Thursday, December 9, 2021

Sesi Makmal Mikrobiologi Secara Bersemuka Semester Oktober 2021

Setelah hampir dua tahun pembelajaran di kampus SR ni dijalankan secara atas talian (ODL), akhirnya pada semester ini, beberapa bahagian (part) pelajar dibenarkan kembali ke kampus untuk menjalankan beberapa kelas secara bersemuka (f2f). Antaranya adalah pelajar kelas SR. Mereka adalah batch kedua yang dibenarkan masuk ke kampus untuk menjalani sesi makmal subjek mikrobiologi mereka di dalam makmal, bukan lagi secara ODL dan virtual.

Dan SR pun antara pensyarah yang bertuah lah kot ya, sebab dapat berjumpa dan mengajar pelajar secara depan-depan kembali untuk semester Oktober 2021 ni. Lama sangat dah tak nampak sosok badan pelajar secara fizikal. Barulah tau, pelajar ni tinggi, manis, bergaya orangnya.

Pelajar pun teruja, sebab diorang dapat sentuh dan hands on sendiri alatan yang memang sepatutnya mereka pelajari dalam makmal. Alhamdulillah, SR minta mereka anggap mereka adalah kelompok yang bertuah dan beruntung. Cuma, SOP haruslah dipatuhi setiap masa.


Setiap masa para pelajar, SR dan juga pembantu makmal, perlu pakai kot makmal, pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial. Pelajar pun okey dan faham, mereka memang jaga sangat SOP. Tak ada yang degil. 

Pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke kampus, perlulah lengkap dos vaksin mereka. Kena cukup dua dose, dan matang tempohnya. Tak bolehlah selesai cucuk vaksin hari ni, esok terus balik kampus. Mereka juga telah diberitahu awal, jadi mereka bersedia dari segi melengkapkan dos vaksin, beli kot makmal, pelitup muka dan kelengkapan yang diperlukan yang lain.

Mengajar dalam makmal sambil berjalan mengawas pelajar sambil pakai pelitup muka?
Pergh memang panas. Nasib baiklah pelajar dipisahkan kepada dua buah makmal yang bersebelahan. Bila kurang sesak, senang nak patuh SOP dan kurang sikit panasnya.

Memang ada masa SR rasa macam tak cukup nafas, dan masa dalam makmal tu jugalah tiba-tiba hidung gatal, mulut minta garu, dagu merenyam.. Sabor je lah! Time kena sepanjang masa pakai pelitup mukalah kau nak gatal kan!

Walaupun mencabar, tapi nampaknya kami, dan kita semua kena cuba untuk adapt dengan suasana baru ni kan. Moga kita semua terus selamat dan mampu adapt dengan norma baharu!

10 comments:

  1. tempat saya ni macam dah 100% F2F. minggu depan final exam pon dah F2F

    ReplyDelete
  2. Pernah la time x pakai mask elok plak muka xde gatai bagai..
    bila tengah pakai mask, ada je hidung gatal la, mata tiba2 gatal lah.. adoiii

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bertugas....stay safe!

    ReplyDelete
  4. Moga kita semua terus istiromah dalam norma baru

    ReplyDelete
  5. Mesti excited masing masing bila dah bersua muka dan dapat belajar f2f.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot