5 Angka

Hari ni, sebab SR tak tahu nak update pasal apa, jadi SR nak jual pantun.

Harap ada yang sudi beli di bahagian komen!
Hahaha!


Anak Cina pandai berqasidah,
Berkain coklat ke rumah Nyonya,
Ramai kenalan terjangkit sudah,
Jumlah kes mengembang pesat, kapan kuncupnya?


Seri pengantin tersenyum ceria,
Dipakainya tanjak pelengkap busana,
Kes melonjak-lonjak tak ingat dunia,
Dasyat penanganmu Omicron durjana.


Ikan haruan kusangka sepat,
Hendak digulai bersama nangka,
Terpaksa kembali bekerja di pejabat,
Semoga terlindung kita semua.

×××

Andai kata kalian diberi peluang untuk rename nama si virus Covid-19, korang nak namakan apa?

Kalau SR, SR nak namakan dia B-Ngoks.
😂

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga kita semua terus dilindungi. Saya kalau boleh rename virus ni banyak nama saya nak beri, semua mula huruf B tapi semua kena tuttt tuttt je hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha. wah..orang jual pantun la. nak membeli ni.sis cuba

    Kain batik belum berjahit,
    Manakan sama si kain kapas,
    Di sana sini orang terjangkit,
    Di khalayak ramai ku menahan nafas

    ReplyDelete
  3. Pergi ke kedai, beli ika,
    Kedai tutup..... eh gurau gurau

    Pergi ke kedai cari ikan laga,
    Bunga ros harum mewangi,
    Mari kita sentiasa berjaga-jaga,
    Semoga kita sentiasa dilindungi.

    Wahahah adoi last berpantun masa zaman sekolah kot. Selit dalam esei BM, dapat extra marks! Hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahah kemelayuan sungguh nama virus tu SR

    ReplyDelete
  5. betul3x..risau sgt tgk angkanya..melonjak2...
    tak pakar bab pantun ni, kalau ayah yer

    ReplyDelete
  6. Tak mampu nak membeli pantun. Ampunn...
    kalau ada anak eh? Mungkin huruf seterusnya, D. Tapi no idea namanya.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)