Wednesday, January 12, 2022

Demam Cobra Kai

|Ini bukan review|

 Inilah punca SR malas tak rajin nak hadap dan update blog sehari dua ni. Kah kah. And also few other things. Tapi, SR memang tengah marathon series Cobra Kai ni dengan adam. Tak boleh stop tengok weh. Lepas satu episod, ke episod seterusnya! Dah lama dah series ni, dari 2018. Tapi SR baru rasa nak tengok. Ajak adam sekali. Last-last dia pulak yang tak boleh berhenti tengok jugak. Balik kerja, terus dia tak sabar-sabar ajak SR buka Cobra Kai ni.


Pandailah dia pusing dan sambung cerita antara Daniel LaRusso dan Johnny Lawrence tu. Kisah dia berkenaan diorang dua orang tu lah, apa jadi dekat diorang sekarang selepas 30 tahun Daniel kalahkan Johnny. 


Thirty four years after events of the 1984 All Valley Karate Tournament, a down-and-out Johnny Lawrence seeks redemption by reopening the infamous Cobra Kai dojo, reigniting his rivalry with a now successful Daniel LaRusso.
First episode dateMay 2, 2018
Original networkYouTube Red (season 1); YouTube Premium (season 2); Netflix (season 3 – present);
Based onThe Karate Kid; by Robert Mark Kamen


Sekarang ni kami dah sampai Season 3, Episode 8. Memang kena dengan selera SR series ni. Yang buat lagi best, sebab ada geng nak tengok. Cerita remaja, adalah cium-cium bagai tu, adam memang tutup matalah kah kah.. SR pun ambil remote, terus fast forward. 


Rasanya malam ni masuk terus tengok season 4. Insyaallah lah keh keh keh..

Bila dah habis season 4 ni, mesti tak sabar nak tunggu season 5 pulak release, katanya hujung 2022. Mak oi lamanya.

Biasalah, lepas tengok cerita, mesti nak google google sikitkan. Baru SR tahu yang dalam filem The Karate Kid yang pertama tu, walau badan Ralph Macchio kecik aje kan, dia sebenarnya dah berusia 22 tahun. Dia berlakon watak Daniel tu, konon umur dia 17. Dan William Zabka yang bawak watak Johnny yang selalu buli dia tu, sebenarnya muda 4 tahun dari dia.

Ha gitcheww tibahh search info kan. Dalam Cobra Kai ni, nampaklah yang LaRusso lebih tua dari Johnny. Bila tenung betul-betul boleh nampak.

Tu aje lah dulu. Till soon gais!
Hiyarhhh!
*Karate nyamuk*

Makin berusia ni, hero tu lagi tua lagi menarik untuk ditonton kan. Macam suka tengok watak yang dah matang gittew. Ahahahah! Sekali lagi, tibahhhh!

17 comments:

  1. sampai 4 season ..mesti best nih!

    ReplyDelete
  2. Cerita kungfu ...kena layan banyak season kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kungfu, karate. Hehe.. aah ada banyak season

      Delete
  3. ingatkan filem tadi..banyak sangat musim dia, itu yg tak berapa rajin nak tgk..hehe

    ReplyDelete
  4. Huish menjadi tengok bila ada geng..

    ReplyDelete
  5. Ada nampak kat Netflix tapi tak buka sebab series. Tak sanggup nak layan season. Cukup squid game hari tu. Penat nak habiskan. hehe.. Seorang tak sabar nak tahu ending movie..

    ReplyDelete
  6. wahhhh menarik, cerita yang entah dah berapa puluh tahun depa buat sambungan atau kesinambungan

    ReplyDelete
  7. Uishh berseason season layan. Bila dah terjebak memang susah nak stop :)

    ReplyDelete
  8. boleh dilayan gak ni..
    baru lepas habis tgk cerita fight2 hindustan (brothers)

    ReplyDelete
  9. kat astro kan? mcm ada ternampak jugak .. tapi x layan lagi pun

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tengok lagi..macam menarik...adakah SA bakal terjebak?

    ReplyDelete
  11. bila da terjebak dgn series ni, hmmmmmmm... selagi tak abis, selagi tu la kita dok continue.
    faham sgt :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot