Taman Jogging Senawang | Throwback Thursday

Lamanya entry ni terperap di bahagian draf. SR hampir lupa dah pasal entry ni. Haha!
Ini sebenarnya kejadian masa sebelum Fasa Pemulihan Negara bermula lagi. Kalau tak silap, entry ni masa PM Ismail Sabri belum lagi menyandang jawatan dia sekarang.

 

Masa ni, anak-anak memang dah terlalu tepu dekat rumah. Bila dah tepu, mulalah masing-masing buat perangai pelik-pelik. Asyik bergaduh dan menjerit-jerit.
Bila anak-anak terjerit pekik, SR dengan zaimi pun serabut, jerit jugak sama-sama hahaha! Jadi kami pun bawalah budak-budak pergi ke taman jogging belakang rumah kami tu.

 

Rezeki betul, masa tu memang tak ada orang. Risau juga nak bawa anak-anak ni ambil angin kalau ada orang lain kan. Masa ni pula memang kes Covid-19 negara kita yang masih 5 angka, dan ramai lagi yang tak dapat temujanji untuk vaksin.

 

 

Sampai je dekat taman jogging ni, memang kasi can anak-anak berlari sekuat hati, dan sejauh yang diorang nak asalkan masih dalam taman ni.

 

Lepas dah penat berlari, kita lepak-lepak ambil gambar. Masa ni, memang dah lama sangat anak-anak ni tak ambil gambar dekat luar rumah. Jadi diorang pun excited lah sikit nak ambil gambar. Selalu tu kalau nak ambil gambar, diorang tak berapa nak hahah! Tak ada kronologi pun nak diceritakan, kalian tengok ajelah gambar-gambar yang ada ya.

Checkidot!

 











Selamat bekerja pada yang bekerja, selamat WFH pada yang WFH!
💓

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Seronoknya...rumah SA dekat ngan Lake Garden pu jarang nak pergi..hahahaa...selalu beriadah area taman je...seronok la anak- anak sesekali terlepas

    ReplyDelete
  2. Takde pun gambar yg tengah berjogging?

    :D

    ReplyDelete
  3. nampak lenggang je, best jugak kalau ramai orang risau pulak nak jenjalan situ

    ReplyDelete
  4. mesti semua gumbira dapat kuar rumah setelah lama memerap dalam rumah

    ReplyDelete
  5. seronok la masing2 dpt lari semua yer....cantik taman tu, kat mana?

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Lama tak bawa anak anak ke taman. Selalu ramai orang. Nanti cuti sekolah ni nak curi masa bawa dorang jalan jalan

    ReplyDelete
  7. Cantiknya taman jogging penuh dengan kehijauan alam . Pagi2 dapat hirup udara segar .

    ReplyDelete
  8. Suasana menarik taman ni. Bersih dan kehijauan saujana mata memandang. Port baik untuk beriadah :) hilang kejap ketepuan bila lama duduk rumah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.