Doa Si Ayu

Malam tadi, SR ajak Ayu solat sama-sama. Dia macam biasalah, memang akan ikut je gerakan solat SR. Kadang tak cukup rakaat, kadang sampai 10 rakaat dia punya solat 😂

Jadi, lepas solat, memang SR akan suruh dia cakap Bismillah sambil tadah tangan, dan suruh dia doa. SR kata, Ayu mintaklah apa yang Ayu nak dari Allah.

Dia pun senyum-senyum, macam biasa, dia mesti akan doa:

"Allah, bagikan mak sihat, ayah sihat, ayu sihat, abang-abang sihat, nenek sihat, wan sihat, nenek alang sihat, nyang sihat, inas sihat, tokma sihat, tok ayoh sihat, moklong sihat, cikdah sihat, mama ima sihat dan ayah akim sihat"

Tu memang nama-nama yang dia akan selalu sebut dalam doa dia lepas solat selalunya. Dan SR akan cakap lagi, 

"Lagi? Ayu nak apa lagi? Bagitau lah Allah"

Dan macam biasa, dia akan sambung minta unsur-unsur makanan pulak 😂

"Allah, Ayu nak stroberi, nak epal, nak mangga, nak air jus warna-warni, nak roti dan nak jeli warna-warni"

Macam tu la lebih kurang. Selalu hampir sama aje template doa dia. Tapi malam tadi, ada tambahan ayat tau! 😂

"Allah, dan ayu naaaaaaakkkkk (saja dia tarik panjang perkataan nak tu) komputer nak letak dalam bilik ayu"

"Apa? Ayu nak buat apa komputer?" SR dah tak mampu tahan gelak dah masa ni.

"Ayu nak main game macam Adam lah," sekali dia dengki abang dia ada komputer daa..

"Ayu kan dah ada tablet?"

"Tablet ayu tak ada yang macam ni, macam ni tu," sambil dia gerak-gerak tangan, buat gaya tengah guna mouse.

Tepuk dahi SR. Dia bukan mintak dekat SR tau, dia direct mintak dengan Allah haa 😅

Post a Comment

13 Comments

  1. aminn ya robbal Alamein.. sibbaik x mintak adik baharu.. aminn jugakk 😅😅

    ReplyDelete
  2. Itu secara tidak langsung suruh SR beli computer.

    ReplyDelete
  3. aamiin...meh cik ayu aminkan jugak... bijak sungguh yer...

    ReplyDelete
  4. aamiin... ibu ana aamiin kan doa Ayu :)

    ReplyDelete
  5. Aminn. Comelnya nak air jus warna warni ye hehehe

    ReplyDelete
  6. amiin terbaik doa ayu sebut semua

    ReplyDelete
  7. hahahah dah suruh doa, ayu doa la betul2 kan ayu... comel sangat tau

    ReplyDelete
  8. dah di suruh berdoa, ayu doa sungguh2 kan... amin, moga semua di makbulkan ye yu

    ReplyDelete
  9. Hehe. Pandai Ayu. Insha Allah, doa anak-anak ni dikabulkan sebagai diorang takde dosa

    ReplyDelete
  10. Bagusnya Ayu doa untuk semua orang.
    Doa last tu harap harap termakbul doa ayu. Aaminnn...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.