Haflah Takreem Iman CC 2021

Sabtu lepas, pagi-pagi lagi SR dah kejut amir dan anak-anak yang lain untuk lekas-lekas bersiap. Amir kena pakai segak-segak! Kena pakai baju melayu, pakai samping, pakai songkok serta berkasut bertutup. Sebab, Sabtu lepas merupakan hadi graduasi tadika amir, atau dipanggil Majlis Haflah Takreem oleh Tadika Iman Child Center (Iman CC) tu.

Sedar tak sedar, dah habis dah pengajian tadika anak SR yang nombor dua ni. Teringat lagi masa SR kalut carikan dia tadika baru pertengahan 2020 lepas. Asalnya amir bersekolah tadika di Kuala Pilah, sama macam abang adam dia dulu. Sempatlah adam dan amir berada di satu tadika yang sama, masa tu adam 6 tahun, amir pula lima tahun.

Hendak jadi cerita, masa amir 5 tahun, covid-19 melanda dunia, ada isu pula dengan management tadika lama amir tu. SR ni punyalah menjaga hubungan baik dengan tadika tu tau, tapi bila pihak management tiba-tiba menyembur melahar  berburuk sangka dengan kita, rasa cukup sudahlah jodoh kita bersama. Mungkin amir tak ditakdirkan untuk terus belajar dekat situ.

Jadi kalutlah SR carikan tadika lain untuk amir. Alhamdulillah, rupanya rezeki amir untuk belajar di Tadika Iman CC ni. Tadika Iman CC ni dia tidak begitu Montessori, dia sedikit formal. Budak-budak akan belajar macam murid PraSekolah.

Dan, tanpa SR sangka, rupanya amir lebih boleh follow tadika yang berkonsep formal begini dalam pelajaran dia. Sejak masuk Iman CC, amir terus lancar membaca, menulis dan mengira. Semua elemen tu, amir sedikit ketinggalan dan sukar untuk ikut ketika di tadika lama dia. Tak macam adam, yang memang boleh follow dari awa lagi.

Ilmu agama dia pun meningkat lebih lagi dari sewaktu dia dekat tadika lama. Itulah kan, kita merancang, Allah juga merancang, tapi nyata perancangan Allah lebih baik. 
Bersekolahlah amir dia Iman CC sampailah dia graduasi hari Sabtu lepas. 

Terima kasih pada semua cikgu-cikgu yang mengajar, menjaga dan mendidik amir sepanjang setahun setengah amir bertadika di sana, baik secara face to face, mahu secara atas talian ketika PKP.

Eh panjang pula mukadimah SR hahaha! Sebab SR sedikit beremosi, anak SR yang manja ni akhirnya dah nak masuk sekolah rendah pua tahun depan. Moga semua baik-baik sahaja buat amir 💓


Berbalik pada kisah Haflah Takreem, pihak Iman CC memang dah bagitahu yang majlis tu akan berjalan dengan penggiliran pelajar mengikut cawangan dan juga umur. Amir punya giliran adalah pada 9.15 pagi. Disebabkan lokasi untuk majlis Haflah Takreem tu tak jauh dari rumah, kami gerak dari rumah dalam 8.50. Sebaik sampai, kami nampak pelajar dan ibubapa pelajar yang giliran 8.30 pagi tengah bergambar. Ada yang dah mula berjalan ke kereta masing-masing. 

Jadi, kami pun bergerak masuk. Ayu sibuk nak ikut, taknak tinggal dengan adam dalam kereta. Bawaklah jugak, tapi memang duduk dekat area playground aje lah.


Si manja zaimi ni, bodek-bodek sikit, memang cairlah hati si ayah tu haaa..

  

Sebaik sahaja sampai, kami kena daftar dan sahkan kehadiran amir. Dan amir terus dibawa oleh cikgu dia untuk bersiap dengan pakaian graduation. Comel betul tengok anak-anak ni semua pakai jubah konvo dengan mortar board haha!



Selepas beberapa minit tunggu ketibaan kawan-kawan amir yang lain, bersiap dan berbaris, akhirnya majlis untuk kelas amir pun bermula. Tengoklah, ramai boys kelas dia. Sebab tu amir happy sangat dekat Iman CC ni. Sebab kelas dia banyak lelaki. Macam-macam nama ada dia sebut hari-hari. 


Semua anak-anak beratur menuju ke pentas kecil yang telah dihias cantik dan penuh warna-warni ni. Pengetua pun dah tunggu atas tu, bersedia untuk menyampaikan hadiah pada anak-anak semua.




Amir dapat Anugerah Cemerlang Sains untuk Tadika sesi pagi, dan Anugerah Cemerlang Sirah untuk kelas Pra-Penghayatan Islam pada sebelah petang. Tadika Iman CC ni, tadika dia ada dua sesi. Pagi tadika biasa, petang pula ada kelas Pra-Penghayatan Islam. Macam sekolah rendah punya konsep, pagi sekolah, petang pula ada Kelas Agama dan Fardhu Ain. Haa samalah dekat Iman CC ni. Secara tak langsung, anak-anak memang dah terbiasa untuk tak tidur petang, dan tahu, petang ada sekolah agama pulak.



Macam-macam juga amir dapat hari tu. Ada chocholate bouquet, ada sijil, dan set alat seni lukis. Menarik betul set tu! SR pun rasa nak satu hihihi!

Selesai urusan atas pentas, pihak Iman CC benarkan ibubapa untuk bergambar dulu dalam premis sebelum pulangkan jubah dan balik ke rumah. Jadi kami pun bergambarlah sekejap. Tak rancang pula nak berlama-lama dalam kawasan tadika tu. 


Amir macam biasalah, kalau bergambar untuk suka-suka, dia terpaling buat aksi macam-macam. Kalau berada dekat kawasan sekolah ke apa ke, memang dia selalu buat macam tak ada perasaan. Amir ni kadang drama king jugak haha.


 

Tak seronok juga nak bergambar banyak-banyak, sebab tak cukup sorang kan. Adam tak boleh masuk, sebab tu adam tunggu dalam kereta masa ni. Ayu lepas masuk sebab dia kecik. Jadi kami pun bergambarlah seadanya saja. Meraikan amir di hari bahagia dia.


Ayu malu-malu pun iya jugak. Senyap aje, ikut aje bontot kami.

 

Last-lasy ayu jadi tukang angkat bouquet amir tu. Sekali pandang macam amir pengantin, ayu tukang angkat barang hantaran hahah! Maybe bila anak-anak SR dah besar, nak kahwin, SR nak suruh anak-anak SR repeat dan remake gambar ni balik.


Lepas selesai bergambar beberapa keping, kami pun beransur balik rumah. Amir pun dah letih. Letih berdiri dalam barisan masa sebelum naik pentas tu agaknya. Nasib baik nama dia mula denga huruf 'A', jadi dia orang kedua yang naik ke pentas. Masa kami dah gerak ke kereta, ada je kawan-kawan dia yang masih beratur untuk naik pentas. 

Cumanya SR berpuas hati, sebab SR rasa yang SR dah siapkan anak SR dengan kemas dan tertib. Jadi, tips SR untuk siapkan anak kecil untuk hari graduasi tadika dalam suasana kena pakai pelitup muka ni adalah:

- Pakaikan anak pelitup muka KF94. Kemas terletak dekat muka, serta anak tak rimas mulut dia berlaga dengan mask tu.
- Pakaikan anak kasut yang selesa. Sebab, anak-anak akan ada tempoh untuk dia berdiri agak lama, dan dia akan naik tangga. Jadi kasut tapak rata lebih sesuai walaupun untuk murid perempuan. Ada seorang budak perempuan tu, pakai kasut ala heels, kesian SR tengok dia berdiri lama-lama dengan kasut tu.
- Datang awal, jadi cikgu tak terkocoh-kocoh nak siapkan anak kita. Kalau lambat, anak-anak akan berpeluh-peluh jugak tau.
-Pakai baju ikut protokol, sediakan awal-awal sebab cikgu pun dah maklumkan awal.

Alah, parents lain pun mesti lagi terer dan hebat dari SR 😁


Itulah kisah Haflah Takreem Iman CC amir pada 11 Disember 2021 yang lalu 😉

Post a Comment

15 Comments

  1. Hensem Amir!!!...tahniah sempena hari graduasi...

    ReplyDelete
  2. handsome dia berjubah dan berbaju melayu....
    tahun depan dah masuk darjah 1 bujang tu ya... lepas ni Ayu la pulak merasa pakai jubah gitu hehehe... kejap betul masa berlalu

    ReplyDelete
  3. Handsome berbaju melayu.. Selamat bergraduasi ye..

    ReplyDelete
  4. Segaknya Amir berbaju Melayu. Comel comel semua

    Tahniah.

    Tadika anak Cici tak buat apa apa majlis tahun ni. Sekadar bergambar konvo je. Harap next year back to normal

    ReplyDelete
  5. saya tertarik nak follow tips bagi nama anak start dengan 'A'. hehe. Tahniah Amir. selamat memasuki sekolah rendah pula

    ReplyDelete
  6. meriah majlis graduasi tadika.. dah macam majlis kovokesyen universiti. Tahniah pada Amir berjaya menamatkan pengajian ..

    ReplyDelete
  7. Tahniahhhh Amir dah grad! Good luck for next future! Hihi..Bestnya tengok anak anak dah school

    ReplyDelete
  8. happy 1st graduation day..Amir! mak mak...bab ni pun leh jadi emosi. he he he... dah besar dah, nak masuk darjah 1 next year..yeah!! congrats!

    ReplyDelete
  9. Selamat berkonvo Amir . Segak bgaya dengan suit melayu

    ReplyDelete
  10. tahniah amor dah nak masuk darjah satu dah ensem boy ni

    ReplyDelete
  11. Happy graduation Amir.....be a good boy ok...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..Amir seronok belajar kat sini. Tahniah Amir. Lepas ni dah masuk sekolah lain pulak. Sila remake nanti gambar Amir dan Ayu tu bila tiba masanya :)

    ReplyDelete
  13. tahniah amir :)

    anak2 aida da lama tinggalkan majlis gini, syaz.
    rindunya!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.