Thursday, December 30, 2021

Raya Aidilfitri 1988 | Throwback Thursday


Ramai yang kata, muka ayu sama dengan muka SR masa kecik dulu. Setiap kali terkeluar muka SR sewaktu SR seorang kanak-kanak tahun 80-an dulu je, mesti akan ada yang kata muka SR tu, sama dengan ayu.

Syazni Rahim, 1988
Haa jadi SR pun saja la cari balik gambar SR masa sebaya dengan ayu sekarang. Sama ke? Hihihi..

Ayu, 2021

Agaknya sama dekat rambut dengan warna kulit kami. Ayu memang ikut warna kulit SR. Ada darah mamak sikit hihi.. Mata ayu bulat sikit, sama macam zaimi. Tapi, seronok lah kan bila ada orang cakap ada rupa anak kita, sama macam kita. 😄

Mengimbau kenangan raya masa 1988 tu, eh 1989 ek? Tak ingat pulak exact date. Tapi, yang SR ingat, masa tu SR masih anak tunggal. Tak ada adik lagi. Dan masa tu, giliran raya sebelah emak. Ada gambar raya SR, mak abah, arwah atok, nenek, dan tiga-tiga adik mak sekali.



Gambar-gambar ni diambil di kuarters askar. Masa tu abah SR masih berkhidmat dalam tentera, jadi pagi raya tu keluarga emak semua datang ke rumah. Angah, adik emak SR (berdiri kanan sekali), set up tripod untuk ambil gambar kami ramai-ramai ni. Masa tu, Angah ada kamera DSLR. 

Kenangan betul masa ni. Tengok gambar semua muda-muda lagi. Sesungguhnya yang jauh dengan kita adalah masa lalu, kan?

+++

Masa 1988 ni, uolls kat mana? Ehehe..

22 comments:

  1. Nostalgia betul ni, dah 30 tahun lebih gambar ni ye...
    Nampak ada iras tu Syaz & anak :)

    ReplyDelete
  2. comelnya kak syaz, macam sama pula muka dengan ayu..hehe

    ReplyDelete
  3. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang ada tu rupa SR dengan Ayu. Lawa & comel tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂 seronok ayu kalau tau orang cakap dia comel

      Delete
  4. Asalam..menarik..kenangan lalu mengusik jiwa ..hehehe

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. sekarang semua dah makin tua... Sobbbsss! Sy masa tu, tak wujud kat memana lagik... Hahahahaha

    ReplyDelete
  6. tapi kenapa kita tgk syaz lagi comel ni masa kecil2 hahahah...

    ReplyDelete
  7. Salah baca ingat 1998 tadi hehee.

    1988 ni Cici belum lahir lagi. Hehehe

    ReplyDelete
  8. AYU MIRIP SYAZ PADA BENTUK MUKANYA MATANYA SALIN MATA ZAIMI

    ReplyDelete
  9. 1988- Darjah 3 di Johor Bharu :)

    ReplyDelete
  10. masa 1988 muda sikit dari SR. Hehe. gambar zaman baby dan kanak-kanak banyak dah hanyut banjir. sedih

    ReplyDelete
  11. comeinya....anak & mak sama2 comei..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot