Sunday, October 10, 2021

Scene Subway Squid Game

 Orang kata lambat jangkit, itulah yang berlaku pada aku dan drama bersiri Squid Game yang sedang hangat ditayangkan di saluran Netflix. Kenapa lambat?

Sebab aku secara harfiahnya memang tak layan K-Drama.
Betul tak tipu.

Jadi bila meletupnya Squid Game ni, aku pun tak adalah nak terus klik butang pada remote control TV untuk tengok Squid Game ni.

Tapi, makin lama makin banyak pula post di Facebook yang mengulas tentang Squid Game ni. Tak terhad pada post dari page dalam negara, page yang admin dia orang barat seperti America pun ulas.

Aku mula terasa nak tengok Squid Game lepas aku tertonton satu video pendek yang dimuatnaik oleh page What.If yang bertajuk Why is it called Squid Game? 

Video tu sedikit sebanyak trigger aku untuk cuba tonton Squid Game.

Jadi, semasa aku menaip entry ni kan, aku pause kan sekejap episod 1 yang aku baru layan dalam 21 minit. Ngam ngam dekat scena yang Gong Yoo dan Lee Jung-Jae tengah main baling-baling kertas sambil tampar-tampar dekat stesyen subway tu.



Setakat 21 minit yang aku baru tonton ni, memang boleh dikatakan best sangat plot development drama ni. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak teruja untuk terus sambung tonton Squid Game. Haha!

Ok, jadi pada sesiapa yang dah tengok, korang bagi Squid Game ni berapa bintang?
Patut ke aku teruskan menonton, atau dah cukup.
Stop. Tak best ke apa ke.

Any scene yang aku patut beria tunggu ke?
Kalau ada, episode berapa?

Dah please drop Squid Game spoiler kat comment please!

Aku tak kisah!

Warning:
Jangan baca bahagian komen, mungkin ada spoiler yang kalian taknak tau!

18 comments:

  1. Tiada tergerak nak tengok. Hehe. Mungkin sama macam Syaz tertengok sedikit baru boleh terus tengok.

    ReplyDelete
  2. Masa memula2 meletus dulu,akak tanya anak2...ni filem ke game haha

    ReplyDelete
  3. BEST ni kadang2 subjektif...
    for me, series ni memang best aje!
    Starting memang mcam rasa slow sket tapi for me pastu ok2 je, cuma part 18sx memang kita forward je hahaha... tgk citer ni mcm eeeegeram nyaa rasa mcm nk msk dalam game tu :D

    ReplyDelete
  4. Uncle pun dah terjebak tengok benda ni...

    ReplyDelete
  5. dah xde masa nak tonton drama ada je kja nk dibuat

    ReplyDelete
  6. tgk jgk cite ni sbb nk tahu apa yg best sgt cite ni. bg kami, ok je la. dh blh agak sape menang, sape yg dalang cite ni..

    ReplyDelete
  7. Disebabkan dah dicanang di pelusuk sosial media. Saya pun turut terjebak. Scene kat subway lempang melempang tu ada kelakar ada kesian jugak. Demi duit, nyawa pun boleh jadai taruhan. ada pengajarannya jugak dalam kehidupan. Part paling mendebarkan tu part game lah. yang mana slow dan scene 18 ke atas tu skip pun takpe kot :)

    ReplyDelete
  8. Antara drama k pop pertama yg nina layan sampai habis.. hahaha. Pengaruh hebat

    ReplyDelete
  9. Sana sini Squid Game. Saya belum terjebak lagi. Mungkin kerana saya kurang gemar layan cerita Korea. Ada geng ajak tengok sama-sama nanti bolehlah consider :)

    ReplyDelete
  10. memang looking foward bila iklan cita ni.. and ayu memang layan k drama. so..emm
    best, sbb kkta nak tau dan nak tau lagi..apa jadi, apa next game, sapa yg mati pas tu, mcm mana...
    ada part cencored skt.. 1 scene je. ayu pun lajukan. language la kot..tau je la bab cakap kasar, maki2 tu. but dlm korea so..sukahatia dia kan.

    pendek kata..best la. but ada je yg kata x best & merapek. kita tgk just utk hiburan je..so ok je la. selamat menonton !

    ReplyDelete
  11. aduh aduhh kena terjebak juga ke..cm ramai kate best ^_^

    ReplyDelete
  12. best juga layantapi bukan yg terbaik bagi saya..hehe

    ReplyDelete
  13. saya pon belum layan lagi cerita ni, tengok tajuk pon macam x best, tp tak tau lah.. ngah layan Hometown Cha Cha Cha

    ReplyDelete
  14. best la jugak tapi macam layan santai je lah sebab main lead dia banyak buat keputusan bangang dalam hidup dia. Tapi kalau dia bijak tak jadi lah cerita ni haha

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot