nasi kandar ni kebanyakannya ialah para pekerja di pelabuhan. Nasi kandar adalah masakan untuk memenuhi keperluan masyarakat marhaen. 


Aku pun baru terbaca tadi, saja nak share dengan korang semua pulak.

Bila last korang makan nasi kandar? Kat mana? Sedap tak? Mungkin boleh share sebagai pedoman orang yang mencari nasi kandar sedap hahaha!

14 comments:

  1. Last 2 week dan last week..hahahaha...memang pergi la makan nasi kandar...lepas tu lelap...mata berat...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan nasi kandar. Selalu makan kalau kat kolej jela bila ada duit lebih sikit hahaha. Kalau kat kedai jarang order nasi kandar tapi bila tengok ni rasa teringin la pulakk

    ReplyDelete
  3. selalu kalu teringin ayu beli kat pelita jer..boleh la lepaskan rindu ...

    ReplyDelete
  4. Peminat nasi kandar memang lagi layan kalau kuah banjir. berbeza dengan saya, geng tak suka banjir. hihi..last makan nasi ganja adik beradik nasi kandar gak bulan 8 haritu beli kat depan Zemart Sikamat. Boleh tahan juga sedapnya. Setuju part kuah tu campur campur tu barulah Sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa nasi kandar..lama xmakan ni..heheee
    bila nk dine in?? heheee

    ReplyDelete
  6. Wak tak pernah makan nasi kandar
    Macam tak minat lah

    ReplyDelete
  7. nasi kandar kalau pi penang mesti mkn tp. skrg mana2 pun ada dah kan xyah g penang

    ReplyDelete
  8. Wowwwwww.... Surrrrr tuuuuuuu.. Kita kt penang da cemuih tgk nasi kandaq😂😂😂

    ReplyDelete
  9. betul kuah mesti banjir, kalau dapat ayam goreng panas2 hurm memang bersemangatlah makan..hehe

    ReplyDelete
  10. rasa macam tak pernah lagi makan nasi kandar...nasi sendiri masak, tuang kuah kari bebanyak tu pernah lah..hahaha

    ReplyDelete
  11. Last makan kat Melaka..jarang makna nasi kandaqq...hohoho

    ReplyDelete
  12. biasa lah nasi kandar, nasi mmg banyak, kuah kari dia lagi banyak lagi sedap. nyam3

    ReplyDelete
  13. Dulu makanan untuk buruh, sekarang makanan mahal nak pulak kalau ada sotong

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot