Raikan Hari Lahir Zaimi ke 36 Dengan Harold's Bread Rainbow Cake

Ada tak rasa dejavu masa baca tajuk entry SR ni? Ada tak? Ke rasa dejavu masa pandang gambar kek ni? Hahaha.. Ya, memang kek birthday yang sama dengan kek birthday anak nombor dua SR haritu. Kek yang sama dengan birthday amir yang ke 6, yang kami sambut bulan Oktober lepas.

Cuma saiznya yang berbeza. Yang ini kecil sikit. Memandangkan hari ni, kami ada di kampung zaimi, SR order saja kek Rainbow dari Harold's Bread ni melalui Food Panda. Rasa tak seronok pula kalau birthday, tapi tak beli kek. Sebab memang macam dah jadi tradisi famili kecil kami, birthday sesiapa saja pun, kena ada kek. Hehe..


Gambar SR tak masuk frame, sebab SR dah letih bonar. Masa ni, kami baru sampai dari Kuantan. SR tangkapkan gambar aje lah. Lepas dinner, kami terus aje potong kek tu dan makan-makan begitu aje.


Makan pun tak beria-ia sangat, makan kena buat macam tak ada perasaan sikit. Sebab FIL SR, dia tak suka sangat orang sambut birthday bagai ni. Tapi SR sebagai menantu hantu isteri yang nak jugak belikan kek untuk suami, SR selamba je order masa ni hihihik..


Dah 16 kali zaimi sambut birthday dia, ada SR di sisi. Kalau ada baby yang lahir masa kali pertama kami sambut birthday sama-sama tu, budak tu dah tingkatan 4. Begitulah usia persahabatan SR dengan zaimi. 

Semoga semakin maju dan sihat. Semoga terus menjadi contoh teladan yang baik buat anak-anak. Yang lain-lain nanti SR bisik aje lah. Hihi!

+++

Tak puas pulak sambut birthday sayup-sayup gini, SR nak repeat beli kek lagi nanti, aci tak? Hahaha!

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahahaha.. memang macam sayupppp jer muka Zaimi sambut birthday, takut kena marah ya.

    Memang kena repeat buat havoc sikit SR 😜😜😜

    ReplyDelete
  2. hahaha kan kak seri.... zaimi serba salah. nak ikut bini ke dgr ckp ayah hehee..
    balik KL sambut besar2an sket la :p

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday.

    Cantik warna keknya

    ReplyDelete
  4. Haha..memang kek favourite la tu, kalau ulang beli yang sama.Kalau semua suka memang tak kisah repeat banyak kali kan?
    btw happy birthday buat Zaimi

    ReplyDelete
  5. sanah helwah zaimi sht sjhtra tiasa bhgia bersama fmili tercinta

    ReplyDelete
  6. dah 16 tahun celebrate, mesti nk celebrate jg pada hari kejadian...

    cantik kek..

    ReplyDelete
  7. happy birthday zaimi. waa cantik la kek warna warni

    ReplyDelete
  8. memang cantik kek. Takpe nanti sambut lain dengan kek lain pulak. kali ni kena penuh perasaan ye

    ReplyDelete
  9. Masa ada anak buah duduk sini memang sambut harijadi dengan kek.
    Ini sebab 3 orang macam tidak berbaloi beli kek.

    ReplyDelete
  10. Semoga dapat sambut besday dia berpuluh Kali lagi

    ReplyDelete
  11. happy birthday to cik abg..moga sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.