Pantai Tersembunyi di Balok, Pahang | Throwback Thursday


Punya lama SR peram entry ni weh! Dari balik Kuantan bulan Oktober haritu, sekarang dah balik Kuantan lagi sekali pulak, SR masih tak sempat nak cerita tentang pantai rahsia dekat Balok ni. Hahaha

Tak apalah, SR nak biarkan gambar aje yang berbicara malam ni. Aci tak? 
Kikiki..

|Entry ini banyak gambar|






Anak-anak ralit mengorek ketam. Dekat pantai ni bukan setakat ketam, belangkas dan obor-obor pun ada kami jumpa. Hilang sekejap rasa darah dekat muka SR bila abah SR kata yang ayu datang dekat dia, bawak obor-obor. Abang-abang kutip ketam dan siput, dia siap pegang obor-obor. Macam mana obor-obor tu boleh ada atas pasir pantai, wallahualam.



Ayu siap angkat baju sebab nak bagi ketiak kena angin dia kata.
ENtah apa-apa ayu ni!
Hahaha!







 












Pada kawan-kawan yang masih ingat pada entry Selipar Berlampu Kanak-Kanak yang SR beli untuk ayu tu, SR ada kata yang selipar dia akhirnya rosak. Haaa sebab kena air laut dekat pantai ni lah! Jadi jika ada yang tertanya-tanya, 'Selipar berlampu boleh kena air atau tak?', jawapannya TAK! Memang terus jahanam!










Itu sajalah. Cantik tak SR pantai ni? Cantik kan kan kan!
Lokasi pantai rahsia yang cantik di Balok ni agak tricky. Sebab kena masuk satu lorong kecikkkk je. SR pun tak tau, sebab SR tak pernah duduk di sana. Abah dengan mak yang tau pantai ni. Jadi SR nak bocorkan rahsia pun, SR pun masih diselubungi misteri hahaha!

Ala korang try lah masuk lorong-lorong kecil di sebelah kiri kalau dari arah Kemaman.
Mana tau terjumpa kan...hihihi..

Post a Comment

11 Comments

  1. SubhanAllah memang cantik sangat pantainya ni Syaz.

    ReplyDelete
  2. Adoiii.... tula tujuan g kuantan baru2 ni sebab nak main pantai tapi langsung x dapat jejak pantai pun.. sadis sungguh

    ReplyDelete
  3. Tak berani la nak cuba-cuba. Sesat jap g. Hehe. Tapi memang cantik

    ReplyDelete
  4. cantiklah pantai dia. hebat ayu tangkap obor2 hihi

    ReplyDelete
  5. cantik pantai balok ..berani ayu pegang obor2 tu biasanya obor2 ni gatal tangan kalau pegang

    ReplyDelete
  6. subhanallah..cantik sgt view. pic pun cantik2 semuanya

    ReplyDelete
  7. bln 12 ni x leh gi pantai sbb ombak tinggi. tp memang betul la..pantai yg tersembunyi itu mmg lebih cantik...

    ReplyDelete
  8. Rindunya lautttt.....semua pic cantik laaa....

    ReplyDelete
  9. Biarlah rahsia🤣
    Hanya yang tahu je tahu...
    Memang menarik ni..ada obor-obor dan belangkas tu

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pantai. Takde orang pulak tu. Syok anak anak

    Tapi seram bab obor obor ye

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pantai ni. Tak ada orang macam pantai ini aku yang punya. Luas dan bersih. Ada pulak ketam kat situ. Cantik cantik tangkapan gambarnya pun.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.