Atau emel SR di syaznirahim[at]gmail.com

Friday, December 24, 2021

Untuk mencapai tahap redha

Salam Jumaat, salam Sayyidul Ayyam buat semua.
Apa khabar semua?
Ayu punya OOTD semalam sebelum bertolak ke pantai timur. Sibuk dia nak ikut SR pakai tudung.
 

SR dan famili away hari ni. Menjenguk keluarga. Sepanjang perjalanan semalam, adalah SR saksikan beberapa rumah yang terkesan dengan banjir sedang mengemas dan membasuh rumah.

Baca Facebook tadi, SR terbaca pula tentang 'redha' dari page Bahagian Dakwah Jakim. Jadi SR kongsikan di blog ini. Boleh sama-sama kita baca.


‘Bagaimana Wahai Allah? Aku manusia, aku tidak berdaya…..’


Ujian manusia A Dan manusia B adalah tidak sama boleh jadi dalam bentuk kehilangan, nikmat, ketakutan, emosi perasaan.Tetapi setiap ujian itu adalah untuk kita kembali dan akur kita adalah hamba dan Allah adalah Raja dan berkehendak ke atas segala apa pun yang kita lalui ketika ini.


Untuk mencapai tahap redha:

1. Sebagai manusia boleh jadi kita tidak mampu, habis segala kekuatan maka mohon pada Allah, Ya Allah kurnia kan aku kesabaran jadi kan aku dikalangan hambamu yang redha di atas apa yang telah Engkau mahukan. Aku tahu Ya Allah, setiap apa yang terjadi dalam hidupku tujuannya adalah aku kembali kepadaMu ya Allah.

2. Kita ambil kisah-kisah mereka yang diuji sebagai pedoman sebagai inspirasi untuk kita terus kuat melalui perjalanan diatas dunia ladang ujian.

Saat diuji dengan berat, redha ialah langkah pertama menuju jalan penyelesaian. Pintu kepada kebahagiaan. 


Firman Allah SWT:


‎وَلَوۡ أَنَّهُمۡ رَضُوا۟ مَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ سَیُؤۡتِینَا ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَرَسُولُهُۥۤ إِنَّاۤ إِلَى ٱللَّهِ رَ ٰ⁠غِبُونَ


Maksudnya: Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah" 

(At-Taubah:59)


Sabda Nabi Muhammad SAW:


‎عَنْ أَنَسِ بن مَالِك رضى الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( اِنَّ عِظَمَ الجَزَاءِ مَعَ عِظَمَ البَلاَءِ ، وَاِنَّ الله تَعَالَى اِذَا أَحَبَّ قَومًا اِبْتَلاهُمْ ، فَمَنْ رَضِي فَلَهُ الرِّضَا ، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السُّخْطُ )).


Maksudnya : "Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Besarnya suatu pahala adalah tergantung dari besarnya ujian (dari Allah SWT). Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, Allah SWT menguji mereka. Maka siapa yang redha dengan ujian itu, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya. Dan siapa yang membenci (tidak redha) ujian tersebut, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya."

(HR Tirmizi)


Didiklah hati untuk redha dan bangkit semula kerana Allah. Yakinlah bahawa sebesar mana pun ujian yang kita sedang hadapi saat ini, Allah SWT lebih besar dan berkuasa berbanding ujian tersebut. 

Bagi orang beriman, segala keputusan Allah ialah terbaik buat dirinya. Nikmat dan kesenangan hidup tidak membuatkannya riak, takabbur dan ujub sehingga lupa asal-usulnya.

Manakala dugaan dan musibah pula tidak membawa kepada putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyalahkan takdir daripada Allah SWT.


Sabda Nabi Muhammad SAW :


‎عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ


Maksudnya: “Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. 

Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”

(HR Muslim)


DOA UNTUK MENDIDIK SABAR DAN REDHA TERHADAP UJIAN:


‎رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ


Maksudnya: "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)".

(Surah al-A'raf : 126)


Semoga mereka yang diuji ketika ini akan terus diberi kekuatan dariNya dalam mengharung hari mendatang.

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim


Semoga semua yang terkesan dipermudahkan urusan ❤️❤️
 

3 comments:

  1. kan.
    moga yg terkesan redha dgn segalanya.
    baik ke, buruk ke, semua dtg dgn hikmah yg tersendiri.
    bertabahlah.

    ReplyDelete
  2. Comelnya ayu.
    Terima kasih untuk perkongsian ni.
    Nak memujuk hati tu payah.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot