Friday, December 10, 2021

Doa Si Ayu

Malam tadi, SR ajak Ayu solat sama-sama. Dia macam biasalah, memang akan ikut je gerakan solat SR. Kadang tak cukup rakaat, kadang sampai 10 rakaat dia punya solat πŸ˜‚

Jadi, lepas solat, memang SR akan suruh dia cakap Bismillah sambil tadah tangan, dan suruh dia doa. SR kata, Ayu mintaklah apa yang Ayu nak dari Allah.

Dia pun senyum-senyum, macam biasa, dia mesti akan doa:

"Allah, bagikan mak sihat, ayah sihat, ayu sihat, abang-abang sihat, nenek sihat, wan sihat, nenek alang sihat, nyang sihat, inas sihat, tokma sihat, tok ayoh sihat, moklong sihat, cikdah sihat, mama ima sihat dan ayah akim sihat"

Tu memang nama-nama yang dia akan selalu sebut dalam doa dia lepas solat selalunya. Dan SR akan cakap lagi, 

"Lagi? Ayu nak apa lagi? Bagitau lah Allah"

Dan macam biasa, dia akan sambung minta unsur-unsur makanan pulak πŸ˜‚

"Allah, Ayu nak stroberi, nak epal, nak mangga, nak air jus warna-warni, nak roti dan nak jeli warna-warni"

Macam tu la lebih kurang. Selalu hampir sama aje template doa dia. Tapi malam tadi, ada tambahan ayat tau! πŸ˜‚

"Allah, dan ayu naaaaaaakkkkk (saja dia tarik panjang perkataan nak tu) komputer nak letak dalam bilik ayu"

"Apa? Ayu nak buat apa komputer?" SR dah tak mampu tahan gelak dah masa ni.

"Ayu nak main game macam Adam lah," sekali dia dengki abang dia ada komputer daa..

"Ayu kan dah ada tablet?"

"Tablet ayu tak ada yang macam ni, macam ni tu," sambil dia gerak-gerak tangan, buat gaya tengah guna mouse.

Tepuk dahi SR. Dia bukan mintak dekat SR tau, dia direct mintak dengan Allah haa πŸ˜…

13 comments:

  1. aminn ya robbal Alamein.. sibbaik x mintak adik baharu.. aminn jugakk πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  2. Itu secara tidak langsung suruh SR beli computer.

    ReplyDelete
  3. aamiin...meh cik ayu aminkan jugak... bijak sungguh yer...

    ReplyDelete
  4. aamiin... ibu ana aamiin kan doa Ayu :)

    ReplyDelete
  5. Aminn. Comelnya nak air jus warna warni ye hehehe

    ReplyDelete
  6. amiin terbaik doa ayu sebut semua

    ReplyDelete
  7. hahahah dah suruh doa, ayu doa la betul2 kan ayu... comel sangat tau

    ReplyDelete
  8. dah di suruh berdoa, ayu doa sungguh2 kan... amin, moga semua di makbulkan ye yu

    ReplyDelete
  9. Hehe. Pandai Ayu. Insha Allah, doa anak-anak ni dikabulkan sebagai diorang takde dosa

    ReplyDelete
  10. Bagusnya Ayu doa untuk semua orang.
    Doa last tu harap harap termakbul doa ayu. Aaminnn...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot